NUFFNANG

Monday, 5 December 2016

[artikel panasss...panasss untuk ahli umno, bukan ahli umno dan atas pagar ...] ...Bohong Besar dari UMNO-Bahagian 1

[artikel panasss...panasss untuk ahli umno, bukan ahli umno dan atas pagar ...] ...Bohong Besar dari UMNO-Bahagian 1


Hari semalam DAP mengadakan congress nasionalnya. DAP sekarang sudah berumur 50 tahun. Ia sebuah parti yang sahih dan sah disisi undang2 Malaysia. Ia tertubuh pada tahun 1966.

Dr Mahathir pun turut hadhir bersama dengan Mat Sabu dan Wan Azizah. Dr Mahathir mengalami congress secara lansung. Kesemua prosiding congress, seperti yang sudah2, dijalankan dalam bahasa Malaysia. Lagu DAP juga dalam bahasa Malaysia. Perbahasan oleh semua wakil ialah dalam Bahasa Malaysia. Yang berbahas ialah semua bangsa- Melayu, Cina, India, Sarawak dan Sabah. Semua dalam bahasa Malaysia.

DAP lebih baik dari MCA yang hipokrit besar dan lebih baik dari MIC yang perasan sahaja mereka mewakili kaum India.MCA sudah lama hilang kedudukan mewakili kaum Cina.MCA hanya tong kosong. Ianya berguruh sahaja, hujan nya tiada.

Parti MCA dan MIC adalah uncle toms kepada UMNO yang menjalankan politik Jim Crow nya. MCA dan MIC adalah pembodek yang tunduk layu kepada dasar2 UMNO yang rasis. Mereka tunduk kulai kepada kemahuan UMNO yang tidak adil. Apalagi mereka membisu terhadap rasuah dan kebuasan pemimpin UMNO.

DAP berkongress sehari setelah umno mengadakan PAU nya. Tarikh itu ada kebaikan nya. Ia memberi peluang untuk DAP menjawab semua bohong dan dusta dari najib.

jika kerajaan selain UMNO diujudkan nasib orang Melayu parah. Jika DAP mengetuai kerajaan baru, maka institusi seperti Felda, Felcara, Mara, Tabung Haji dan institusi2 lain yang menjaga kepentingan orang Melayu akan dihapuskan. Jika DAP mengetuai kerajaan, maka peruntukan2 dalam perlembagaan Malaysia seperti hak istimewa orang Melayu, system beraja, kedudukan Islam dan kedudukan bahasa Melayu akan terancam dan mungkin dihapuskan. kerusi jawatan PM pun, akan diambil alih oleh Kit Siang.

Demikian bohong dan dusta dari UMNO dan pemimpin nya. 

Najib dan UMNO lupa, mungkin Melayu yang bodoh ialah Melayu UMNO sahaja. Melayu yang lain, yang selain 3.2 juta ahli UMNO itu sudah celik dan bukan buta huruf politik lagi. Kita akan jawab satu persatu dan sementara itu, kita harap orang Melayu jangan hysteria mendengar dusta besar dari UMNO dan pembohong nombor wahid Malaysia, Najib Tun Razak.

Demografi adalah destini.
Golongan Cina hanya 24% dari penduduk Malaysia manakala orang Melayu jati ialah 55% dan bumiputera lain 10%. Menjelang 2030, Cina hanya 15%, dan Melayu jati mencecah 75% atau 80%. Dalam senario demikian, bolehkah orang Cina jadi PM dan ketua negara ini? 

Fakta nya ialah, Malaysia negara dimana orang Melayu dominen. Demografi ialah masa depan atau destini. Ketua Malaysia ialah Melayu. Sesiapa sahaja orang Melayu, dari parti mana pun, boleh jadi PM. Hari ini, pendirian rasmi DAP ialah menyokong Anwar Ibrahim jadi PM. Anwar Ibrahim ialah orang Melayu.

Agihan kerusi parlimen didominasi Melayu.
Paling kuat, DAP akan bertanding 50 kerusi parlimen. Jika mereka menang semua, tidak mampu jadi kerajaan kerana memerlukan 112 kerusi paling minima ertinya; DAP kena berkerja sama dengan parti2 Melayu yang lain.

Tapi kita DAP lebih faham prinsip bermuafakat. Kita bermuakafat untuk mengerjakan kebaikan, menolak kemungkaran dan meningkatkan takut kepada Tuhan. Jika kita takut kepada Tuhan, kita tidak curi duit rakyat. Kita tidak rompak duit rakyat.

Fakta2 ini semua tidak mampu dihitung oleh Najib. Bagaimaana dia pandai berkira jika dia mengatakan 26-9=15?

Jadi kenapa Najib berbohong dan berdusta? Kerana bohong dan dusta sebahagan dari DNA keturunan lanun Bugis ini. Yang demikian, kita tidak hairan ianya datang dari Najib, kerana berbohong dan tidak bercaka benar itu adalah keperangaian kedua Najib. Bukan kah Najib yang menafikan dia menerima wang dalam akaun nya? Setelah tidak lagi boleh menafikan, para juak nya merekakarya cerita yang membodohkan rakyat. Dari penafian timbul cubaan mempertikai kemunasabahan- mustahil orang menyimpan wang curi  atau derma dalam akaun sendiri. Hanya orang bodoh sahaja yang menyimpan wang curi atau yang diderma dalam akaun peribadi.  Tapi Najib melakukan nya dan ini membuktikan Najib seorang yang bodoh.

Kemudian ternyata Najib bodoh lagi sombong. Dia ingat kerana dia presiden UMNO, PM dan menteri kewangan, dia ada kuasa mutlak dan boleh beraja dihati dan bertakhta dimata. Jadi Raja UMNO bolehlah. Jangan hendak jadi raja bangsa Melayu.

Najib ialah pembohong bersiri, sehingga hari ini, masih tidak mahu mengakui bahawa dia MO1. Cubaan mempertikai sisatan dan lapuran DOJ, telah pun ditangkis oleh Jabatan Kedila Aeriak.  UMNO mengedarkan pamphlet mempertikai siasatan DOJ. Yang mengeluarkan nya ialah UMNO- tentulah mereka akan berdolak dalih dan mempertahankan benang basah nya.
Inilah kes- sekali gali lubang, kena gali lubang lain untuk mengambus lubang asal. Ertinya, Najib hanya mampu berbohong atas bohong asal nya; DOJ bersedia mempertahankan kesasihan lapuran nya. Melayu yang mahu percaya bohong Najib hanyalah Melayu UMNO.

Orang Melayu UMNO sudah tidak ada nilai2 moral dalam diri , yakni2 nilai2 yang membezakan antara kemungkaran dan kebaikan.  Jika yang asas ini sudah dibuang oleh pimpinan UMNO, jika bangsa Melayu berketuakan mereka, masa depan Melayu sungguh kelam.

Bangsa Melayu berada dalam keruntuhan dan keruntuhan itu disebabkan oleh UMNO Najib dan pemimpin bangsa Melayu yang berkompromi nilai2 moral mereka. Kita tahu bangsa melayu dalam keruntuhn bila duit mengalir kepada mereka yang menjaja pengaruh dan kuasa;kita tahu bangsa Melayu runtuh bila yang kaya ialah mereka yang rasuah, kita tahu bangsa melayu runtuh apabila undang2 gagal melindungi kita dari kebuasan pemimpin Melayu dan kita tahu melayu rosak apabila rasuah dan rompakan di muliakan dan kejujuran dan amanah dipersendakan. orang Melayu runtuh apabila untuk membangunkan hidup , mereka mesti mendapatkan kebenaran dari mereka yang ada kuasa.

Orang Melayu runtuh selagi beketuakan Najib.  Orang Melayu runtuh agama mereka, jika untuk menjadi Muslim yang baik, mesti mendapat certification dari orang2 seperti Haji Hadi, Mokhtar ‘Fikah’ Senik dan Nashruddin Tontowi. Islam orang Melayu terancam dari geng-hendak jadi Taliban.

Maka nya berbohong mengenai DAP tiada menjadi hal kepada sipembohong. Siakap senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong lama2 mencuri. Sudah pun terbukti dalam diri Najib. berbohong sudah, mencuri pun sudah.

No comments: