Lokman Noor Adam : Sudah Tiga Kali Wan Azizah Meletup
AIDCNews – 21/06/11 – Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan mendedahkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah tiga kali meletup kerana tidak suka dengan tabiat buruk suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, kali pertama ketika Anwar dalam kerajaan. Wan Azizah mengadu kepada Tun Siti Hasmah. Kali kedua, selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Azizah mengadu kepada Ezam dan kali ketiga selepas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis, dirinya diliwat.
Lokman yang diwawancara AIDC pada 15 Jun 2011 di Caps Square, Kuala Lumpur, turut menceritakan pengalamannya bersama Parti Keadilan, termasuk berkaitan penglibatan George Soros, penyangak matawang Yahudi dalam membantu partinya.
Benarkah Wan Azizah jumpa Soros?
Benar. Itu (berlaku) tahun 2003. Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Elizabeth Wong, ratu bogel Bukit Lanjan.
Ketika itu, Elizabeth Wong bukan PKR lagi, dia masa tu SUARAM. Yang baik dengan Soros ni sebenarnya Tian Chua. Tian Chua yang baik dengan Soros yang selama ini ditaja oleh Soros.
Malaysiakini pun dulu, starting Steven Gan..Tian Chua ni semua, Soros punya duit. Mereka mendapat tajaan daripada Soros. Saya tahu sebab Tian Chua cerita pada saya masa dalam penjara (Kem Kamunting). Sama-sama duduk Kamunting, dua tahun.
Tian Chua bercerita mengenai Soros?
Dia ceritalah daripada mana dia dapat income. Saya ingat lagi, telefon Tian Chua pun daripada duit Soros. Kita orang seludup telefon masuk. Telefon Tian Chua tu pun datang daripada Soros. Masuk daripada Bangkok. Ini realiti apa yang berlaku.
Jadi, tahun 2003, Wan Azizah dihantar oleh Anwar untuk berjumpa Soros untuk dapatkan dana bagi membolehkan mereka bertanding Pilihan Raya 2004.
Dan sebelum saya dipecat tahun 2004, saya hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Parti PKR dan masa tu Azmin maklumkan RM3 juta telah diterima. Dan mereka telah buat t-shirt, topi dan bendera di China.
Bila saya tanya dengan Ezam, dari mana datang duit RM3 juta ni? Ezam maklumkan pada saya, duit itu daripada Soros.
Parti tak tahu hal ini, hanya inner circle sahaja?
Itulah sebabnya kalau kita tengok, trend orang yang tinggalkan PKR ini ialah orang yang duduk di atas bukan duduk di bawah. Yang penyokong tegar PKR ni, mereka tak tinggalkan PKR. Jarang. Tak banyaklah.
Yang banyak tinggalkan PKR ini ialah orang yang semakin hari semakin rapat dengan Anwar Ibrahim. Semakin hari semakin banyak maklumat sebab semakin tinggi, dia (akan) pergi.
Dia jadi Ahli Majlis Tertinggi, dia jadi Ketua Pemuda ke, Naib Presiden ke. Orang ini akan duduk dekat dengan Wan Azizah, duduk dekat dengan Anwar Ibrahim, jadi mereka ada maklumat yang lebih tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar, Wan Azizah, Azmin dan semua sekali.
Itu yang menyebabkan ramai di kalangan mereka tinggalkan. Yang kat bawah ni tak tahu apa-apa. Selagi mereka tak sampai level Ahli Majlis Tertinggi umpamanya, selagi itu mereka tak tahu apa-apa. Ahli Majlis tertinggi zaman saya pun mereka tak tahu apa-apa pun.
Saya kebetulan Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Pemuda. Bila Ezam tak boleh pergi mesyuarat ahli Exco, saya kena pergi..ganti. Jadi, banyak benda yang saya tahu lebih daripada Ahli Majlis Tertinggi biasa.
Agak saudara, Wan Azizah tahu kes moral Anwar ?
Sudah pasti. Bukan kali pertama Wan Azizah ‘meletup’ ni. Wan Azizah ‘meletup’ dah tiga kali. Mana ada seorang wanita yang sanggup mengaku suaminya seorang peliwat. Tak ada. Mana ada seorang ibu yang sanggup membiarkan enam orang anaknya, dituduh anak-anak seorang peliwat.
Sebabnya Wan Azizah, macam mana pun dia kena pertahankan suami dia. Bukan kerana dia sayang sangat kat Anwar Ibrahim.
Saya ingat kali pertama, dia kena pukul dengan Anwar dulu. Dia mengadu dengan Tun Siti Hasmah. Dia mengadu perangai Anwar Ibrahim. Dia pernah nak pergi berubat kat Indonesia, carikan ubat supaya Anwar tinggalkan kerja main belakang ni.
Kali kedua dia mengadu dengan Ezam. Saya ingat lagi.
Masa tu saudara masih dalam dalam PKR ?
Masa tu saya dah kena pecat. Tapi saya dapat maklumat ni yang dia mengadu kat Ezam, masa tu kat Singapura kalau tak silap saya. Dia, Wan Azizah mengadu.
Satu hari, Anwar dan Wan Azizah pergi luar negara. Anwar dapat flight balik, Wan Azziah tak dapat flight balik. Wan Azizah telefon Ezam, minta supaya Ezam pergi tengok dekat rumah, pastikan ‘budak bancuh kopi’ tu tak tidur kat rumah. Sebab dia takut Anwar ‘kerjakan’ budak tu.
Kali ketiga ni Wan Azizah ‘meletup,’ masa hari Saiful buat report polis. Masa tu Ahli Pimpinan Majlis Tertinggi PKR buat mesyuarat dekat Hotel Quality.
Ketika itu, tiba-tiba Anwar stop mesyuarat yang dia chair. Bila dalam perjalanan naik ke lif tu, Zulkifli Noordin pun ada, Saifuddin Nasution, Tian Chua, Wee Choo Keong ada.
Ketika itu, Wan Azziah ‘meletup’ buat kali ketiga, yang saya tahu. Kalau lebih daripada itu dia ‘meletup’ saya tak tahu. Yang ini maklumat yang saya terima, kali ketiga dia ‘meletup’ timetu.
Bila Wan Azizah tanya kenapa meeting kita berhenti tiba-tiba. Dan Anwar kata, Saiful buat laporan polis dirinya diliwat oleh Anwar, masa tu Wan Azizah meraung. Masa tu dia kata, apalah ni bang, tak cukup ke dah kena 6 tahun, buat lagi.
Awak cuba bayangkanlah, masa Anwar duduk dalam penjara 6 tahun, siapa yang jaga anak-anak dia. Wan Azizah. Betul tak? Dia kena jaga anak-anak, dalam masa yang sama kena jadi Ahli Parlimen pula secara tiba-tiba. Kena jadi Presiden parti. Macam mana tak sengsara, sengsara.
Dia bukan ahli politik, dia doktor mata. Tiba-tiba kena terjun dalam politik.
Jadi, tiba-tiba keluar penjara, Anwar buat perkara ni lagi, mestilah dia tension. Itu yang menyebabkan dia luahkan.
Yalah, saya pun pelik juga dengan Wan Azizah boleh tahan dengan Anwar Ibrahim. Kira hebatlah Wan Azizah ni. Saya ingat kalau perempuan lain, dah lama tak boleh tahan dengan Anwar Ibrahim.
Barangkali mempertahankan maruah keluarga?
Ya, tapi saya rasa kehebatan luar biasa lah.
Semasa saudara dalam KeADILan, adakah nampak situasi Wan Azizah percaya Anwar meliwat atau seratus peratus percaya kepada Anwar?
Senario saya lain sikit. Saya sempat dengan Anwar 18 hari. 2 September sampailah 20 September 1998. Lepas tu dia kena tangkap.
Cuma apa yang saya boleh nampak, apa yang saya bayangkan ada benda yang tak kena.
Setiap kali Shamsidar datang rumah, Wan Azizah akan ada rasa lain macam. Dia macam marah. Saya pernah dengar daripada mulut Rosli Ibrahim, adik Anwar Ibrahim. Dia kata, apa bangang sangat Azmin ni bawa Shamsidar datang sini, dia tahu Kak Wan tak suka dengan Shamsidar, apasal dia bawa Shamsidar datang sini.
Ini maknanya, ada something wrong between Shamsidar dan Anwar Ibrahim. Tapi bab lelaki ni, saya tak jumpalah yang Wan Azizah marah. Sebab saya tak pernah ada dalam situasi itu.
Yang saya nampak, yang ketara bila mana Shamsidar datang. Yang Sukma pun saya tak nampak sebab Sukma ditangkap awal.
Jadi, kes 1998 itu mengesahkan betul berdasarkan situasi tadi?
Ya, saya percaya.
Kalau kita tengok Ummi punya pengakuan baru-baru ini, saya ceramah banyak kali dengan Ummi. Saya sendiri terkejut. Saya ingat Anwar ‘pakai’ Shamsidar ni tanpa pengetahuan Azmin. Tapi, bila dengar pengakuan Ummi, maknanya Anwar ‘pakai’ Shamsidar ni dalam keadaan Azmin tahu. Jadi, saya tak boleh bayangkanlah macam mana dayusnya Azmin ni. Saya tak mahu komenlah benda ini.
Masa dalam KeADILan, saudara tak percaya cerita ini?
Saya ingat hubungan Anwar-Shamsidar ni tak ditekankan sangat. Cuma saya rasalah adasomething wrong sebab Rosli marah, Wan Azizah marah. Cuma masa tu, pihak BN tak bangkitkan sangat hubungan Anwar-Shamsidar. Mereka lebih fokus kes Azizan.
Azizan ni saya nampak dalam kes 1998, yang menyebabkan rakyat tidak percaya dalam kes yang melibatkan kes Azizan Abu Bakar, kerana pada ketika itu cakap tak steady. Sekejap dia kena liwat sekian tarikh, sekejap dia kena liwat sekian haribulan. Tiba-tiba pula daripada satu tarikh dia sebut kena liwat tu, bangunan Tivolli Villa pun tak ada lagi.
Tapi ini berbeza dengan kes Saiful Bukhari 2008. Kes Saiful Bukhari, Saiful boleh mentiontarikh spesifik dia diliwat tanggal 26.6.2008 dari jam 3.01 minit hingga jam 4.30 petang.
Sebab apa? Sebab, bila dia sampai kat tempat kejadian di kondo tersebut, ada rakaman cctv. Bila Anwar sampai pun, ada rakaman cctv. Bila dia keluar pun, ada rakaman cctv. Dia dah tahu spesifik masa.
Dari segi teknikal, kali ini Anwar tak boleh lari. Dan macam mana Anwar nak lari dalam keadaan doktor yang memeriksa ‘anu’ Anwar ni, mengesahkan mereka menjumpai sperma. Mereka menjumpai semen milik Anwar Ibrahim. Mereka bukan menjumpai DNA.
Kalau mereka jumpa DNA, maknanya contohlah, masa Anwar dalam tahanan penjara, berus gigi ke, rambut Anwar Ibrahim ke. Anwar ketip kuku dia boleh ambil cebisan-cebisan kuku ini boleh jadikan DNA.
Tapi masalahnya sekarang ini, doktor ini yang memeriksa lubang Saiful ini, dia mengesahkan mereka menjumpai semen, air mani.
Air mani Anwar ni, kita tak boleh dapat tanpa kerjasama Anwar… Memanglah, sebelum ini kita nak berucap tak perlu sebut benda-benda ini semua. Tapi nak buat macam mana, ni Anwar punya pasal. Tak pasal-pasal dalam ucapan kita kena sebut sperma, semen..benda-benda yang mengaibkan ni.
Tapi kita kena ingat, yang doktor temui dalam lubang Saiful ialah semen ataupun sperma. Maknanya, benda ni hanya boleh diletak dalam lubang (dubur) Saiful.
Pertama, sekiranya Anwar buat kerjasama dengan kita dia mengeluarkan air mani dia. Dan dia bagi kita benda tu, kita suntik dalam lubang Saiful.Yang kedua, Anwar memang liwat Saiful.
Saya tak tahulah kalau ada cara lain. Saya tak nampak ada cara lain bagaimana kita boleh dapatkan Anwar punya sperma tanpa kerjasama Anwar Ibrahim. Dan takkanlah Anwar nak kerjasama untuk jahanamkan hidup dia. Ini rakyat kena buka kepala.
Doktor bukan jumpa DNA dalam dubur Saiful. Selain daripada sperma itu, ada DNA Y. DNA X tu saya tak tahu siapa punya. Mungkin doktor masa buat tu terjatuh peluh ke apa. Itu saya tak tahu. Pokoknya, bagaimana sperma Anwar ada di situ?
Ataupun bagaimana mereka boleh dapat sperma Anwar Ibrahim tanpa bantuan Anwar Ibrahim. Yang ini sahaja, menjawab segala-galanya.
Dan bila mereka ekstrak sperma ini. Dia ambil DNA daripada sperma ini, maka dia dapatlah DNA ‘lelaki Y.’ Dan apabila polis ambil contoh daripada mineral water Anwar yang ada DNA dia, berus gigi Anwar. Akhirnya mereka nampak benda ni sama.
Cuma di peringkat awal perbicaraan. Doktor yakin yang Anwar dengan rela hati akan memberi DNA dia, darah dia. Itu sebab, doktor tak terima bukti dalam bentuk berus gigi tadi dan juga barang-barang yang diambil dari lokap. Sebab kalau kita guna barang-barang yang diambil dari lokap itu, Anwar ada ruang untuk kata itu barang lama, polis dah rancang apa semua.
Itu sebab, doktor minta supaya Anwar dengan rela hati memberikan DNA dia. Tapi, bila Anwar tak nak bagi DNA dia, ketika itu Hakim kata pakailah yang berus gigi tu. Macam mana hakim boleh menjangkakan yang Anwar takkan berani tak nak bagi DNA dia.
Sebab sebelum ini Anwar bukan main lagi, saya akan berjuang bermati-matian hingga ke titisan darah terakhir. Cakap memanglah, ini hingga ke titisan darah terakhir. Sekarang, kita minta setitis darah saja dia tak boleh bagi.
Kenapa saudara ditahan ISA ?
Saya kena ISA dua kali. Kali pertama pada 23 Oktober 1998. Saya kena lebih kurang 59 hari. Saya kena tangkap 21 Oktober.
17 Oktober 1998 saya mengetuai satu demonstrasi besar-besaran daripada Masjid Negara pergi ke Istana Negara, untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) mendesak supaya YDPA campur tangan dalam kes Anwar Ibrahim.
Masa tu Anwar dalam penjara?
Masa tu Anwar dalam penjara. Masa tu saya kena (tahan) 59 hari.
Dan pada tahun 2001, saya kena lagi sekali kerana pada ketika itu saya ketuai untuk buat satu demonstrasi dipanggil ‘Black 14.’
‘Black 14’ ni sebenarnya hari untuk memperingati Anwar dipenjarakan selama 6 tahun. Setiap tahun kita buat perhimpunan ‘Black 14.’ Kita mahu kumpulkan orang dari seluruh pelusuk tanah air. Bawa orang naik keretapi, bawa orang naik bas, bawa orang naik pengangkutan masing-masing untuk kumpul di Kuala Lumpur. Untuk buat protes besar-besaran. Macam BERSIH nak buat ni.
Kena tahan seminggu atau selepas kejadian?
Lebih kurang seminggu sebelum itu kawan-kawan saya. Saya kena tahan buat kali kedua ialah pada 24 April 2001, selama 2 tahun 2 bulan.
Pada masa itulah ditahan bersama yang lain?
Yang pergi ke Kamunting, saya, Tian Chua, Ezam, Saari Sungip, Badrul Amin dan Hishamudin Rais.
Masa itulah Tian Chua bercerita menerima duit dari Soros?
Masa dalam tu lah. Dia beritahu, SUARAM ni ditaja oleh sebuah yayasan daripada Holand. Yayasan Holand ini sebenarnya ditaja oleh Soros.
Tian Chua sendiri mengakui penahanan dia tu tepat?
Memanglah. Semua yang ditahan tu ada sebab kenapa dia ditahan. Dalam ISA ni, saya dah duduk 2 tahun. Saya dah bercampur dengan semua. Saya dah bercampur dengan al-Maunah, saya bercampur dengan KMM, saya bercampur dengan JI (Jemaah Islamiah), semua kita bercampur.
Semua hampir mengaku tak bersalah. Semua mengatakan yang mereka ini teraniaya. Tapi, saya tahulah. Saya kena tahan, saya buat salah.
Dulu bila polis suruh kita berhenti, kita koyak saman polis. Garang tak garang kan dulu. Darah muda, standard lah tu.
Tian Chua, kalau nak ikutkan kesalahan dia tu, dia patut kena hukum gantung.
Kenapa?
Sebab dia mengkhianati negara. Dia terima duit daripada orang asing untuk buat kucar-kacir di negara kita. Soros akan taja apa sahaja untuk rosakkan nama Dr Mahathir.
Sebab, bila mana krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, Dr Mahathir straight away kata, ini disebabkan oleh penyangak mata wang bernama George Soros.
Kerana dendam kesumat George Soros itu, maka Soros sanggup biayai NGO-NGO ini untuk lanyak Malaysia. Untuk buat kucar-kacir daripada dalam. Jadi, ini tak khianat negara ke?
Saya duduk dalam ISA baru saya tahu benda ini berlaku.
Sebelum ini tak perasan?
Tak, kita tak tahu. Bila dah duduk 2 tahun, dah macam kawan-kawan, baru mereka buka cerita. Sebelum tu mereka tak cerita.
Setiap orang yang ditahan di Kem Kamunting ini apabila dibebaskan sudah tidak aktif lagi dengan PKR?
Itu tak betul.
Maksudnya ?
Hari pertama saja saya keluar dari ISA, saya ceramah di Sungai Petani kalau tak silap saya. Dan setiap malam saya ceramah. Daripada dalam penjara, saya tahu saya akan dibebaskan. Sebab group pertama tu, mereka dibebaskan 2 minggu awal.
Jadi, dalam penjara, saya dah susun jadual ceramah saya. Memang kita tak pernah berhenti.
Ceramah untuk Parti Keadilan ?
Untuk Keadilan. Saya stop bersama mereka ni selepas saya dipecat tahun 2004. Sebelum itu, selepas dibebaskan saya masih lagi bersama mereka.
Bermakna orang yang ditahan itu ada sebab tersendiri?
Semua ada sebab. Hishamudin Rais dari tahun 70-an dah patut kena ISA. Tapi dia dah lari. Dapat suaka politik di Sweden.
Tian Chua patut kena hukum gantung, khianat pada negara. Dia punya penglibatan dengan SUARAM dan juga pemimpin KeADILan ketika itu.
Saari Sungip kerana dia antara orang yang menggerakkan himpunan 100,000 orang (rakyat).
Badrul Amin, dia ceramah tak ingat dunia. Harussani Zakaria pun dilanyaknya. Dia punyacontribution itu mempengaruhi orang untuk mempercayai sesuatu yang tidak betul berlaku.
Ezam sama dengan sayalah, mengepalai demonstrasi-demonstrasi.
Ezam sama dengan sayalah, mengepalai demonstrasi-demonstrasi.
Semasa ditahan di Kamunting, adakah Wan Azizah atau parti mengambil berat?
Yang ambil berat tentang kami ini ialah NGO yang dipanggil Gerakan Mansuh ISA (GMI). Mereka ni terdiri daripada NGO-NGO seperi JIM, ABIM dan beberapa NGO lain. Mereka ni yang banyak collect duit untuk bantu keluarga kami yang berada di luar.
Parti sendiri?
Parti ni, terus-teranglah saya cakap, saya kecewa. Bukan setakat pemimpin KeADILan, tapi Anwar Ibrahim sendiri. Mereka tak bantu pun.
Kalau nak kira dari segi kekayaan Anwar Ibrahim, mereka boleh bantu keluarga kami ni. Lebih daripada bantu. Tak adalah masalah anak kita nak minum susu apa.
source : AIDC
Bekas peguam bela Anwar turut menyentuh video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
“Yang paling penting empat kamera. Tuan-tuan ingat senang nak pasang empat kamera itu ? Dia kena pasang sebelum (kejadian itu). Maknanya kena usaha. Nak pasang, nak letak sudut, supaya nampak, jelas. Nak pasang itu itu bukan senang, memerlukan masa, belanja yang tinggi dan tip yang pakar.
“Pokok pangkalnya, siapa yang pasang ? Eskay pula bagitahu dia dah bawa kawan tu (Anwar), di bilik yang sama, lima enam kali. Betul tak betul kita tak tau, tapi itu yang dia kata. Maknanya dah ada orang tahu. Dah ada orang ikut dah.
“Orang yang pasang kamera itu tahu Anwar Ibrahim akan duduk dalam bilik itu dan tahu Anwar Ibrahim akan ‘solat tahajud’ dalam tu. Dia tahu. (Sebab itu) dia pasang.
“Soalan besar yang tuan-tuan kena tahu, siapa buat video itu ? dan adakah depa, ada video lain sebelum itu ? Siapa yang paling boleh disyaki ? Hotel sendiri. Mugkin. Atau, ejen-ejen negara asing ?”, katanya.
Menurutnya penglibatan ejen-ejen asing tidak dapat diperkecilkan kerana keterangan Wikileaks sebelum ini mendedahkan mereka (perisik Singapura) mempunyai bukti teknikal yang mempercayai Anwar meliwat Saiful.
“Salah satukebal kabel yang Lee Kuan Yew hantar kepada Amerika. Dia kata, bahagian risik Australia dan Singapura ada keterangan bukti teknikal tentang Anwar Ibrahim.
“Dia tambah lagi hujung tu. Lee Kuan Yew kata apa ? Anwar masuk dalam perangkap.
“Tuan-tuan boleh bayang kalau Anwar jadi Perdana Menteri. Apa depa (ejen Singapura) boleh buat, kalau depa ada bukti macam itu ?
“Kalau nama Allah pun Anwar boleh jual, setakat negara ini, bila-bila dia boleh jual”, katanya
sumber : AIDC
Siapa yang pasang video seks mirip Anwar ? - Zul Kulim
Bekas peguam bela Anwar turut menyentuh video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
“Yang paling penting empat kamera. Tuan-tuan ingat senang nak pasang empat kamera itu ? Dia kena pasang sebelum (kejadian itu). Maknanya kena usaha. Nak pasang, nak letak sudut, supaya nampak, jelas. Nak pasang itu itu bukan senang, memerlukan masa, belanja yang tinggi dan tip yang pakar.
“Pokok pangkalnya, siapa yang pasang ? Eskay pula bagitahu dia dah bawa kawan tu (Anwar), di bilik yang sama, lima enam kali. Betul tak betul kita tak tau, tapi itu yang dia kata. Maknanya dah ada orang tahu. Dah ada orang ikut dah.
“Orang yang pasang kamera itu tahu Anwar Ibrahim akan duduk dalam bilik itu dan tahu Anwar Ibrahim akan ‘solat tahajud’ dalam tu. Dia tahu. (Sebab itu) dia pasang.
“Soalan besar yang tuan-tuan kena tahu, siapa buat video itu ? dan adakah depa, ada video lain sebelum itu ? Siapa yang paling boleh disyaki ? Hotel sendiri. Mugkin. Atau, ejen-ejen negara asing ?”, katanya.
Menurutnya penglibatan ejen-ejen asing tidak dapat diperkecilkan kerana keterangan Wikileaks sebelum ini mendedahkan mereka (perisik Singapura) mempunyai bukti teknikal yang mempercayai Anwar meliwat Saiful.
“Salah satu
“Dia tambah lagi hujung tu. Lee Kuan Yew kata apa ? Anwar masuk dalam perangkap.
“Tuan-tuan boleh bayang kalau Anwar jadi Perdana Menteri. Apa depa (ejen Singapura) boleh buat, kalau depa ada bukti macam itu ?
“Kalau nama Allah pun Anwar boleh jual, setakat negara ini, bila-bila dia boleh jual”, katanya
sumber : AIDC
Posted by Pejuang Bangsa
Ketua Pemuda Umno yang kontroversi, Khairy Jamaludin Abu Bakar menjadi perhatian kebelakangan ini ekoran tindakan-tindakan yang dilihat sengaja dilakukan untuk tujuan tertentu.
Dalam debat panas berhubung Bersih 2.0 yang dijadual mengadakan perhimpunan pada 9 Julai nanti, Khairy menentang amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang juga seorang naib presiden Umno.
Dalam isu perhimpunan Bersih juga, Khairy bertembung dengan Perkasa, pertubuhan Melayu condong kepada Umno di bawah pimpinan Datuk Ibrahim Ali.
Menentu bekas perdana menteri itu kemudian mengkritik program Dialog Antarabangsa Langkawi yang sedang dihoskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, menyinggung kedua-dua Najib dan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan.
Terbaharu, Khairy dalam satu majlis mempertahankan tindakan Uda Holdings yang dikecam hebat oleh beberapa pihak dalam Umno dan oleh Perkasa, berhubung penglibatan syarikat Melayu dalam satu projek pembangunan di Bukit Bintang.
Khairy pada masa yang sama juga dilaporkan mengkritik dasar afirmatif membantu orang Melayu dan menggesa orang Melayu "berdepan dengan realiti dan tidak bergantung pada kerajaan semata-mata."
Tindakan-tindakan kontroversi Khairy ini tercetus dan berterusan sejak kebelakangan ini, dilihat sebagai sengaja untuk agenda tertentu.
Antara sebab yang mungkin ialah Khairy menuntut sesuatu daripada Najib dan hanya akan berhenti apabila tuntutan itu dipenuhi, yang mungkin berkaitan dengan kedudukannya dalam pentadbiran Najib dalam pilihan raya nanti.
Kritikan berterusan Khairy berpotensi untuk memberi kesan kepada Najib dan parti dalam pilihan raya umum nanti, terutama dalam membina persepsi negatif terhadap pemerintah.
Umno akan dilihat sebagai tidak bersatu, atau tidak mampu bertindak terhadap seorang pemimpin Pemuda Umno. Ini akan memperlihatkan Umno lemah dan mudah dieksploit oleh pembangkang.
Janji beliau untuk hadir dalam perhimpunan pada 9 Julai nanti juga bakal dituntut untuk dipenuhi oleh pembangkang, untuk menjejaskan kesatuan pemerintah dan mengeksploit sebarang tindakan atau ketiadaan tindakan terhadap pihak pemerintah yang terlibat dalam demonstrasi.
Khairy juga mungkin sengaja mencetuskan keadaan kucar-kacir dalam Umno untuk mengundang tindakan keras daripada parti, yang kemudian boleh dimanfaatkan untuk popularitinya.
Hal itu akan mencetuskan perpecahan dalam parti, sekiranya beliau mempunyai pengikut yang cukup untuk memberi impak.
Khairy mungkin melihat jalan mati di hadapan dalam partinya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, dan melakukan tindakannya kini untuk menyediakan asas bergiat sebagai penentang kerajaan.
Khairy yang berfahaman liberal mudah untuk terlibat dalam politik pembangkang, yang kini didominasi aliran ideologi liberal. Kenyataan-kenyataan beliau konsisten dalam memperjuangkan isu liberal seperti kesamarataan, termasuk melibatkan hak Melayu.
Beliau yang dilihat sebagai salah satu penyebab kekalahan teruk Umno dalam pilihan raya umum lalu lebih mudah diterima pembangkang dan kumpulan-kumpulan aktivis bukan Melayu yang bersetuju dengan ide politik dan sosial ketua Pemuda Umno ini.
Kontroversi terbaharu melibatkan Khairy ini mula menjadi isu penting dalam blog-blog Umno, yang sebelum ini menjalankan kempen menentang kemasukan ketua Pemuda Umno itu ke dalam kabinet Najib.

source : mpp
No comments:
Post a Comment