NUFFNANG

Tuesday 22 September 2015

[akibat kepemimpinan dan umno semakin lemah..inilah jadinya] Apa Ni? Pemimpin UMNO Hadir Di Mesyuarat PKR, DAP & PAN!

[akibat kepemimpinan dan umno semakin lemah..inilah jadinya] Apa Ni? Pemimpin UMNO Hadir Di Mesyuarat PKR, DAP & PAN!

Media melaporkan bahawa Pas nekad untuk tidak menyertai pakatan pembangkang baharu sekiranya gabungan itu turut dianggotai Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas tidak akan menjalin kerjasama politik terutama dengan Amanah ekoran tindakan pemimpinnya yang telah mengkhianati perjuangan parti itu. 
“Situasi semasa kini menyebabkan kami tidak dapat bersama-sama (dalam gabungan pembangkang bersama DAP dan Amanah) seterusnya
Yang kelakarnya ialah Pas masih menjalinkan kerjasama dengan PKR, satu pendirian yang dilihat sebagai tamak dan gila kuasa.
Dalam pada itu, Mohd Amar sekali lagi menasihatkan wakil rakyatnya yang menyertai Amanah atau parti lain agar segera meletakkan jawatan kerana perkara itu jelas terkandung dalam baiah yang dilafazkan mereka ketika menjadi calon pada pilihan raya umum lalu. 
“Kita bimbang, sekiranya mereka tidak meletak jawatan, mereka akan mendapat hukuman daripada ALLAH kerana melafazkan sumpah baiah menggunakan nama ALLAH bukan perkara main-main,” katanya - SH.
Kita amat sukar untuk mempercayai 'nekad' parti PAS ini kerana parti itu masih tidur sekatil dengan PKR, parti yang turut tidur sekatil dengan parti chauvinis DAP dan parti serpihan PAS.  

Media juga melaporkan bahawa rundingan meja bulat antara PKR, DAP dan parti serpihan PAS telah berlangsung di sebuah hotel hari ini tanpa kehadiran Pas.

Antaranya pimpinan PKR yang hadir ialah Wan Azizah, Mohamed Azmin Ali, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar. DAP pula diwakili Lim Kit Siang, Anthony Loke, Liew Chin Tong dan Tony Pua.

Parti serpihan PAS pula diwakili oleh Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Anuar Tahir dan Dr Hatta Ramli.


Tetapi tiada pemimpin PAS yang hadir.

Yang mengejutkan ialah Datuk Saifuddin Abdullah yang masih ahli UMNO juga turut hadir semasa mesyuarat itu.  

Persoalannya, 

1. Apakah pengurusan UMNO akan hanya mendiamkan diri sahaja apabila ahli UMNO ini turut hadir dalam mesyuarat pakatan pembangkang ini?

2. Bukankah perlu untuk pihak pengurusan UMNO masuk campur dan memanggil Saifuddin Abdullah untuk mendapatkan penjelasan tentang kehadiran beliau di dalam mesyuarat tersebut?

3. Dan jika di dapati melanggar dasar parti UMNO, bukankah Saifuddin Abdullah patut dilucutkan keahlian parti beliau?

Kita berharap agar pengurusan UMNO mengambil serius tentang isu ini.

source : dr mim

No comments: