Percaturan Terakhir Rejim Pak Lah Menjelang 8 Oktober?
Contributed by AMUbaidahS
Ternyata apa yang dilakarkan sebelum ini tentang kemelut di peringkat MKT pada bulan Ramadhan kian membawa kenyataan baru buat UMNO.
Berita yang menyusup dari mulut ke mulut, sms lagi sms dan kini blog berblog adalah persetujuan 4 mata Pak Lah dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang Presiden UMNO sekarang tidak akan mempertahankan jawatannya menjelang Mac 2009, malah akan berundur dari jawatan-jawatan kerajaannya pada 8 Oktober ini.
Namun sudah tentu reaksi pertama sesiapa yang menerima berita ini adalah,"Betul ke? Boleh percaya ke Pak Lah akan kotakan janji yang ini, apabila terlalu banyak sebutan manis dahulu beliau ingkari?"
Jelas sekarang yang Pak Lah sedang membuat percaturan terakhir demi menyelamatkan riwayat politiknya, cita-cita menantunya, kekayaan anaknya dan kesenangan penyokong setianya yang lain. Di antara gerakan beliau:
1. Menghantar perutusan demi perutusan merayu Najib supaya menyokong kehendaknya untuk kekal lama sedikit lagi di tampuk kuasa. Ini telah dicuba beberapa kali dan tetap gagal.
2. Atas nasihat menantunya KJ yang tersayang, disuruhnya Datuk Zahid Hamidi bertanding jawatan Timbalan Presiden parti, walaupun bekas Ketua Pemuda tersebut lebih layak dan hampir tentu menang jika Naib Presiden sahaja menjadi sasarannya.
3. Digerakkan jalinan sahabatnya untuk memberi gambaran yang akar umbi masih mahukan Pak Lah kekal sebagai Presiden UMNO. Ini bakal disusul pula dengan satu lagi mesyuarat MKT, diikuti mesyuarat BN, di mana usul mengekalkan beliau akan dipertahankan habis-habisan.
4. Sebagai langkah berjaga-jaga, ahli-ahli Tingkat 4 akan disusup masuk ke pejabat DS Najib. Ini bukan semata-mata menjaga kedudukan beliau sekarang, tetapi juga untuk memastikan sekiranya pupus riwayat politik Pak Lah, peninggalannya seperti KJ, Kamal dan hubungan 'erat' sengan Singapura kekal abadi!
Fasal 2, 3 dan 4 dihuraikan lagi di http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/10/percaturan-terakhir-rejim-pak-lah.html... bersama kemaskini dan layanan komentar...
kzso - we'll wait for PL announcement..
No comments:
Post a Comment