Parti Baru Gabung Warisan dan Pembaharuan
A Kadir Jasin
﷽
CATATAN awal yang ringkas dan tentatif mengenai parti politik baru yang akan ditubuhkan.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Berikut adalah fakta awal/tentatif yang saya dengar dan pelajari mengenai parti itu:
1. Permohonan pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan dibuat secara atas talian (online) seawal hari ini dan dokumen sokongan akan dihantar secara peribadi pada hari Isnin.
2. Jawatankuasa penaja terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi/chairman), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (Presiden), Kamarul Azman Habibur Rahman (Setiausaha) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Bendahari). Ahli jawatankuasa terdiri daripada Anina Saadudin,Akhramsyah Sanusi dan Syed Saddiq Abdul Rahman.
Ahli jawatankuasa penaja parti warisan peribumi |
4. Ia bermatlamat mewarisi, meneruskan dan memperbaharui perjuangan Melayu/Bumiputera dalam era globalisasi, reformasi, ketelusan dan keterbukaan.
5. Ia akan bekerjasama secara terangkum (inclusive) dengan parti-parti politik yang kini menentang Barisan Nasional. Perbincangan awal telah pun dimulakan.
6. Ia akan memasukkan ke dalam perlembagaannya ikrar berkaitan reformasi sistem politik dan pentadbiran negara, ketelusan, kebertanggungjawaban dan pencegahan rasuah serta mengehadkan tempoh pemegangan jawatan parti.
7. Ia berhasrat menggabungkan perjuangan dan pengalaman generasi lama dengan aspirasi dan kecerdasan minda generasi baru.
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment