Siapa penasihat Najib Razak?
Malam tadi sebelum tidur.. kebiasaan saya membaca buku. Malam tadi saya membaca buku agama.. semoga dengan membaca semula akan jadikan saya tenang dalam menghadapi masalah isu politik sekarang.. maka saya terbaca akan satu hadis yang diriwayatkan oleh al-bukhari yang berbunyi:
'Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) bitanah yang menyuruh-nya untuk melakukan kebaikan dan menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan dan menggalakannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan Allah'.
Empat tahun dahulu.. dipejabat kerja di Putrajaya..Sebagai kawan, aku memberi tahu kepada Najib Razak bahawa timbalannya Mahyuddin Yasin akan melawannya. dan aku menasihatkannya supaya berwaspada.. firasat aku menampakkan begitu akan berlaku kerana aku melihat Najib Razak dikeliling oleh penasihat yang mencari untong dirinya.
Bila aku tengok2 gambar2 orang-orang yang meraikan hari jadinya di Putrajaya.. semuanya bekas Jeneral2-nya yang bersara.. yang menikmati kehidupan yang selesa. Dalam keadaan Najib Razak yang tertekan dari tujuh penjuru arah untuk beliau meletakan jawatannya.. tidak ada seorang bekas Jeneral jeneral beliau menyarong semula uniform untuk datang mempertahankan Najib Razak.
Bila dibaca mereka yang mempertahankan Najib Razak sekarang, hanya Jeneral yang masih berjawatan tetapi yang paling banyak mempertahan Najib Razak ialah gerila-gerila yang berada dikampong.. Merekalah dalam media sosial sekarang memberikan serangan curi dan menembak dengan senapang patahnya.
Ini yang Najib Razak tidak pernah menyedari. Saya sendiri akan mencuba mempertahankan dia.. cara saya. Saya bergerila secara persaorangan. Jika musuh kuat.. saya lari.. Jika musuh tengah rehat.. saya akan serang tetapi bagaimana nak memulakan serangan jika 'musuh lemah kita serang' kerana musuh bertambah kuat.
Saya berulang kali kata.. masalah Najib Razak dan PMOnya ialah 'Najib Razak tidak mengenal kawan, yang benar2 kawan dia buat musuh. Mana musuh yang jelas musuh.. dijadikan kawan'. Tidak ada theori perang.. musuh akan menjadi kawan. Tetapi Najib Razak menggunakan theori itu.. Maka yang menyerang sekarang ialah musuh2 yang dijadikan kawan dan sekarang menyerang balik.
Saya teringat zaman2 Dr Mahathir Mohemad.. walau pun saya dikenali tidak bersetuju (bukan tidak menyokong) dengan beliau. Dalam keadaan Dr Mahathir Mohemad diserang.. Setiausaha Politiknya masa itu Aziz Shamsudin.. Saad Man.. akan menghubungi saya.. ajak saya minum atau makan malam.. Kita berbual santai bincang isu yang dihadapi oleh Dr Mahathir Mohemad. Akhirnya dari perjumpaan itu ialah saya dapat dipengaruhi memberikan sokongan menentang isu2 politik yang dihadapi oleh Dr Mahathir Mohamad walau pun saya penyokong Tengku Razaleigh. Dan ini mungkin dilakukan kepada orang lain oleh dua orang Setiausaha Politik ini. Maka bersepadu semua aliran penyokong mempertahankan isu yang menyerang Dr Mahathir Mohamad.
Sekarang Setiausaha Poltik yang ramai2 itu.. entah apa yang dia buat.. Kadang2 saya terfikir apa mereka buat? Jika kata saya pencacai tak ada ilmu.. Kenapa kedua Setiausaha Politik zaman Dr Mahathir Moehamad termasuk Johari Baharom.. boleh berjumpa dengan saya. Dan pandangan saya diterima pakai. Kini Setiausaha Politik Najib Razak hanya berjumpa jika terserempak. Tetapi dengan bisnesman dia ada masa pula untuk berjumpa.
Masalah Najib Razak ialah tidak boleh ditegur.. cakap sahaja saya terbuka. Saya ada hantar surat meminta berjumpa pada bulan Mac 2016 dihantar melalui Muhammad Bushro Mat Johor untuk berjumpa. Bukan soal projek, soal nak memberi nasihat dalam menghadapi situasi IMDM dan RM2.6B bertambah parah. Tetapi tak pernah mendapat bila tarikhnya.. Dan kini saya tak ada keperluan untuk berjumpa dengannya.
Saya hanya sekarang mempertahankan institusi sahaja.. bukan soal peribadinya.. sebab saya pernah menulis.. bahawa soal IMDB dan derma RM2.6juta ialah soal Najib Razak.. bukan soal UMNO. Dia selesaikan sendiri.. Jika tidak mampu dan sampai kedinding tidak juga selesai.. sewajarnya dia berhenti dari jawatannya. Jika dia boleh mempertahankan kebenaran bahawa itu tidak betul dan tidak terlibat. Tidak ada sebab dia hendak meletakan jawatan..
Masalahnya sekarang Najib Razak terus melakukan kesilapan demi kesilapan.. Saya telah mendapat maklumat akan perihal dia meluluskan dua kontrak besar dalam projek MRT kepada George Kent dan juga kepada Sapura.. dimana kedua syarikat ini tidak ada latar belakang membina MRT.. Khabar kedua syarikat ini ada hubungan dengan beliau.. Aduh..jika isu ini terbongkar.. Apa nak dijawab.
Satengah pihak menuduh Amerika hendak menjatuhkan pemimpin Islam/melayu tetapi mereka terlupa mungkin kurang ilmu bahawa pemimpin Melayu/Islam mengamalkan apa yang pemimpin Amerika lakukan ia itu kapitalisme kroni..elitisme teman taraf sosial (companion elitism) atau juga mengamalkan sistem rakan gergasi (big buddy system).
Hubungan Intim antara politik dan wang ini bermakna "mereka yang memiliki emas, membuat peraturan"-peraturan yang menyebelah golongan kaya dan berkuasa dan menindas mereka yang miskin serta tidak upaya, saperti kontrektor kecil yang memasuki tender di MRT tadi.
Maka dalam keadaan sekarang.. kenapa kami ahli2 UMNO diminta mempertahan permasalahan yang dihadapi Najib Razak. Selesaikan sendiri. Sebab ahli-ahli UMNO banyak kerja lain. Elok juga jika Najib Razak minta Tan Kay Hock dari George Kent dan Shahril Samsudin dari Sapura mempertahankan beliau, sudah bagi projek juta2 RM tak akan membantu.
Kesimpulannya ialah ada dua nama.. Satu yang dinamakan Jho Law dan Razia Aziz. dan satu pihak lagi Tan Kay Hock dan Shahril Samsudin.. adakah mereka penasihat Najib Razak?
Sang Kelambai: UMNO ini parti keramat, sesiapa yang khianat tak kira siapa dan keturunan siapa.. Eloklah fikirkan untuk meninggalkan rumah UMNO..
Bandar Sri Permaisuri
Julai 25, 2016.
No comments:
Post a Comment