NUFFNANG

Thursday, 3 March 2011

Teori ‘Y’ ?


Petang semalam, sewaktu berjalan keluar dari mahkamah – Anwar sempat membebel dan mengatakan bahawa pihak guamannya akan meminta ‘trial within trial’ disebabkan kaedah DNA diperolehi adalah melalui kaedah PAKSA dan TIDAK MENURUT kaedah yang tepat. Soalnya, pernah ke seorang sehebat Anwar mahu menyerahkan DNA dengan sukarela dan tanpa paksa? Kenapa tidak? Kalau benar Anwar tidak bersalah – apa salahnya Anwar memberikan selonggok dua air ludah bagi dinilai oleh pihak PDRM. Kalau tidak ada kaitan DNA dengan air mani di celah punggung Saiful – Anwar dengan sendirinya akan lepas bebas daripada bebanan kes. Soalnya, kenapa tidak?
Anwar seringkali menyatakan bahawa dia diPAKSA untuk memberikan DNA. Dipaksa? Dengan kaedah apa? Ada sebarang laporan yang dia dikasari? Tidak ada? Air minum, tuala good morning, berus gigi semuanya benda standard yang diberikan kepada tahanan. Kenapa Anwar mesti ada keistimewaan?
Lelaki Y – memang sudah dijangka akan terkait dengan Anwar. Melalui? Kaedah ‘abandoned evidence’ – bukti yang ditinggalkan. Blog ini pernah menulis mengenai teori ‘abandoned evidences’ ini dalam tulisan awal. Lama dah. Sila rujuk arkib.
Ini sekaligus membawa makna – tidak ada salahnya untuk mendapatkan bukti melalui barang-barang yang ditinggalkan. Pernah juga kita tengok cerita CSI dan sebagainya; bukti yang dibuang di dalam tong sampah misalnya – boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah. Semudah itu. Di mana unsur paksaannya?
Anwar jangan pusing cakap; mengatakan wujudnya ‘PAKSAAN’ sedangkan semuanya dilakukan dengan kehendak dirinya sendiri.
Sebab itu wajar kita nilaikan dari awal – terlalu ramai orang yang perlu diseragamkan pandangan untuk melakukan konspirasi terhadap Anwar. Maka, tak semudah itu untuk meletakkan Anwar yang mempunyai ‘well trained’ guards yang sentiasa sahaja menjaga kepentingan Anwar. Waima dalam program besar PKR; semua benda yang Anwar sentuh – dibersihkan semula dengan cecair tertentu. Semua yang Anwar pegang akan dilihat semula oleh mereka yang bekerja sebagai pegawai keselamatan Anwar ini.
Ketua Keselamatan Anwar adalah anak saudaranya sendiri bernama ‘Saiful Anuar’ – Saiful juga. Tapi Saiful ini bukan kaki ‘gay’. Budak ‘straight’ yang kuat main perempuan. So, jangan ada yang kata Saiful ini juga mangsa sodom Anwar. Tak baik begitu.
Kita kena membiarkan mahkamah terus menyelidik bagaimana menentukan ‘bukti tinggalan’ Anwar di lokap PDRM. Kalau sesuai dengan air mani di celah punggung Saiful; ada ruang konspirasi lagi? Bagaimana nak buat konspirasi?
source : gelagat anwar

No comments: