NAIB KETUA PEMUDA UMNO AZWAN WAJIB LETAK JAWATAN
SELASA, 26 JULAI 2016, laporan polis di buat oleh Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun.
"SAYA, KHAIRUL AZWAN BIN HARUN (NO KP761019-06-5697) SEMASA BERADA DI PEJABAT DI ALAMAT TINGKAT 28, MENARA DATO ONN, PWTC, KL, MEMPUNYAI SEBAB-SEBAB UNTUK MEMPERCAYAI BAHAWA INDIVIDU-INDIVIDU YANG DINAMAKAN BERIKUT:
1) TAN SRI ABU KASSIM BIN MOHAMED (BEKAS KETUA PESURUHJAYA SPRM)
2) TAN SERI ZETI AKHTAR AZIZ (BEKAS GABENOR BANK NEGARA)
3) TAN SRI ABDUL GHANI PATAIL (BEKAS PEGUAM NEGARA)
ADA SECARA BERSEORANGAN DAN/ATAU BERSAMA TERLIBAT DALAM SATU KONSPIRASI MENGGULINGKAN YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI DATO' SRI NAJIB SERTA KERAJAAN MALAYSIA YANG SAH, MEKANISMA YANG DIGUNAKAN OLEH SESIAPA DI ANTARA MEREKA INI, ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1) MEMBERI MAKLUMAT SULIT DAN DOKUMEN KEPADA AGENSI-AGENSI DI AMERIKA SYARIKAT TERMASUK FBI
2) MAKLUMAT-MAKLUMAT DAN DOKUMEN-DOKUMEN INI TELAH DIBERIKAN KEPADA PIHAK ASING TANPA KELULUSAN YANG SAH OLEH PIHAK BERKUASA MALAYSIA YANG BERKENAAN TERMASUK JABATAN PEGUAM NEGARA.
3) SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA MAKLUMAT TERSEBUT ADALAH DIREKA, DIPALSUKAN SERTA DIPUTAR BELIT UNTUK MENCAPAI TUJUAN-TUJUAN JAHAT
PERKARA YANG DILAPORKAN DI SINI, BUKANLAH DAKWAAN SEMATA-MATA TANPA ASAS DAN SAYA POHON SUPAYA PIHAK POLIS MENYIASAT PERKARA INI DENGAN SEGERA. SEKIAN LAPORAN SAYA.
TIGA HARI SELEPAS ITU, 29 JULAI 2016, PRESIDEN UMNO NAJIB RAZAK memberi REAKSI:
"Ia adalah tindakan secara individu. Semua pihak ada hak. Kalau dia fikir ada maklumat atau sesuatu yang perlu disiasat oleh pihak polis, dia ada hak. Kita tak boleh paksa dia untuk buat atau tak buat (laporan polis). Itu terserah kepada dia."http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/07/29/laporan-azwan-bro-bersifat-individu/
HARI INI, 30 JULAI 2016, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin:
"Laporan itu dibuat atas kapasitinya sebagai seorang individu kerana mempunyai maklumat tertentu yang telahpun dikongsi bersama polis dalam keterangannya. Kita serah kepada polis untuk buat siasatan lanjut. Seperti yang perdana menteri sudah sebut, laporan polis yang dibuat (oleh Khairul Azwan) adalah sebagai individu."http://www.malaysiakini.com/news/350500
KASIHAN Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, AzwanBro.
Semasa ke balai polis tempohari, beliau begitu yakin membuat laporan polis terhadap Zeti, Abu Kassim dan Gani Patail.
Di dalam keluarga Umno, kita difahamkan oleh kawan-kawan AzwanBro, laporan polis dibuat atas arahan Perdana Menteri.
Kemudian ditukar versinya dengan mengatakan dibuat atas arahan 'PEGAWAI" PM.
Nampaknya bos Azwan, Najib Razak, pun BALUN Azwan. Semasa membuat laporan polis Azwan menggunakan jawatan Naib Ketua Pemuda Umno, tetapi Najib kata bukan atas jawatan Naib Ketua Pemuda TETAPI individu.
Lebih parah lagi, bos paling dekat, Khairy Jamaluddin, pun seolah-olah tidak mengaku Azwan timbalan beliau. Khairy pun gunakan ayat Najib untuk balun Azwan.
Simpati kita kepada Azwan. Kita tahu, niat Azwan hendak mempertahankan Najib walaupun di pihak yang salah.
Apabila tindakan itu dilihat NEGATIF, untuk menyelamatkan diri, Azwan disembelih.
Kita yakin Azwan ada MARUAH seperti mana Khairul Anwar Rahmat, Naib Ketua Pemuda Johor, yang menganjurkan program Nothing 2Hide dulu.
Najib setuju untuk hadir tetapi apabila Tun Dr Mahathir Mohamad hadir untuk bertanyakan soalan, Najib kecut perut dan batalkan kehadiran beliau.
Kesudahannya, pejabat Najib salahkan Khairul Anwar.
Maruah lebih penting kepada Khairul Anwar maka beliau meletakkan jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Johor.
Eloklah, DEMI MARUAH, AzwanBro letakkan jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Ini semua demi maruah beliau.
Kecualilah AzwanBro tidak tahu malu seperti sesetengah pemimpin.
Meletakkan jawatan adalah penyelamat maruah kamu, AzwanBro.
1 comment: