PAS Lancar Kempen "UMNO Pengkianat Rakyat"? Kita Hendak Gelakkah?
Tersenyum saya apabila parti PAS semakin hari semakin tidak relevan di pentas politik tanahair. Entah apa yang mereka sumbangkan kepada negara pun saya tak tahu. Setiap hari hanya kedengaran gimik-gimik politik murahan mereka dijaja di sini sana bertujuan untuk menjadikan mereka sentiasa mendapat perhatian, walapun kita sebagai rakyat marhaen disajikan dengan politik-politik murahan.
Terbaru, ketua penerangan PAS Idris Ahmad, telah mengumumkan PAS akan melaksanakan Program 'Umno Pengkhianat Rakyat', yang akan dilancarkan 9 Januari ini. Program ini kononya akan mendedahkan tindakan Umno terhadap orang Islam dan Melayu di negara ini. Apa-apa sahaja puak-puak ini. Bagi saya, strategi kempen "UMNO Pengkianat Rakyat" bakal mengundang bahana kepada parti PAS itu sendiri. Buruk sangatkah UMNO? Pengkianat sangatkah UMNO? Selama ini rakyat hidup menderita sangatkah di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO kah berbanding Thailand, Indonesia dan Myanmar? Tidak adakah jasa UMNO kepada negara dan rakyatnya?
Saya tidak mahu mengulas isu ekonomi makro dan mikro walaupun saya mempunyai kelulusan yang tinggi untuk mengulasnya. Saya tidak mahu bercakap soal statistik, soal perakaunan dan sewaktu dengannya kerana saya mahu bercakap bahasa orang kampung. Saya mahu bercakap bahasa Haji Ismail dan Pak Mat yang berbual di kedai-kedai kopi. Analoginya cukup mudah:
- Kalau Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh muntah darah dan perlukan rawatan, hospital PAS ke yang dicarinya atau hospital yang dibina oleh kerajaan? Kenapa Wan Ismail memerlukan rawatan di Hospital Selayang? Bukankah UMNO itu pengkianat rakyat? Kalau UMNO pengkianat, maka segala hasil dan usaha yang UMNO lakukan HARAM digunakan oleh puak-puak PAS. Kalau boleh menerima tuntutan saman fasakh dari bekas isteri berjumlah berjuta-juta, kenapa tidak pergi ke hospital swasta sahaja, Tuan Haji?
- Berapa banyak anak-anak orang PAS yang bersekolah di sekolah Agama Rakyat PAS berbanding sekolah-sekolah bantuan kerajaan? Apa anak-anak orang PAS yang bijak pandai memaki dan memfitnah kerajaan selepas dibekalkan dengan segulung diploma atau ijazah tidak belajar di sekolah bantuan kerajaan dan mendapat bantuan pinjaman dan biasiswa kerajaan? Kenapakah puak-puak ini seperti susu diberi, jari digigitnya dan diibaratkan kita melepas anjing-anjing ini dari jerat, kita pula hendak digigitnya.
- Orang-orang PAS, tok-tok guru dan tok-tok alim yang pergi menunaikan Haji dan menyimpan di Tabung Haji, tahukah kamu siapakah yang menubuhkannya. Orang-orang PAS kah? Adakah orang-orang PAS tidak gunakah perkhidmatan Tabung Haji yang diusahakan oleh Kerajaan di bawah pimpinan UMNO?
- Sistem Takaful, kewangan dan perbankan Islam yang membolehkan umat Islam bermuamalat secara Islam dan tanpa was-was tu, siapa yang usahakan? Bank Islam, Takaful, Dinar Emas, Pajak Gadai Islam, Sistem Pasaran Islam tu orang-orang PAS yang usahakan ka?
- Puak-puak PAS pergi ke pasaraya-pasaraya kecil dan besar, sebelum membeli sesuatu barang, apa yang dahulu dibeleknya? Bukankah tanda halal JAKIM? JAKIM tu siapa yang tubuhkan? Puak-puak fanatik PAS jugakkah?
- Masjid-masjid yang dibina di seluruh negara supaya umat Islam boleh beribadah dan pihak PAS boleh memaki hamun dan memfitnah kerajaan tu, berapa banyak PAS yang dirikan? Kerajaan PAS yang memerintah Kelantan selama 19 tahun pun tidak pernah membina satupun masjid melainkan taksub dengan pembinaan kuil dan berhala-berhala yang terbesar, baik duduk, berdiri atau tidur.
Apakah yang PAS lakukan untuk meningkatkan syariat Islam di Malaysia? Selain dari menjual ayat-ayat Al Quran dengan harga yang murah, apakah yang telah PAS lakukan untuk mengembangkan syiar Islam, sesuai dengan nama partinya sebagai nama Islam? Jangan berdolak dalik, berikan saya fakta mengenai soalan di atas dan bukannya merapu raban dan maki hamun.
No comments:
Post a Comment