NUFFNANG

Wednesday 29 October 2008

Debat Pemuda UMNO. Perlukah diadakan?

Pada pendapat saya yang boleh dikategorikan sebagai golongan 'silent majoriti'...............

[yang mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia dan seorang Islam dan Melayu yang lahir di Tanah MElayu ini dan ada hak untuk mengundi pada setiap pilihanraya [samada saya mengundi ataupun tidak, samada saya mengundi parti kerajaan ataupn sebaliknya - itu perkara lain; yalah.... di mana kawasan saya (kelana jaya) yang dimasa dahulu diserahkankan kepada mic selepas menjadi milik umno , dan kemudian diserahkan kepada mca pulak yang mana pada pilihanraya march 2008 lepas, pengundi kelana jaya yang telalu bijaksana telah memilih seorang jurugambar video amatur (yang tidak fasih bercakap melayu mahupun bahasa malaysia walaupun mangaku rakyat malaysia..) sebagai wakil rakyat mereka di dalam parlimen (parlimen bro.. parlimen) yang tinggi 'darjat' dan kedudukannya ataupun pemilihan jurugambar video amatur itu disebabkan terlalu marah kepada 4'k' dan tingkat 4 dan hp6 cabinet minister, wakil(parti) mca dan pm... ataupun alasan-alasan yang lain bak kata raja lawak nabil "lu fikirlah sendiri"]

.........berpendapat saya mempunyai hak untuk memberi komen dalam hal ini. Bukannya apa,kot-kot Presiden UMNO berkata siapalah saya untuk memberi komen dalam hal ini

Pada pendapat saya, tak perlulah untuk diadakan debat ini. Buangkan masa dan beras aja. Kita dah banyak dengar debat, ceramah sejak setahun yang lepas dimana dijuarai oleh saudara juara debat kita itu Dato' Seri Anwar Ibrahim tapi hasilnya..habuk pun tadak! pi mai pi mai tang tu saja. Sekarang masa buat kerja...bukan masa untuk polemik dan retorik saja (lainlah KJ nak ikut jejak idola dia Dato' Seri Awnar Ibrahim)

Apakah tujuan debat itu sebenarnya? adakah untuk menunjukkan kita terrer dalam berdebat tapi akibatnya nanti ialah "menang sorak kampung tergadai"? Saudara KJ memanglah boleh dikategorikan seorang yang boleh dinampakkan (be seen) sebagai seorang yang banyak ilmu tapi pada hakikatnya masih 'muda dan beremosi' dalam memberi pendapat dan idea (yang boleh dipersoalkan dan dipertikaikan sebenarnya).

KJ memerlukan debat ini untuk memberi imej yang baik kepada ramai orang (memang ramai yang terpedaya tapi ramai jugak yang tahu siapakah dia sebenarnya) dan mengharapkan mendapat undi yang lebih dalam PAT UMNO yang akan datang (yalah daripada 'menabur' dan 'melabur' pada orang yang tertentu tapi pulangannya tak berbaloi sangat...nyaris-nyaris tak cukup pencalunan - terbukti dalam pencalunan pemuda setakat ini) sementara Dato' Seri Khir Toyo pula mengharapkan debat ini akan memberikan political mileage yang tidak diperolehi oleh beliau selama ini (beliau belajar dari Dato' Seri Anwar) dimana daripada debat ini akan memberi peluang keemasan kepada beliau.

Adakah debat ini perlu? Jawapan saya ialah TAK PERLU!...

Wahai KJ dan ahli UMNO, dalam politik kepartian.. ada yang perlu didedahkan dan ada yang perlu dirahsiakan. Banyak buruk dari baiknya! Kalau hendak berdebat dengan pihak pembangkang seperti PAS, DAP dan KEADILAN silakanlah wahai KJ. Jangan melarikan diri dan kecut diri bila dicabar oleh pembangkang tapi tunjuk GAH mencabar ahli) parti sendiri!

Adakah KJ nak mendedahkan pekung di dada (UMNO) untuk mencapai matlamat peribadi beliau untuk menjadi Ketua Pemuda....Jikalau beginilah sikap beliau yang lebih mementingkan diri sendiri dari parti; harapan dan nasihat saya kepada semua ahli UMNO ialah "wahai ahli umno, singkirkan kudis ini sebelum ia menjadi barah kepada UMNO".

Sekian.

No comments: