[panasss!! .. ] ... Salahuddin Ayub - Jika Muhyiddin Atau Mukhriz Nak Jadi PM .....
- dinturtle
Baru ni ketika majlis Bicara Rakyat anjuran Pahang Bersatu di Jerantut, Salahuddin Ayub ada melemparkan satu persoalan mudah kepada hadirin sekaligus menjawab tohmahan balaci dan macai Najib yang kononnya Muhyiddin dan Mukhriz bertindak menentang Umno Najib kerana mereka tamakkan kuasa, konon mahu menjadi PM ...
KLiK untuk ke Youtube.
Muhyiddin hanya perlu diamkan diri, jangan bercakap apa2 atau tegur apa2 ... insyaallah beliau akan menjadi Perdana Menteri. Betul tak ?
Ini logiknya, kalau orang bodoh nak cakap tansri hari ini berangan2 nak jadi PM, kalau dia diam dalam kabinet, kalau dia mengiyakan apa yang Najib kata dan kuncu2nya, tansri akan jadi PM. Satu langkah saja lagi untuk menjadi PM.
Tun Mahathir boleh beri nasihat kepada anaknya Mukhriz, kamu diam jangan cakap banyak, nanti boleh terus kekal jadi MB Kedah. Dan janji kamu akan jadi pemimpin besar .... kamu diam2 saja. Jangan lawan Umno dan Najib.
..... Kerana mereka ada keberanian !
Logik kan ? Lakukan saja sebagaimana pemimpin2 Umno yang ada di sekeliling Najib sekarang. Tak payah komen apa2 pun tentang 1MDB atau 2.6 .... Tak pun, tolong jawabkan dengan jawapan2 yang bengong, lagi bengong lagi bagus contohnya menyamakan MO1 dengan YDP Agong ... pasti cerah masa depan.
Kenapa perlu mengambil risiko dan kini, terpaksa bersusah payah hanya kerana mahukan jawatan tinggi ? Sedangkan mereka tahu, untuk kekal dalam kabinet Najib dan untuk mendapatkan jawatan yang lebih tinggi, mereka hanya perlu sabar dan jadi YES MAN saja .
Tengok macam KJ ... seorang yang berpelajaran tinggi dan bijak, tapi bila masuk bab 1MDB dan 2.6 bilion, ada KJ komen apa2 ? Mustahil orang sebijak KJ tidak ada pandangan ... tapi beliau tahu, demi masa depan yang cerah di bawah Najib, adalah lebih baik DIAM.
Kecuali mereka yang dilantik semata2 untuk menjadi back-up kepada Najib, mereka inilah yang selalu melalak sebab dah memang tugas mereka. Kalau mereka ini diam, alamat hilanglah jawatan !
source : dinturtle
No comments:
Post a Comment