NUFFNANG

Monday 13 October 2008

KECOH SEKARANG NI...KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BAKAL RUNTUH! Anwar kelam-kabut. Betul ke?

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BAKAL RUNTUH
Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri

1. PERKEMBANGAN di dalam UMNO telah menjejaskan sokongan MP-MP Pakatan Rakyat dan di 3 buah negeri PR iaitu Selangor, Kedah dan Perak. Beberapa MP PR dijangka akan menyertai DS Najib Tun Tazak terutama MP PKR yang pernah bekerja dengan DS Najib semasa mereka di dalam BN dahulu. Penulis diberitahu Penasihat PKR telah memanggil mesuarat khas untuk menghalang YB-YB PKR menyertai kerajaan di bawah pimpinan DS Najib.

2. Di Selangor, mereka yang bersedia untuk menyertai BN dikatakan terdiri daripada YB Melayu dan YB Bukan Melayu daripada parti PKR. Terdapat kekecewaan di kalangan YB Bukan Melayu terhadap cara kerajaan negeri memusnahkan kuil di Ampang. Jika dahulu, Dr. Khir Toyo dilanyak kerana kerajaan negeri meruntuhkan kuil , kali ini MB Selangor pula tidak dapat menghalang kuil diruntuhkan oleh kerajaan PR.

3. Di Perak dan Kedah, beberapa YB PKR yang sudah bersedia menyeberang kepada Bn pada Ogos lepas kini sudah bersedia untuk menyertai BN. Mereka dikatakan sudah melihat permainan politik Anwar sehinggakan Azmin Alim pun hendak meletak jawatan dalam semua jawatan PKR, termasuk kes YB Zulkifli yang dianiaya double standard. 5 YB PAS/PKR di Kedah, dan 4 YB PKR di Perak dikatakan terlibat dalam isu ini.

4. Untuk menyakinkan penyokongnya, Anwar dikatakan berusaha untuk membawa undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri di parlimen Isnin ini, namun kem PAS dikatakan sekurang-kuragnya 15 MP PAS tidak akan menyokong usul itu ( dikatakan MP yang menyokong Kepimpinan Ulama ). MP PAS yang berpihak kepada Kumpulan Erdogan di bawah Husam akan terus memberi sokongan kepada Anwar.

5. Di Sabah, SAPP dikatakan berhajat untuk memohon menyertai semula BN di bawah DS Najib. Penulis berharap perkara ini tidak berlaku kerana SAPP bukan parti yang besar ( keahlian hanya sekitar 30,000 orang ), lagipun ia hanya bersikap pengacau yang tidak setia. Semua YB SAPP masih memberi sokongan kepada kerajaan BN walaupun SAPP sudah keluar dari BN. Yang hanya menjadi mangsa Anwar dalam permainan ini ialah Yong Teck Lee.

6. Dengan perkembangan ini, penulis yakin setelah semua Pemilihan parti dibuat dalam parti MCA, MIC, UMNO dan komponen yang lain, kerajaan BN akan kembali pulih dan mendapat sokongan rakyat. Rasionalnya, PAS , PKR, DAP memiliki penyokong masing-masing, rakyat yang tidak mempunyai parti yang mengundi atas dasar isu, sudah pasti akan memikirkan semula keadaan semasa politik negara.

7. Bagi kita rakyat biasa, marilah kita memberi sumbangan idea untuk memajukan negara kita, merapatkan semula perpaduan, membuat aduan dengan betul, tidak perlu mengganggu rumah terbuka orang lain, zaman sekarang bukan zaman menjerit-jerit, itu zaman Anwar yang dia belajar dalam kursus IIIT, NED, dll pertubuhan pro-Amerika. Teresa saman Utusan Melayu RM30 Juta, apa kata sesiapa umat Islam dan orang Melayu yang rasa Terhina dengan perbuatan Teresa Kok dalam isu Babi, Tulisan Jawi, Makanan Anjing, Azan dsbnya mengambil tindakan yang sama ke atasnya. Dia nak tunjuk Hero konon dia benar orang lain salah, apa kata orang Islam dan Melayu juga tunjuk Hero! Dia fikir umat Islam dan orang Melayu tidak Terasa dan Tidak Tersinggung dengan kata-katanya yang menghina bangsa Melayu dan umat
Islam .

Sumber : http://jentayuabaka.blogspot.com/

--------------------------------------------------------------------

Dr M: Najib must keep cronies and family at bay

MELBOURNE, Oct 12 — Datuk Seri Najib Tun Razak should not be surrounded by cronies and family members when he is prime minister, Tun Dr Mahathir Mohamad said here today.

"There are several former members of parliament and experts whose advice he should seek to run the country," the former prime minister told Bernama after addressing a Malaysian youth seminar at the University of Melbourne.

"There is a lot of work to be done to restore the confidence of the people in the government," Dr Mahathir said.

"But Najib must not try to do everything himself. He must get proper advice from the right people.

"He should not be surrounded by cronies and family members as this will not be good for the country." Dr Mahathir, however, did not identify them.

He said Najib, his deputy, Umno and its partner component parties must work hard as a team to win public support for the government which suffered a setback at the last elections.

"The votes we lost were protest votes. Malaysians were not happy and this was reflected at the ballot box," he said.

Dr Mahathir said sections of the public felt that the government had become arrogant and out of touch with their needs.

"Some MPs felt, that once elected and given a ministerial position, there was no need for them to go back to their electorate to talk to the people, to discuss issues and find out what needed to be done and to explain government policies," he said.

Dr Mahathir said he hoped that this would change under the leadership of Najib.

source : bernama

-------------------------------------------------------------------------

Masih Berbisakah Tangan Anwar Dalam PAS?

Contributed by belantan

Zaman kegemilangan dan kejatuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) seperti diikat oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Sekarang krisis terburuk UMNO berakhir dengan tamatnya kisah Anwar Ibrahim, segala petunjuk bahawa sokongan terhadap PAS semakin merosot, dengan pada masa yang sama pemimpin parti menjadi lebih bersikap mempertahankan diri apabila cuba menjawab kepada tuduhan- tuduhan bahawa parti tersebut sudah hilang arah.

Sekiranya perbualan bersama dengan penyokong PAS dan maklum balas dihantar ke internet sebagai petunjuk, kemerosotan ini memang jelas. Asas kewujudan PAS - untuk mendirikan sebuah negara Islam di Malaysia - berada dalam ancaman kerana memandangkan PAS bersedia untuk memperolehi semula sokongan dengan kisah Anwar Ibrahim.

Permergian kisah Anwar Ibrahim dan ketua pemain, Mahathir Mohamad, daripada perhatian politik telah meletakkan PAS kembali kepada asal : di pinggiran sistem, hanya sebagai sebuah parti politik pembangkang bersama pemimpin dan pandangan tersendiri.

Sekarang Mahathir telah pergi, soalannya apakah yang boleh dilakukan oleh PAS untuk membawanya kembali ke arus utama politik. Pada masa sekarang tiada sebarang tanda bahawa perkara ini akan terjadi, kecuali pemimpinnya dilihat sedang menguatkan ikatan takdir parti politik itu dengan Anwar Ibrahim, lelaki yang tidak dipercayai oleh kebanyakan penganalisis politik walaupun sebagai bakal Perdana Menteri, sama ada melalui pembangkang atau melalui pemerintah UMNO, parti yang yang telah memulaukannya.

Dengan memberikan ingatan ringkas dalam politik, mana-mana senario adalah mungkin.

Anwar perlu berpuas hati dengan kem pembangkang buat masa ini. Berada di sebelah bahagian yang lain setelah sekian lama berada dalam kerajaan adalah sesuatu yang amat berat untuk dilakukannya, mempercayai bahawa pembangkang tidak boleh memegang kuasa, sekurang-kurangnya dalam tempoh hayatnya.

Dengan idea yang kurang tentang apa yang perlu beliau lakukan, Anwar sedang menangguhkan perancangannya yang segera dengan menumpukan lebih perhatian terhadap topik-topik seperti "dialog antara ketamadunan" dan syarahan "demokrasi" dan "kebebasan" dalam masyarakat Islam.

Secara jelas, bayangannya sebagai seseorang yang mengambil berat mengenai isu global telah dibayangi dengan cita-citanya dalam negara, dan kebanyakan pendengarnya ingin mengetahui mengenai perancangannya di Malaysia berbanding minatnya yang terbaru dalam "menghubungkan Barat-Islam yang terpisah".

Suka atau tidak, Anwar dan parti yang beliau menjadi penasihat sekarang telah mengadakan hubungan dengan PAS, sebagai apa yang dikenali sebagai Barisan Alternatif. Ini memberikan banyak masalah kepadanya secara peribadi, terutamanya kerana beliau merasakan beliau perlu terlibat dalam kepentingan dunia, sebagai contoh bertemu dengan pemimpin berhaluan kanan dari Washington dan kumpulan pemikir dari Barat, yang kesemuanya akan membentuknya sebagai seorang "pemimpin Muslim yang sederhana".

Lawatan Anwar ke seluruh dunia untuk bertemu dengan pemimpin politik dan rakan-rakannya yang memegang jawatan penting di Washington dan Eropah mempunyai dua matlamat dan objektif menang-menang : Peranan Barat dalam membentuknya sebagai seorang agen perubahan sebelum beliau memegang kuasa; dan untuk menjelaskan bahawa PAS bukan sebuah parti ‘pengganas’ Islam, seperti yang ditakuti oleh pemimpin Barat, tetapi sebuah parti yang bebas dan demokratik yang mana Barat mampu "bekerjasama bersama" untuk memegang kuasa.

Ikatannya dengan PAS adalah salah satu daripada halangan yang perlu dilepasi untuk kepentingannya atau jika tidak lebih daripada hubungan mesranya dengan pemimpin Barat.

Sementara Anwar mungkin menggambarkan PAS sebagai liabiliti memandangkan beliau sentiasa berkunjung ke Washington dan Eropah, kerana beliau mampu " dipanaskan " di atas hubungannya dengan kumpulan pengganas, parti anti-Barat seperti PAS, di Malaysia.

Beliau dilihat seperti berada di kem yang sama dengan PAS kerana parti tersebut menjuarai isu berkaitan Anwar semasa dipenjarakan selama 6 tahun, semasa parti tersebut bergerak di atas simpati orang ramai dengan Anwar melalui akhbar PAS yang terkenal satu ketika dahulu iaitu Harakah.

Itu suatu ketika dahulu, sekarang keadaan sudah berubah. Dengan krisis yang sudah hampir berlalu daripada masyarakat, PAS sekali lagi dipinggirkan untuk menjaga diri sendiri.

Setelah memegang kuasa politik apabila mengambil alih dua negeri dan hampir membentuk kerajaan negeri di dua negeri yang lain, PAS telah mengalami kekalahan teruk pada pilihanraya tahun lepas (2004). Sekarang, dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan, yang dipimpin oleh isteri Anwar dan penyokong setia dari pelbagai latarbelakang ), PAS merasakan berada di bawah tekanan yang semakin meningkat untuk memformulasikan semula agendanya, dan pada masa yang sama menimbangkan kembali penubuhan sebuah Negara Islam.

Ramai yang menyifatkan dokongan politik PAS terhadap sebuah Negara Islam (terutamanya ketika Pilihanraya Umum) sebagai punca utama kenapa parti pembangkang tidak dapat disatukan sebagai sebuah pakatan memerintah, dan sebab kenapa pakatan pembangkang sentiasa berpecah dalam masa yang singkat selepas pilihanraya.

Ahli politik bukan Islam, Muslim sekular dan bekas pemimpin UMNO, yang tidak berpuashati dengan kepimpinan pada masa ini, sekarang berkempen kepada PAS untuk menukar pendiriannya dalam aspirasi untuk sebuah Negara Islam; dalam kata lain, untuk berfikir mengenai undi dengan serius.

Sesetengah pemimpin keADILan, termasuk ANwar, telah mengambil tanggungjawab tersebut untuk bercakap mewakili PAS, cuba untuk mempertahankan agenda negara Islam PAS, terutamanya semasa temuramah dengan media Barat dan dalam ceramah di negara Barat, dan di majlis perhimpunan tempatan yang dihadiri oleh "Muslim yang sederhana" dan bukan Muslim.

Pada 10 Mei, Anwar Ibrahim telah ditemuramah oleh BBC dalam program Hardtalk. Perubahan Anwar yang disifatkan sebagai "pemimpin Islam yang hebat" kepada "Muslim yang sederhana" menggalakkan "dialog di antara Muslim dan Barat" yang diadakan secara terbuka buat pertama kalinya mencabar.

Hubungannya dengan sayap kanan Pentadbiran Bush (terutamanya Paul Wolwofitz), dan bagaimana beliau menerangkannya kepada penyokongnya yang berada di Malaysia, antara perkara yang dipersoalkan kepadanya.

Apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan usaha PAS untuk sebuah Negara Islam, dalam kebanyakan soalan disebutkan bahawa Negara Islam bermaksud penafian terhadap kebebasan kepada bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka, jawapan Anwar hanya menekankan kepada persepsi seperti : Beliau berkata PAS perlu bekerja dalam lingkungan sebuah "jaminan perlembagaan" dalam kebebasan beragama kepada bukan Muslim, memandangkan sekiranya tiada terdapat jaminan seperti itu dalam Islam.

Ketika semua ini sedang berlaku, kepimpinan PAS telah berdiam diri. Kebanyakan penganalisis dan penyokong telah beranggapan sikap ini sama seperti kekosongan kepemimpinan, khususnya selepas ketiadaan arwah Fadzil Noor, Presiden PAS sebelum ini, pada 2002, tetapi terdapat beberapa sebab lagi : Di kalangan mereka adalah sikap obsesi PAS dengan mengambil alih kuasa daripada UMNO, yang telah memerintah Malaysia semenjak negara ini dibentuk. Di puncak populariti PAS, kesemuanya disebabkan oleh kemarahan masyarakat awam terhadap Mahathir berhubung layanannya terhadapa Anwar, soal kepimpinan PAS bukan satu isu.

Memandangkan pilihanraya dalaman parti semakin hampir, ahli-ahli akan memilih pemimpin mereka, peringkat bahagian terlantar bukan disebabkan oleh perbezaan umur tetapi disebabkan oleh jurang kematangan politik.

Sesiapa yang telah dicalonkan untuk jawatan tertinggi termasuk pemimpin muda, tugas mereka hanya penting ketika pilihanraya disebabkan oleh cara berkempen mereka yang agresif.

Pemimpin ‘tradisional’ seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz terkecuali, ramai di dalam PAS bersetuju bahawa pemimpin mereka tidak berada benar-benar di dalam rentak yang sama dengan perspektif politik parti.

Hadi dan Nik Aziz, seperti allahyarham Fadzil Noor, telah memainkan peranan dengan baik sebagai kuasa penyatu dan mampu terlibat berbahas dengan pemimpin kerajaan.

Pemimpin yang baru muncul, sesetengahnya dipanggil ulama disebabkan latarbelakang pendidikan Islam mereka di bumi Arab, mengambil risiko dengan memaksa PAS menimbang semula agendanya dengan memujuk "Muslim sekular " yang enggan untuk mengundi PAS berbanding musuh mereka iaitu UMNO.

Khabar angin sudah merebak bahawa sekumpulan "ulama" dan "profesional" baru, yang menyertai PAS disebabkan layanan buruk terhadap Anwar, akan mengambil alih kepimpinan parti ; terdapat juga perbicangan mengenai kerjasama yang lebih rapat dengan Anwar, atau pada masa yang sama membawa Anwar masuk ke dalam PAS dengan diberikan jawatan.

Bagaimana PAS akan berhadapan dengan naungan Anwar dan tokoh yang tidak jujur dari Washington serta kepentingan politik Barat terhadap Anwar.

Sesetengahnya dijawab dengan fakta bahawa sesetengah pemimpin PAS telah mula bercakap mengenai ‘image’ (satu obsesi di kalangan sesetengah Muslim semenjak September 2001), daripada peranan PAS sebagai sebuah gerakan yang menekan kerajaan dalam sebuah negara majoriti Islam.

Sesetengah pemimpin PAS sedang mengadakan perbincangan secara tertutup dengan diplomat Amerika Syarikat dan Australia, dan terdapat seperti keengganan pemimpin utama dalam demonstrasi anti-AS untuk hadir bersama.

Tekanan terhadap PAS dalam menggugurkan cita-cita Negara Islam akan atau tidak akan mengubah landskap politik Malaysia, isu Islam dan Bangsa telah memastikan pakatan memerintah masih berada di tampuk pemerintahan walaupun cabaran daripada yang menentangnya.

Soalan sama ada pemimpin sekarang dan aktivis dalam PAS, sama seperti "darah muda", akan mampu untuk menyelesaikan cabaran tersebut dalam ruang lingkup intelektual Islam, daripada politik kasar dan pertikaian kosong.

Negara Islam tidak boleh dikeluarkan daripada agenda oleh mana-mana pergerakan Islam; apa yang berbeza adalah cara dan apa yang membentuk Negara Islam dijangka perlu diambil kira.

Adalah lebih bijak untuk PAS berhati-hati dengan tekanan, dan menilai semula aspirasinya dengan tidak bersikap apologetic tetapi dengan satu pandangan terhadap asas Negara Islam untuk muncul dalam realiti yang kompleks seperti yang berlaku di Malaysia.

Dalam demokrasi seperti Malaysia, jumlah kerusi Parlimen dan kelompok peserta dalam ceramah umum boleh digunakan untuk mengukur sokongan sesebuah parti. Walaupun kesemua ini adalah rendah buat masa ini untuk PAS, kepimpinannya perlu sedar bahawa kedua-dua perkara tersebut tidak boleh digunakan sebagai kayu ukur sejauh mana parti itu bergerak berdasarkan hasil kerja yang sebenar.

Hanya keupayaannya untuk bergerak di atas landasan intelektual yang tinggi yang dapat membawa PAS ke satu ruang yang dihormati di mata umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Suara Politik

kzso - kita tunggu persidangan parlimen oktober 2008 ini dan kita lihat perkembangan seterusnya.

No comments: