NUFFNANG

Friday, 2 December 2016

[pau2016 sahkan najib takut keapada tun Mahathir!...] PERHIMPUNAN UMNO 2016 SATU PENGHORMATAN UNTUK TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

[pau2016 sahkan najib takut keapada tun Mahathir!...] PERHIMPUNAN UMNO 2016 SATU PENGHORMATAN UNTUK TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak

KALI ini Jelapang tidak dapat ke Kuala Lumpur untuk "MENONTON" gelagat pemimpin kita di PWTC. Bukan murah sekarang ini hendak ke ibukota. Oleh itu adalah lebih baik duit yang hendak digunakan untuk ke PWTC digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah memandangkan harga minyak masak pun sudah cukup mahal. 

Jelapang dapat menonton ucapan Presiden Umno menerusi TV dan website.

Hari ini sangkaan kita rupa-rupanya BENAR.

Najib Razak TAKUT kepada Tun Dr Mahathir Mohamad umpama mimpi ngeri.

Amat jelas, siang malam wajah Tun Mahathir berlegar di kepala Najib. 

Jika tidak, mustahil hampir separuh ucapan Najib hari ini ditumpukan kepada ORANG TUA berusia 91 tahun.

Kalau Tun Mahathir tidak "relevan", mana mungkin beliau dijadikan sasaran oleh Najib.

Hari ini terbuktilah Tun Mahathir menimbulkan kebimbangan kepada Najib.

Agaknya siang malam beliau memikirkan mengenai Tun Mahathir sehinggakan ucapan beliau lebih setengah jam mengenai Tun, sehinggakan Najib terlupa untuk meminta perwakilan agar tidak perlu bimbang dengan KEJATUHAN RINGGIT MALAYSIA pada masa ini.

Seorang rakan (perwakilan) yang berada di PWTC menghantar mesej mengatakan semasa ucapan Taklimat Presiden, Najib juga bercakap mengenai Tun Mahathir.

Kata rakan ini, bukan setakat ucapan, disiarkan gambar Tun memakai baju bersih dan gambar-gambar Tun semuanya berwajah yang memberi gambaran Tun Mahathir sebagai watak jahat.

Maka tercatatlah sejarah Umno bahawa Perhimpunan Umno 2016 TEMAnya ialah - TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.

Itulah kelebihan Tun Mahathir sehinggakan satu Perhimpunan Agong Umno digunakan untuk membincangkan hal beliau.

Itulah legen dan itulah satu penghormatan. 

Dr Mahathir perlu berterima kasih kepada Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak di atas penghormatan ini.

No comments: