NUFFNANG

Monday, 13 June 2011

Sejukkkk gigillll..!!! Selepas 25 Tahun, Ibrahim Libya Mati Sia-Sia Rupanya..!!! / 'Bagus' Lim Kit Siang ni... / PAS Gugur Negara Islam Kerana DAP

Sejukkkk gigillll..!!! Selepas 25 Tahun, Ibrahim Libya Mati Sia-Sia Rupanya..!!!


Tanggal 19 November 1985, bertempat di Kampong Memali, Mukim Siong, Daerah Baling Kedah Darul Aman, berlaku peristiwa pembunuhan 4 orang anggota keselamatan dalam cubaan menamatkan keganasan bersenjata pengganas radikal PAS diketuai Ibrahim Libya – bekas calon PAS dalam pilihanraya umum 1978 dan 1982 di kerusi Bayu, Kedah.

Bagi mengelakkan kematian yang lebih ramai dikalangan anggota keselamatan yang bertugas, 14 penggganas ini termasuk Ibrahim Libya ditumpaskan oleh unit elit pasukan khas polis hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am), VAT69. Mesin gun dan pistol lawan pedang dan parang, mana ada tandingan.

Walaupun cara menamatkan keganasan di Memali ini oleh Menteri KDN pada ketika itu, Datuk Musa Hitam (kini Tun) menjadi pertikaian sehingga beberapa tahun selepasnya, yang lebih penting untuk kita nilaikan hari ini ialah bagaimana penglibatan PAS pada ketika itu.

Atas nasihat Presiden PAS sekarang, Abdul Hadi Awang, 14 orang ini dikebumikan selayaknya seperti orang yang mati syahid dimana mayat mereka tidak dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan seperti mana yang sepatutnya. Walaupun pada saat pengkebumian, kain cukup, air cukup dan makmum juga cukup.

Ini kerana PAS percaya mereka syahid dalam mempejuangkan Islam walaupun hakikat yang sebenarnya, kematian sia-sia ini adalah untuk mempertahankan Ibrahim Libya dari ditahan dibawah ISA.

Perjuangan Islam yang dimaksudkan ialah penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud yang ketika itu begitu hebat diperjuangkan PAS. Tidak hairan kenapa PAS begitu hebat mempergunakan tragedi ini untuk kepentingan politiknya termasuk menubuhkan tabung Memali kononnya untuk membela nasib balu dalam kejadian tersebut.

Dan bila bercakap tentang Memali, satu perkara yang kita tak boleh lupa untuk menyebutkannya ialah Amanat Haji Hadi yang menjadi rujukan kepada keradikalan Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Tapi siapa sangka, rupanya kematian 14 orang itu adalah kematian sia-sia belaka setelah PAS hari ini menyatakan negara Islam tidak ada disebut di dalam Al-Quran, yang ada hanya negara kebajikan. Dalam ucapan di Muktamar yang berakhir baru lepas, Hadi Awang dipetik sebagai berkata:-

“Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”

Apa agaknya perasaan balu dan anak-anak 14 orang yang terbunuh dalam kejadian tersebut bila dapat tahu kematian bapa dan suami mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan politik PAS.

Penulis gesa supaya Jabatan Agama Islam Kedah menggali semula kubur 14 orang ini dan mengebumikan semula mereka mengikut cara yang sepatutnya kerana sudah jelas mereka tidak mati syahid kerana negara Islam yang mereka perjuangankan tidak wujud dalam Al-Quran, dan Hadi Awang mengesahkan itu.

Banyak betul penipuan PAS dalam soal penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud ini, bukan sikit punya penipu, sehingga melibatkan kematian pun ada. Betul-betul hampeh punya parti.

Bagi khalayak ramai yang lain, tinggalkanlah PAS dan perjuangan penuh penipuannya ini. Kejap negara Islam, kejap negara berkebajikan. Besok lusa entah apa pula lagi.

Sumber: MyKMU.net

1 comment:

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu