Mana Ada Pakatan - HADI AWANG
KUALA LUMPUR: Even though Pakatan Rakyat had successfully held its first convention on Saturday (19 Dec), PAS President Datuk Seri Abdul Hadi Awang said Sunday (20 Dec) that it is still not the ideal time for the three political parties to register as a coalition as they are having different political ideas.
“It is not the time for the three parties to register and PAS doesn't want to hastily make any registration decision,” said Hadi. - Sinchew.
source : apanama
Menjelang Perbicaraan Kes Liwat Anwar.
Menjelang Perbicaraan Kes Liwat Anwar yang juga Ketua Umum PKR dan Bakal Perdana Menteri Malaysia (ye la tu) pada 25 Januari 2010, det ingin pembaca semua mengimbas balik apa yang berlaku sepuluh tahun dulu yang sampai sekarang ini anwar masih tak mengaku yang dia telah membontot adik angkatnya, drivernye dan berberapa orang jantan lain.Ini adalah rakaman pengakuan mangsa bontot anwar ibrahim di hadapan Ust Taib Azamuddin yang sekarang ini Ahli Parlimen PAS kawasan Baling.
BERANIKAH ANWAR BERSUMPAH?
source : darul ehsan today
Konvensyen Yang Gagal!
Disember 22, 2009
Ramai juga di kalangan yang hadir ke Konvensyen PR kelmarin rasa ‘meluat’ dengan banyak pernyataan janji-janji manis yang masih di peringkat khayalan. Ramai juga yang keluar untuk mencederakan diri (merokok) merungut tentang PR yang masih belum jumpa ‘jalan tengah’ dalam mencapai kemajuan politik yang benar-benar diharapkan. Kepimpinan PR, khususnya Anwar masih lagi menjadikan MIMPI sebagai cerita rekaan. Ada seorang perwakilan PKR sendiri daripada Port Dickson membayangkan; ‘PKR sendiri pun kena betulkan banyak perkara. Kalau pilihanraya diadakan dalam masa terdekat. Jangan harap nak menang lagi. (merujuk kepada Ahli Parlimen kawasannya sendiri).
Wakil rakyat kita lemah. Tambahnya lagi. Lemah semangat dan kurang peruntukan. Rakyat jadi marah kepada penggerak dan aktivis PR di bawah. ‘Orang macam kita ni…sudah ada orang yang mahu ludahkan atas kepala!’, tegasnya lagi. Anwar boleh sembang banyak perkara – tetapi yang menerima siksaan kita di bawah. Ini adalah kenyataan orang PR di bawah. Seoang ‘die hard’ yang sudah mula menunjukkan rasa letih secara terang-terangan.
Anwar kena faham, bahawa ‘pidato berapi’ semata tidak akan membawanya ke Putrajaya. Dalam keadaan Anwar masih di persimpangan, samada ke Putrajaya atau Sungai Buloh – konvensyen ini menjadi sangat utama dan penting dalam memastikan PR masih mampu ada nyawa ketika keadaannya nanti. Ramai juga di kalangan yang hadir menganggap bahawa Anwar seakan mahu meninggalkan ‘wasiat politik’ sepanjang ketiadaannya nanti. Jangan berpecah. Mesti satu hati. Adakah demonstrasi. Momokkan rakyat dengan kelemahan UMNO/BN. Itu sahaja yang tinggal untuk Anwar.
Samada konvensyen ini GAGAL atau tidak, ianya bukan pada jumlah perwakilan yang hadir. Yang penting adalah ‘outcome’ kepada konvensyen tersebut. Apakah akan wujud ’satu suara’ PR di dalam suasana politik. Jawapannya TIDAK. PR masih jadi tak karuan. Masih huru hara. Masih tak bersatu hati.
Tulisan Leslie Lau di dalam Malaysian Insider seharusnya menjadi rujukan kepada Anwar. Anwar pada hakikatnya sudah TEWAS pada round yang pertama di dalam pertembungan politiknya dengan Najib. Leslie membayangkan bahawa PR tidak boleh kekal HIDUP dengan slogan ANTI-BN sahaja. Mesti ada pengupayaan baru. Mesti ada bukti baru bahawa mereka boleh memimpin dan mendapat kepercayaan rakyat. Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan mesti menjadi ‘model states’ kepada rakyat Malaysia. Tetapi kalau dilihatkan kepada keadaan sekarang – Najib sudah menang mudah.
Apa yang perlu Najib usahakan adalah menentukan ‘ekonomi berada di landasan yang baik’. Jangan membiarkan ekonomi menjadi buruk dan teruk. Rakyat mesti dipastikan untuk mendapat pembelaan ekonomi yang sewajarnya. Apa pula pandangan balas PR? Setakat ini, negeri-negeri pimpinan PR masih menjadi kalangan Negeri yang tidak tersusun. Setakat menjalankan amanah sebagai office bearer tanpa sebarang vision untuk apa? Tidak mendatangkan kesan.
Apa yang penting, kenyataan Hadi bahawa PR TIDAK PERLU BERSEGERA UNTUK DIDAFTARKAN adalah suatu tamparan politik buat Anwar. PAS yang hadir ke konvensyen sebagai ‘rakan kongsi’ hanya mampu tersengih dan tersenyum apabila dilambung-lambung dengan retorik politik. Akhirannya, kalangan ustaz yang sudah celik politik dan ENGGAN lagi diperkudakan oleh Anwar sudah bercakap tentang perkara lain. Kalau ada seorang pemimpin PAS yang yakin dengan Anwar adalah Husam Musa. Selepas konvensyen, Husam telah menganggap konvensyen tersebut berjaya dan mencapai matlamatnya.
Kesian dengan Husam, masih dalam dunianya sendiri. Masih berkhayal untuk menjadi macai Anwar sampai kiamat. Sedang orang PAS lain hanya mempercayai Anwar secukup rasa.
Sedih dengan KEGAGALAN Anwar. Tetapi inilah politik. Mungkin SIAL POLITIK Anwar sudah sampai.
source : gelagat anwar
KUALA LUMPUR 19 Dis. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang pemimpin licik yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mengalih tumpuan rakyat daripada masalah dalaman yang semakin meruncing dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bekas setiausaha sulitnya, Anuar Shaari mendakwa Anwar kini melalui kumpulan pengalih perhatian atau diversion team parti itu sedang giat merancang propaganda tersusun memburukkan kerajaan dan juga pemimpin Barisan Nasional (BN).
Berdasarkan pengalamannya, usaha itu sedang memuncak menjelang perbicaraan kes liwat Anwar di mahkamah yang dijadualkan selama sebulan bermula 25 Januari tahun depan.
"Situasi Anwar kini amat terdesak ekoran masalah dalaman parti yang kritikal, sokongan rakyat dan ahli serta pimpinan PKR semakin mengikis, rakan-rakan dalam parti pembangkang juga meragui kredibilitinya.
"Semua ini diambil kira oleh Anwar dan perlu dialihkan kepada isu lain termasuk memburukkan kerajaan dan BN. Ia amat perlu dilakukan sebelum tibanya hari perbicaraan itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Anuar mendakwa, segala propaganda ini menjurus untuk menanamkan persepsi di kalangan ahli parti dan penyokongnya bahawa perbicaraan itu merupakan konspirasi terancang yang didalangi oleh kerajaan BN.
Akhirnya, dakwa beliau, apa sahaja keputusan mahkamah dan juga 'perkara dalam kelambu' yang terkeluar semasa perbicaraan itu kelak, akan dianggap telah dirancang oleh BN untuk menjatuhkan Anwar.
"Inilah antara matlamat Anwar dan pasukannya yang kini giat melakukan serangan bukan sahaja ke atas kerajaan dan pemimpin BN tetapi melibatkan keluarga-keluarga mereka," katanya.
Anuar berkata, antara krisis dalaman yang cuba dialihkan oleh PKR adalah mengenai penguasaan total pemimpin 3A iaitu Anwar; Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; dan Naib Presiden, Azmin Ali.
"Pemimpin 3A ini akan mencantas kedudukan pemimpin PKR yang meningkat naik kerana mereka berhasrat memanjangkan kesinambungan penguasaan 3A ini pada pucuk pimpinan parti," katanya.
Tambah beliau, Azmin juga sedang menghadapi krisis kepercayaan dan kredibiliti kerana berhadapan dengan dakwaan pembelian saham bernilai RM8 juta yang dibangkitkan oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran.
Tindakan terdesak Anwar yang terkini, katanya, adalah cubaan untuk merampas kuasa dengan cara menghalang kelulusan Bajet 2010 di Dewan Rakyat pada 14 Disember lalu yang bertujuan mentaut kembali sokongan pemimpin parti itu yang sedang 'memberontak'.
source: Utusan Malaysia 20/12/2009
No comments:
Post a Comment