Desakan YB Liow Tiong Lai salah seorang menteri kabinet Pak Lah yang mahukan ekuiti 30% milik bumiputera dalam ertikata lain melayu dihapuskan memerlukan satu tindakan susulan berani dari Perdana Menteri sendiri iaitu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Apabila salah seorang ahli kabinet Perdana Menteri yang begitu berani dan secara terang mempertikaikan AMARAN dan NOTA serta KENYATAAN Raja-Raja Melayu yang mahukan rakyat Malaysia jangan mempersoalkan Kontrak Sosial, Perlembagaan Artikel 153 dan Keistimewaan Hak-hak Orang Melayu serta hak Orang-orang Melayu; dan tiada ulasan dan bangkangan dari jemaah menteri kabinet yang lain, jelas menunjukkan bahawa kabinet Perdana Menteri juga bersetuju dengan kenyataan YB Liow Tiong Lai (salah seorang menteri kabinet).
Oleh yang demikian, sekiranya jemaah Menteri (termasuk Timbalan Menteri), Timbalan Menteri dan Perdana Menteri sendiri terus mendiamkan perkara ini, jelas sekali kabinet kerajaan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi MENDERHAKA kepada Raja-Raja Melayu!
Kerajaan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad BAdawi patut mengambil tindakan berani sepeerti memberi surat AMARAN kepada YB Liow Tiong Lai salah seorang Menteri Kabinet (sekurang-kurangnya). Jika tidak ini akan menampakkan kelemahan dan mengesahkan kelembikan Perdana Menteri dan jemaah serta kabinet Menteri.
Tapi yang jelas dan pasti, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden dan bekas ahli UMNO sahaja yang berani 'take the lead' (dengan izin) iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan ketidaksetujuan Tun bahawa hak ekuiti 30% bumiputera/Melayu itu patut dihapuskan ketika ini.
Mana dia jemaah Menteri dari UMNO? Mana dia Wanita UMNO? Mana dia PEMUDA UMNO? Mana dia Puteri UMNO? Kenapa senyap aja apabila hak orang Melayu mahu dihapuskan? Mana dia calun Pemuda UMNO iaitu YB Khairi yang berdegar-degar mahu berdebat (dengan ahli UMNO sendiri) tapi menikus apabila isu ini dibangkitkan (oleh orang luar UMNO) yang jelas menidakkan hak dan kepentingan Melayu?
Adakah parti-pari komponen BN ini dengan jelas mahu menjolok sarang tebuan atau mahu 'test power' (dengan izin) atau mahu lihat 'kecabulan' dan 'kebetinaan' UMNO?
Jikalau UMNO sendiri tidak mahu dilihat tidak mampu mempertahankan hak orang Melayu,jangan haraplah orang Melayu akan mengundi mereka di masa yang akan datang. Nak harapkan PAS? hmmmm tak tahulah... nak harapkan PKR? jauh sekali yang mana bak kata YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, jikalau PR menang, hak-hak orang Melayu ini akan terhapus. Nak harapkan DAP? jangan buat lawak boso dan jangan haraplah...
Komen saya ini bukanlah bersifat rasis mahupun perkauman tapi luahan dan mempertahankan hak dan kebenaran sahaja. Saya tidak mempertikaikan hak orang lain kerana itu adalah hak mereka seperti yang dijamin dalam perlembagaan tapi hanya mempertahankan hak saya, hak anak saya, hak cucu saya, hak cicit saya, hak piut saya dan hak keturunan saya dimasa akan datang di Tanah Melayu ini!
Kepada YB Liow Tiong Low, jika anda berasal dan tinggal di salah satu negeri Kesultanan Melayu, harap mohon kemaafan kepada Raja Melayu. Jikau anda masih berdegil, keluar dan nyahlah dari negeri Baginda Sultan.Jangan sesekali berani menderhaka kepada Kebawah Duli Sultan.
Daulat Islam! Daulat Melayu! dan Daulat Tuanku!
1 comment:
maaf kerana komen tiada kena mengena dgn topik, cuma ingin berkongsi..sila rujuk pada link blog ini, bagi saya ianya satu penghinaan kepada umat islam..minta sebarkan pada yang lain http://asylum60.blogspot.com/2008/10/fatwa-titis.html
Post a Comment