Yang UMNO Tidak Beritahu Kita
Kita dah dengar kenyataan2 bebal dari PWTC. Inilah hari2 sebahagian orang Melayu memuliakan kebebalan, pembohongan dan keangkuhan. Tidak pernah terjadi dalam sejarah bangsa Melayu, sebahagian Melayu memuliakan pencuri, pembohong dan pezalim. Tapi ianya berlaku dalam zaman Najib Razak.
Ianya pasti datang- satu hari gerombolan UMNO memasuki rumah kita, mencabul dan meniduri isteri dan anak2 kita, kita akan kata- tidak mengapa kerana si pencabul sebangsa,dan seagama dengan kita. Lagi pun, tidak ada 4 saksi yang melihat perbuatan pencabulan dan peniduran tersebut. Bahkan, itu semua perancangan Allah sama seperti Allah memilih Najib jadi pemimpin sebahagian Melayu.
Mereka yang berkata demikian adalah penjenayah dan pembelot bangsa Melayu. Ada 3 ribu jenis mereka sedang bersidang di PWTC.
Kebebalan dan kebahlulan datang dari pelbagai lapisan pemimpin UMNO yang sedang bersidang. Dari jurucakap mereka yang tidak ada kapasiti berfikir. Jurucakap mereka yang menyebelahi pencuri dan gerombolan pencuri. Itu nya kebenaran yang kita pegang. itu sahaja yang kita perlu tahu.
Lain2 cerita tok nenek yang UMNO berikan- Melayu hancur jika UMNO hancur, DAP akan memerintah Negara, Mahathir pembelot bangsa- itu semua bahan2 yang sepatutnya keluar melalui lubang bawah tapi dikeluarkan melalui lubang atas.
Jika semua dan seluruh rakyat di Malaysia ini ialah Melayu, tapi terdapat juga suatu kumpulan yang menentang kemungkaran , apa sebutan kita beri kepada mereka? Ini golongan yang akan mengancurkan institusi penjaga kepentingan Melayu? Ini golongan yang akan memusnahkan Islam?
Apa jenis pandangan xenophobic yang kita dengar ini? Pemimpin UMNO mahu jadikan Melayu bangsa pengecut yang takutkan DAP yang hari ini hanya ada 37 MP, takutkan Cina yang jumlah semua nya 24% dan menjelang 2030 akan hanya berjumlah 15%?
Inikah keberanian pahlawan keturunan Bugis? Yang cakap besar bila bahtera berkemudi, sauh diangkat, gendang perang ditabuh tabuhkan, pantang pendikar berpaling pulang?
Hei- kita juga anak jantan, tidurnya di puncak gelombang, mati nya ditengah gelanggang, yang tidak kenal air mata, yang tidak kenal tunduk kulai!
Apa yang kita harap yang membangun dari himpunan orang pencari keseronokan malam dan hanya bercakap kosong? Apa perkara besar yang kita harap dari orang yang condong kepada bercandu dan bermadat?
Apa perkara besar yang kita harap dari sebahagian Melayu yang bergantung kepada berian sedekah dari pemimpin mereka? Apa yang diharap kepada sebahagian bangsa kita yang tidak akan mengerti bahwa hak ialah hasil usaha kudrat sendiri, bukan sesuatu yang diperolehi oleh gubalan undang2?
Kita tidak boleh bergantung harap kepada UMNO. Kita yang bergelar Melayu.
Jurucakap UMNO memihak kepada pezalim, pencuri, perasuah. Mereka adalah musuh bangsa Melayu dan bangsa Malaysia.
Allah itu ahli UMNO yang keberapa?
Kalau kita dengar ucapan pemimpin UMNO, maka kita rasakan Allah pun ahli UMNO. Sebab itu pemimpin mereka kata, Allah memilih Najib Razak. Tuhan mana yang pilih orang seperti najib? Ianya mesti Tuhan yang tidak baik kerana memilih orang yang tidak baik. Ianya pasti bukan Allah.
Sejak bila orang UMNO berwatakan agama dan tidak berhenti menyelit Allah dalam ucapan meraka? Siapa yang mengancam Islam?
Yang mengancam Islam ialah puak fascist Islam. Yang mengancan Islam ialah orang UMNO yang munafik. Yang mengamcam Islam ialah kebebalan dan kebahlulan mereka yang menjaga institusi Islam. Dan sekarang mereka hendak kuasa lebih dan mahukan hukuman yang lebih berat.
Jika demikian, tentulah Allah juga yang memilih Azmin, Guan Eng dan Ustaz Mohd Yaakob. Jika kita mesti taat kepada Najib, maka kita juga mesti taat kepada MB dan Ketua Menteri yang lain.
Allah bukan ahli UMNO. Dan Allah juga tidak hanya mendengar doa orang UMNO. Dia dengar juga doa orang yang tertindas dan dianiayai.
Perwakilan pencari keseronokan malam ini, menganugerahkan kepada diri mereka, hak untuk bercakap bagi pihak bangsa Melayu, bagi pihak agama Islam, bagi pihak Negara. Kita tidak mahu lagi bangsa Melayu diwakili oleh pleasure seekers dan mereka yang menyamun harta benda rakyat atas nama bangsa agama dan Negara.
Bangsa Melayu bukan pencuri, Islam bukan agama yang menyokong kemungkaran dan salah laku, Negara ini bukan Negara penyamun, oleh penyamun untuk penyamun!
Dari Najib sampai kepada pemimpjn picisan UMNO- berhentilah berbohong, atau kita akan menceritakan yang benar mengenai kamu.
Melayu tidak akan mati kalau UMNO mati. Ada 18 juta Melayu dalam Negara kita sekarang. Ahli UMNO ada 3 juta. Ertinya, hanya 1 dari 6 orang Melayu ialah UMNO. Jika seorang ahli UMNO itu mati, ada 5 orang Melayu yang terus hidup tanpa orang UMNO.
Jika UMNO tidak memerintah negeri, orang Melayu tidak mati bergelimpangan. Kiamat tidak mendatangi orang Melayu. Langit tidak runtuh. UMNO tidak perintah Selangor- tidak ada orang Melayu yang mati bergelimpangan. UMNO tidak perintah Pulau Pinang—orang Melayu makmur dan kehidupan dibaiki lebih selesa dari yang UMNO dan BN lakukan. Tidak ada orang Melayu mati bergelimpangan. UMNO tidak perintah Sarawak- orang Melayu boleh hidup. UMNO tidak perintah Kelantan, orang Melayu boleh hidup.
Orang Melayu jadi susah jika kerajaan rasuah, pemimpin pencuri dan menzalimi rakyat. Selagi kerajaan baik, maka orang Melayu dan semua rakyat terjamin. Yang diperlukan bukan UMNO, tapi sebuah kerajaan yang baik dipimpin oleh pimpinan yang baik. Rahia kerajaan baik ialah pemimpin yang baik.
Kerajaan jadi jahat, jika pemimpin nya jahat, pemimpin nya rasuah, pemimpin nya mencuri dan pemimpin nya zalim.
No comments:
Post a Comment