NUFFNANG

Wednesday, 27 July 2016

APABILA MUKA KITA TIDAK MALU DAN SETEBAL TAMBAK JOHOR...

APABILA MUKA KITA TIDAK MALU DAN SETEBAL TAMBAK JOHOR...


"Kerana 1MDB nama negara lain rosak....pusat kewangan Singapura yang selama ini bersih dan dipercayai oleh dunia kini dikantoikan dengan kejadian penipuan, kecurian dan pengubahan wang haram oleh orang kita, rakyat kita."

Tidak payah Amerika Syarikat atau Switzerlandlah....

Jiran sebelah Tambak Johor mengutuk kita secara langsung pun kita masih boleh buat ‘muka sadin’.

Kita tidak tahu apa persepsi rakyat negara itu terhadap rakyat kita kini. Apa lagi  yang setiap hari berulang-alik menyeberangi Tambak Johor ke negara jiran untuk mencari ‘sesuap nasi’.

Harap-harap mereka tidak mengecop semua orang Malaysia sebagai ‘penipu, penyeleweng atau kaki curi duit’. Namun kalau yang rasa nak berbangga pun boleh juga. Ini  sebab songlap dan curi bukan sedikit, berbilion dolar.
  
Skandal terbesar dunia sejauh ini...

Tak tahulah apa lagi ‘bala’ yang akan datang terhadap negara dan rakyat Malaysia. Selain Singapura, kini ada enam atau tujuh negara yang sedang membuat penyiasatan berkaitan 1MDB.

Ramai daripada kita menjawab dan kononnya mencabar bagai ‘hero Tamil’ dengan Amerika Syarikat tetapi Singapura yang turut mengutuk kita, tidak siapa pun yang ambil peduli.

Memang kita muka tembok, lebih tebal daripada Tambak Johor!!!!

Apa kata Singapura?

Ravi Menon...Pengarah Urusan MAS
“Tidak dapat dinafikan (disembunyikan)  lagi bahawa Singapura merasai bala terhadap reputasinya sebagai pusat kewangan yang bersih dan dipercayai, akibat pelanggaran terhadap undang-undang anti- pengubahan wang haram negara itu  dalam hubungannya dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sudah tentu pendedahan terbaru ini memberi kesan terhadap reputasi kami sebagai sebuah pusat kewangan yang bersih dan diyakini,” kata Pengarah Urusan Lembaga Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon kelmarin.

Katanya, pengawal selia antarabangsa tidak tahu aliran wang melibatkan 1MDB adalah tidak sah, dan berkata ia mula disedari pada 2014, empat tahun selepas transaksi paling awal.

Apa maknanya tu?

Maknanya kerana 1MDB, nama negara lain rosak.

Nama pusat kewangan Singapura yang selama ini bersih dan dipercayai oleh dunia kini dikantoikan dengan kejadian penipuan, kecurian dan pengubahan wang haram oleh orang kita, rakyat kita.

Kenyataan Menon bukan sekadar dilaporkan oleh Straits Times Singapura sahaja tetapi dipetik oleh media antarabangsa. Mana nak letakkan muka kita?

Nak tahu? Baca di sini (Financial Times), (Reuters), (New York Timesdan banyak lagi.

Tak faham lagi?

Menon berkata kelmarin, kesannya industri kewangan di negara itu terpaksa berbuat sesuatu dan mana-mana institusi kewangan  akan berdepan dengan tindakan atau keputusan lebih keras terhadap sebarang kelalaian, di mana tuntutan ialah, dalam  menjalankan pemeriksaan, keutamaan ialah mengelakkan instrusif (Kamus Cambridge – “being involved in a situation where you are not wanted or do not belong”) dan bertindak tegas terhadap institusi yang degil.

MAS, yang berperanan mengawal selia sektor kewangan Singapura dan berfungsi sebagai bank pusat negara itu, memberi amaran akan mengetatkan penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap institusi yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

Sebelum ini, kesalahan kewangan dirahsiakan, tetapi kini MAS mahu mengumumkan identiti pesalah terutama yang berkait pengubahan wang dan keganasan.

“Kami mengambil jalan lain kerana bagi saya, menamakan dan memalukan mereka lebih berkesan daripada denda.”

MAS baru-baru ini mendedahkan merampas aset sejumlah AS$180 dalam sisatan terhadap 1MDB.

Separuh daripadanya dikaitkan dengan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho, yang dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia susulan langkah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mahu menyita wang yang didakwa dilarikan daripada 1MDB berjumlah AS$1 bilion.

Mei lalu, Singapura menutup cawangan BSI Bank selepas salah laku berkait 1MDB.

Tidakkah kesemua tindakan oleh pihak bekuasa Singapura itu gara-gara hubungkait dengan 1MDB? Bolehkah kita katakannya bukan dan walaupun banya pihak cuba menafikanlah!

Rakyat seluruhnya mendapat malu dengan kenyataan seperti ini yang secara tidak langsung memperli kita yang mengakibatkan imej dan reputasi negara Singapura terjejas di mana dunia.

Industri kewangan Singapura bukan calang-calang dan selama ini dihormati oleh dunia, namun kerana ada ‘tiga atau empat dalang’, ia menjadi tercemar dan apakah Malaysia tidak merasa apa-apa dengan kedudukan terkini?

Tidak tahulah kalau ada pemimpin atau rakyat kita yang masih tidak terasa dengan komen sedemikian. Tetapi bagi yang sensitif dan bermaruah, kita patut malu dengan kenyataan MAS itu.

Atau apakah kita masih merasakan kita masih di pihak yang ‘benar dan tiada kaitan langsung’?

!MDB tidak melakukan sebarang kesalahan membabitkan salah laku atau sedikit pun merasa tidak terpalit? Sebaliknya semuanya dilakukan oleh tiga serangkai itu? Atau IPIC dan Petro Saudi yang patut dipersalahkan?

Boleh kita cuci tangan begitu sahaja?

Menon yang membuat kenyataan keras pada sidang media sempena laporan tahunan MAS itu berkata siasatan yang sedang berlangsung ke atas institusi kewangan yang berkaitan (saya ulangi BERKAITAN, maknanya ada hubunganlah tu, sila faham jangan buat bodoh) dengan 1MDB menuntut peringatan bahawa sektor kewangan tempatan negara itu tetap terdedah dengan bahaya risiko pengubahan wang dan pembiayaan ‘haram’.

Minggu lalu,  MAS memberi peringatan kepada tiga bank di negara itu iaitu  UBS Bank, DBS Bank  juga Standard Chartered Bank kerana kelalaian dalam kawalan serta kelemahan dalam proses menerima pelanggan dan mengawal selia transaksi dakam beberapa kes tertentu.


"MAS kecewa dengan kelalaian dalam bidang kawalan berkaitan AML/CFT (anti-pengubahan wang haram/banteras pembiayaan untuk keganasan( disamping melanggar ketetapan atau peraturan AML/CFT  yang kita kesan dalam institusi kewangan di negara ini, “ tegas Menon pada Isnin.

Berikutan itu Singapura bersedia untuk mengumumkan nama dan memalukan mana-mana bank yang terlibat dalam aktiviti pengubahan wang, selepas skandal melibatkan syarikat milik kerajaan Malaysia 1MDB yang menjejaskan imej negara itu sebagai sebuah pusat kewangan.

Dengan tegas Menon berkata,  ia tidak akan sekali-kali dipaksa bertanggungjawab  melibatkan pengubahan wang seperti yang dibongkar dalam siasatan sepanjang 15 bulan ke atas akaun berkait 1MDB.


MAS memulakan siasatan pada 2015, kata Menon, yang enggan memberi butir lanjut dengan alasan siasatan masih diteruskan.

No comments: