Tun Mahathir Pernah Nafi Kirim Surat Kepada Israel
Thursday, March 10, 2011 Tun Dr Mahathir
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Dalam Blog Dr Mahathir www.chedet.com, beliau telah menafikan pernah mengutus surat sedemikian ke Ehud Barak. Kita bersyukur kepada Allah swt atas penafian beliau tersebut. Di dalam Islam, “Al-Bayyinah ala Al-Mudda’ie, wa Al-Yamin ala man ankara” (Bukti mesti ditunjukkan oleh penuduh, dan Sumpah mesti dilakukan oleh orang yang menafikannya”. Walaupun Dr Mahathir tidak bersumpah didalam penafiannya, namun keterangan-keterangan beliau mencabar bukti-bukti penuduh beliau yang mengutus surat demikian adalah boleh meyakinkan. Yang terbaik, Dato Seri Abdullah sendiri yang sedang menduduki pejabat Perdana Menteri turut bekerjasama dalam mengesahkan atau tidak surat tersebut dengan merujuk kepada no failnya.
Berkenaan dengan posting saya bertajuk “Surat Mahathir kepada Ehud Barak ?”, ia ditulis dengan penuh berasaskan syarak dan tanggungjawab apabila ditulis “Jika benar surat berkenaan, maka ….” dan “Jika sebaliknya, pandangan ini boleh menjadi pengajaran sekiranya ada surat seumpama itu …. “tanpa sebarang prejudis atau pertuduhan. Semoga menjadi peringatan dan persediaan buat semua yang cintakan kedaulatan negara tanpa pengaruh asing dan sikap tegas terhadap Yahudi dan kuncu-kuncunya. Syukur, sebaik “surat” tersebut disebarkan dalam internet dan mailing list oleh orang ramai dengan komen-komen sinis atau pertuduhan, saya sebaliknya menulis dengan sikap yang boleh dicontohi oleh mereka yang inginkan panduan Syarak yang sebenar dalam menerima berita seumpama itu. Dari awal posting lagi, ada komen pembaca yang memuji pandangan saya yang seimbang.
Terima kasih kepada mereka yang memberi komen-komen yang membina. Mohon maaf kepada mereka yang tersinggung terutama bila menyangka saya membenarkan surat berkenaan ditulis Tun. Saya percaya ianya lahir dari sifat cintakan kebenaran dan membenci sebarang bentuk fitnah.
“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya seorang fasik datang kepada kamu dengan membawa berita, periksalah dahulu, (takut nanti) kamu mengenakan satu kaum dalam keadaan jahil (tiada maklumat tepat) lalu kamu menjadi kesal atas tindakan kamu” (Al-Hujuraat: 6 ).
LAMPIRAN
Wednesday, May 21, 2008
“Letter” to Prime Minister of Israel
1. There is a letter being circulated purporting to be from me when I was Prime Minister, to Ehud Barak, Prime Minister of Israel congratulating him on his appointment and requesting for the “Clinton Fund”, for “the purpose of withstanding the onslaught of Islamic Fundamentalist in Malaysia”.
2. This letter is not from me or from my office. Firstly, the font used is not the same as the type in all my letters from the Prime Minister’s office.
3. The Malaysian Coat of Arms at the top is not similar to the one on all my letters from the Prime Minister’s office.
4. The address at the side of the Coat of Arms is not the same as on my official paper. Often no address is printed, only “Prime Minister Malaysia” on the top right-hand corner.
5. The contents of the letter is totally different from the one I sent to Ehud Barak. Unfortunately, the Government of Abdullah Ahmad Badawi refuses permission to reproduce my letters to Israeli Prime Ministers condemning them for their oppression of the Palestinians. This action by the Abdullah Government will lend credence to the letter that is being circulated.
6. I deny categorically that the letter which is being circulated with annotation “Sumbangan kakitangan JPM untuk Rakyat Malaysia” originated from me. This is the kind of dirty tricks that my detractors have to resort to because they have found nothing to blacken my name with.
No comments:
Post a Comment