DAP BERJAYA REALITIKAN HASRAT LEE KUAN YEW
Contributed by belantan
1. LAKONAN Lee Kuan Yew yang paling hebat ialah semasa dia menangis teresak-esak sehari sebelum YTM Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Lee Kuan Yew menulis dalam Bibliografinya bahawa dia cuba berusaha menyelamatkan Singapura supaya terus berada dalam Malaysia, namun YTM Tunku tetap dengan keputusannya.
2. Bagi penulis, Lee Kuan Yew menangis bukan kerana Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Dia Menangis kerana impiannya untuk menawan negeri-negeri di Pantai Barat Malaysia melalui PAP dan konsep Malaysian Malaysia itu telah gagal berkecai. Lee Kuan Yew sebenarnya bercita-cita untuk menawan Johor Bahru, Seremban, Melaka, Kuala Lumpur, Ipoh, Penang di mana penduduk Cina majoriti atau hampir sama dengan orang Melayu. Itu cerita 40 tahun dulu, hari ini konsep Malaysian Malaysia yang disambung oleh DAP (adik PAP sebenarnya ) telah dihidupkan kembali dan sudah menguasai KL, Selangor, Ipoh dan 100% Penang. Lim Guan Eng hari pertama dilantik Ketua Menteri, tidak lagi menyebut Pulau Pinang sebaliknya menyebut Penang.
3. Sepanjang Tun Dr. Mahathir menjadi PM, Lee Kuan Yew seingat penulis menyebut 3 kali keinginannya untuk bergabung semula dengan Malaysia. Lee Kuan Yuew sedar, Singapura sudah tepu, sebab itu apabila Singapura memenangi kes Pulau Batu Puteh, mereka masih tak puashati, sebab itu mereka menuntut lagi kawasan perairan di situ ( EEZ ). Kerajaan Thailand sangat bijak apabila membatalkan pembelian saham Telekom Thai oleh Temasek Singapura. Alasan Thai sangat tepat iaitu faktor keselamatan. Memang benar kerana jika Temasek berjaya membeli saham satelit Thai, maka intipan Singapura ke atas Thai semakin mudah.
4. Orang Melayu di Malaysia tidak sedar, Singapura adalah diam berisi. Singapura dijaga oleh Amerika dan Israel. Semua komponen tentera Singapura dibeli dan diselenggara sama ada oleh Amerika atau Israel. Mossad sendiri berpangkalan di Singapura. Maka tidaklah hairan Malaysia Today server dia dah relocated di Singapore-based.
5. Orang Melayu juga tidak sedar, Amerika tidak mahu dalam sesebuah negara itu ada kaum yg Dominan dan memiliki hak istimewa. Sebab itu Amerika Tidak menandatangani Konvensyen Hak-Hak Orang Asal PBB. Amat malang Anwar mahu menghapuskan Ketuanan Melayu dan digantikan dengan Ketuanan Rakyat ( Malaysian Malaysia). Mudah difahami Malaysian Malaysia adalah Klon Malayan Union. Malah Persatuan Gereja Sabah juga sudah menghantar surat terima kasih kepada Anwar kerana sokongan Anwar menggunakan nama Allah oleh Gereja, malah MP PAS ( Khalid Samad) pun bersetuju Allah digunakan merujuk kepada God. Peliknya Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz mendiamkan sahaja.
6. Hari ini apabila kuasa politik bangsa Melayu yang selama ini dijaga oleh UMNO semakin terhakis, DAP terutamanya dan NonMalay dalam PKR sudah berani mempersoalkan kesucian agama Islam, sudah berani bercakap ya dan tidak kepada Raja-Raja Melayu, sudah berani berkata boleh dan tidak boleh dalam soal hak istimewa orang Melayu. sudah berani meletakkan syarat kepada bangsa Melayu.
7. Penulis percaya sasaran DAP seterusnya ialah menguasai Kerajaan Persekutuan. Kempen mereka pada PRU12 dahulu...Undi MCA=Undi Melayu semakin berjaya. Pilihanraya Kecil Permatang Pauh jelas menunjukkan DAP sudah kontrol minda bangsa mereka untuk menolak Melayu sebagai kuasa utama di negera ini. Mereka memaksa Pemimpin dan Bangsa Melayu menerima konsep Malaysian Malaysia, tetapi adakah Pemimpin dan Bangsa mereka mengamalkan konsep Malaysian Malaysia. Contoh yg paling terdekat...apakah Bahasa Utama dalam Konsep Malaysian Malaysia...Bahasa Mandarin atau Bahasa Melayu(Bahasa Malaysia). Terbukti di kalangan mereka , komuniti mereka tidak ada satupun yang menggunakan bahasa Melayu(bahasa Malaysia) apabila berkomunikasi!
Mereka mahu menjadikan Bahasa Melayu(Bahasa Malaysia) sebagai bahasa sejarah sahaja sebagaimana lagu Majulah Singapura di Singapura! Kalaulah Hang Tuah, Zaaba, Panglima Bukit Gantang, Syed Albar, Datuk Harun Idris masih hidup...Mereka mahu menjadikan Bahasa Melayu(Bahasa Malaysia) sebagai bahasa sejarah sahaja sebagaimana lagu Majulah Singapura di Singapura!
Kalaulah Hang Tuah, Zaaba, Panglima Bukit Gantang, Syed Albar, Datuk Harun Idris masih hidup...
Al-Azharri Siddiq
Jentayu Baka
kzso - iya... kalaulah Dato' Hang Tuah, Dato' Hang Jebat, Dato' Hang Kasturi, Dato'Hang Lekir, Dato' Hang Lekiu, Dato' Tun Perak, Dato' Tok Tepok, Dato' Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dato' Maharajalela, Tok Gajah, Tok Janggut, To' Ku Paloh, Mat Lela, Awang Nong, Teh Ibrahim, Dato' Haji Abdur Rahman Limbong, Dato' Salleh, Dol Said, Dato' Wan Lela, Dato' Panglima Kiri, Orang Kaya Pahlawan of Semantan, Dato' Harun Idris, Dato' Syed Albar, Dato' Panglima Bukit Gantang, Tok Kenali, Leftenan Adnan, Dato' Onn... (sekadar menyebut beberapa nama) masih hidup, apakah yang akan diperkatakan oleh mereka kepada kita? apakah tindakan mereka kepada kita melihat keadaan, cara serta tingkah-laku dan kelakuan anak-cucu-cicit mereka di Tanah Melayu sekarang dan ketika ini?
1 comment:
itulah namanya melayu..mereka x pernah kenal permainan org lain utk menjatuhkan mereka hingga jd bangsat,papa kedana,merempat,dihina dan macam2 lagi..banyak yg x tahu sejarah melayu dan antarbangsa,cubalah selidik sedikit tentang bangsa kita yg siapakah digelar harry the black..menakluk dunia..hatiwaja..berani menentang petualang bangsa dan sekutunya..sedarlah wahai bangsaku ,kita semua(MELAYU)sedang diperkotak jadi tempeyek..tiada orangkah yg boleh kembamlikan martabat sehingga musuh kita diskeliling ini rasa hormat pd kita?
Post a Comment