NUFFNANG

Monday, 28 September 2015

[DO YOU REALLY REALLY REALLY WANT TO KNOW...] Who is the real "Pengkhianat Yang Membangsatkan Bangsa Melayu" ?

[DO YOU REALLY REALLY REALLY WANT TO KNOW...] Who is the real "Pengkhianat Yang Membangsatkan Bangsa Melayu" ?


The results of GE13 amply proved that not only he failed to correctly read his enemies' strengths but he can't even assess correctly his own weaknesses. So can we trust again his readings/calculations of GE14?

If BN/UMNO does lose the GE14, part of the blame must go to him. But the major portion must go to the Supreme Council (MT) and Division Chiefs (KB).

Perhaps those with sincere  intention should sit down to save the party and the Malay's power..lest we will be in opposition and have the same future as the Palestinians.

If the stand of MT & KB is only to save one man with a huge baggage and is suffering from severe trust deficit and if we do lose our remaining diminishing (because of him) power, then the MT could be (mis)construed as PENGKHIANAT yang MEMBANGSATKAN Bangsa Melayu. Pardon me for using such a word. 

What is your option? Losing is NOT an option.

The above are jottings by reader HIDUP TUAH, a diehard Umno grassroots leader and a loyal citizen of Malaysia.

Sunday, 27 September 2015

"DAP PARTI HARAM KEPADA UMAT ISLAM", MENUNGGU KEPUTUSAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

"DAP PARTI HARAM KEPADA UMAT ISLAM", MENUNGGU KEPUTUSAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Ketika Persatuan Guru-guru Pondok Seluruh Kelantan bermukim selama tiga hari pada Ogos  2012 dan mengeluarkan ketetapan bahawa haram mengundi DAP, pengasas dan Pengetua Pondok Geting, Tumpat, YM Tuan Guru Abdullah Samahah, diserang bertubi-tubi kononnya menerima RM 2 juta dari UMNO Kelantan bagi membiayai aktiviti beliau dan membangunkan pusat pengajian beliau dengan mengeluarkan fatwa sedemikian. 

Hakikatnya, fatwa yang dikeluarkan merupakan resolusi pemukiman guru-guru pondok seluruh Kelantan selama tiga hari tiga malam dengan pelbagai kitab-kitab rujukan ulama' muktabar. 

Apabila PAS memutuskan Tahaluf Siyasi dengan DAP pada 11 Julai 2015 yang lalu, ia adalah keputusan musyawarah Dewan Ulama' PAS Pusat. Kemudian ianya diperhalusi diperingkat Majlis Syura Ulama' dan akhirnya diterima oleh kepimpinan PAS. 

Ustaz Muhammad Najihan Halim, Setiausaha Dewan Ulama' PAS Selangor pada 9 Jun 2015  berpendapat usul membatalkan Tahaluf Siyasi bersandarkan kepada sembilan (9)  hujah yang MENEPATI SYARIEdan mencapai keputusan sebulat suara Dewan Ulama' PAS Pusat. (sila rujuk usul Dewan Ulama' PAS Pusat sembilan dalil tersebut).

Sementara itu Setiausaha Majlis Syura Ulama' (MSU) PAS Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, PAS istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum tetapi kesal dengan tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam selain melanggar semangat kerjasama pakatan pembangkang serta CAMPUR TANGAN DALAM AQIDAH,dasar dan matlamat parti PAS.

Kenyataan yang lebih keras datangnya dari Presiden PAS sendiri Tuan Guru Dato' Haji  Abdul Hadi Haji Awang yang menganggap bahawa DAP MENENTANG PELAKSANAAN ISLAM. 

Kesemua hujah-hujah ulama' dan pemimpin PAS di atas sebenarnya membenarkan fatwa Persatuan Guru-guru Pondok Seluruh Kelantan sebelum ini yang menganggap HARAM MENGUNDI DAP. 

Kemelut ini tidak berakhir di sini sahaja.Jabatan Mufti Pahang Darul Makmur di dalam khutbah Eidul Adhanya pada 24 September 2015 lepas secara terang-terangan dan tanpa berselindung menyatakan bahawa DAP MENENTANG ISLAM.

Antara lain,  teks khutbah tulisan jawi berkenaan menyebut;
“Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti UMNO, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan GHB. Malahan ada dikalangan umat Islam yang menyertai parti DAP YANG TERANG-TERANG MENENTANG ISLAM."

Apakah menjadi satu kesalahan kepada saya dan umat Islam lain yang bertaraf awam memohon supaya kerajaan melalui JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan atau Majlis Raja-raja mengambil suatu ketetapan yang konkrit terhadap DAP agar umat Islam tidak terus diporak perandakan oleh golongan ultra kiasu yang sememangnya licik dan keji demi mencapai matlamat perjuangan mereka? 

Apakah dengan fatwa-fatwa dari Guru-guru Pondok Kelantan, ulama' PAS dan Jabatan Mufti Pahang tidak cukup kuat untuk kerajaan mengharamkan DAP sebagai sebuah parti politik yang  mengancam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, "Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan?"

Saya percaya jika kita meneliti undang-undang tubuh DAP, ia bukan sahaja bertentangan dengan Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan bahkan ianya juga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Bertindak pantas dan tepat menjamin survival umat Islam selagi kita diberi amanah kekuasaan oleh ALLAH SWT.

Source : mymassa

[buat semua Sultan-Sultan, kepemimpinan Melayu-Islam dan umat Melayu-Islam semua! Bacalah artikel ini sebelum terlambat dan umat Melayu-Islam hilang di Tanah Melayu ini] BACA LAH....48 FAKTA YANG CUBA DIPADAM DARI SEJARAH NEGARA.

[buat semua Sultan-Sultan, kepemimpinan Melayu-Islam dan umat Melayu-Islam semua! Bacalah artikel ini sebelum terlambat dan umat Melayu-Islam hilang di Tanah Melayu ini] BACA LAH....48 FAKTA YANG CUBA DIPADAM DARI SEJARAH NEGARA.

1. Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil evolusi sebuah kerajaan Melayu-Islam, yang berakar-umbi dari Kesultanan Melayu Melaka.

2. Asas kerajaan ini adalah Islam yang merupakan idealogi Negara dan bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi pertuturan/penulisan Negara.

3. Sistem ini warisan Kesultanan Melaka dan ia kekal sebagai struktur penting di kepulauan Nusantara walaupun selepas kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511.

4. Kerajaan-kerajaan Nusantara selepas Melaka mengekalkan ciri-ciri Melayu-Islam, dari segi agama, bahasa, budaya, politik dan pentadbirannya.

5. Dasar penjajahan British mengakui entiti Kesultanan Melayu sebagai sebuah KERAJAAN dan mereka menandatangani perjanjian atas kapasiti tersebut.

6. Walaupun berlaku perubahan demografi penduduk dan politik akibat penjajahan British ia tidak menjejaskan asas tersebut.

7. Bagi pendatang Cina dan India pada awal dekad ke-20, mereka masih kekal sebagai kaum 'luar' dari masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

8. Penghijrahan besar-besaran kaum Cina dan India ke negara ini adalah sebagai kumpulan masyarakat pekerja yang diwujudkan oleh British untuk kepentingan ekonomi kerajaan penjajah.

9. Kerana itulah pentadbiran British dan Raja-raja Melayu tidak menganggap kaum Cina dan India yang berhijrah sebagai rakyat pada masa itu.

10. Hanya selepas Perang Dunia Kedua, generasi terawal Cina dan India diberikan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan mudah.

11. Anak-anak mereka juga diberi kerakyatan secara langsung iaitu kerakyatan hak lahir atau JUS SOLI di bawah Perlembagaan yang dibentuk pada tahun 1957.

12. Akibatnya pada awal tahun 60-an hampir 44 peratus rakyat Malaya dari keturunan Cina dan India.

13. Kemasukan mereka mengubah tatacara negara dari negara Melayu yang ekslusif kepada negara pelbagai etnik. Persekutuan Tanah Melayu ke Malaya kemudian Malaysia.

14. Dalam proses ini, masyarakat Melayu yang dulunya membentuk NEGARA, kini berubah menjadi KOMUNITI.

15. Inilah titik permulaan dan pokok pangkal pengakomodasian dan penerimaan masyarakat bukan Melayu dalam sistem politik Negara.

16. Pada tahun 50-an, masyarakat Melayu sangat miskin berikutan dasar British yang menetapkan mereka sebagai pesawah padi untuk bekalan makanan utama negara (beras).

17. Menjadi petani merupakan PENGORBANAN besar orang Melayu, dibandingkan ekonomi kaum Cina yang berasaskan timah jauh lebih baik kerana upah yang mahal.

18. Majoriti masyarakat Melayu ketinggalan dan peratusan bukan Melayu semakin besar dan mereka adalah rakyat yang membentuk negara.

19. Tetapi persoalannya mengapakah masyarakat Melayu masih memilih untuk mengakomodasi mereka yang bukan Melayu pada ketika itu?

20. Apa faktor yang menyebabkan timbulnya konsensus penduduk pribumi menerima bukan pribumi berkongsi negara yang luar biasa itu?

21. Faktor utama penerimaan pribumi terhadap bukan pribumi ketika itu adalah ekonomi, ancaman komunis dan pengaruh pemimpin UMNO.

21A. Ekonomi: Kaum Cina dan India merupakan penyumbang utama sektor ekonomi yang penting seperti timah, getah dan perdagangan.

21A1. Golongan elit Melayu yang terlibat secara langsung dengan pentadbiran kerajaan British sedar sekiranya mereka tidak menerima dan mengakomodasi bukan pribumi akan wujud ketidakstabilan sosial yang ketara.

21A2. Di pihak masyarakat Cina dan India, pemimpin kaum masing-masing memarakkan semangat menuntut hak kerakyatan dan ianya disokong British.

21A3. Kerajaan British di England menyokong tuntutan tersebut bagi menjaga kepentingan mereka dalam sektor getah, timah tidak terganggu walaupun selepas Malaya merdeka.

21A4. Memberi kerakyatan kepada bukan pribumi merupakan cara terbaik mengekalkan kepentingan ekonomi British ketika itu.

21B. Faktor kedua adalah ancaman komunis yang mendapat sokongan komuniti Cina pada tahun 1948 dan seterusnya.

21B1. Memberikan kerakyatan kepada bukan pribumi dapat menjauhkan kaum Cina dari idealogi komunis yang menjanjikan KESAMARATAAN.

21B2. Pemimpin UMNO menolak keras kesamarataan dan komunis dan berkongsi tekad bersama British bagi menghancurkan pemberontakan 1948.

21B3. Dengan memberi kerakyatan kepada bukan pribumi atas dasar konsensus, UMNO mengharapkan lahirnya semangat kesetiaan mereka pada Negara baru.

21C. Selain itu adalah peranan pemimpin MCA dan MIC yang berjaya menyakinkan pemimpin UMNO pada ketika itu untuk menerima bukan pribumi sebagai rakyat.

21C1. Semangat setiakawan pemimpin UMNO, MCA, MIC adalah tinggi kerana mereka bekerjasama erat menuntut kemerdekaan.

21C2. Semangat setiakawan UMNO, MCA, MIC itu membuka jalan bagi kaum pribumi memberikan konsensus kepada kerakyatan bukan pribumi.

22. Orentasi kepimpinan UMNO yang menjurus ke arah pengakodasian boleh dikaitkan dengan latar belakang sosial mereka.

23. Susur galur kepimpinan UMNO ketika itu terdiri dari golongan elit tradisonal (aristokrat/bangsawan), pentadbir dan guru.

24. Kerana latar belakang sosial ini, mereka berada dalam kedudukan istimewa dimata masyarakat Melayu, Cina dan India.

25. Sungguhpun kaum Cina lebih kaya (peniaga), tapi mereka tidak mampu mencabar status golongan bangsawan (hierarki feudal).

26. Ketika itu, antara pergerakan nasionalis Melayu, UMNO adalah kumpulan yang mempunyai pendedahan paling meluas kepada bukan Melayu.

27. Menerusi kedudukan sebagai Menteri Besar, Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah dan guru. Pemimpin-pemimpin utama UMNO terdedah dengan isu-isu kaum Cina, India yang mahu mendapat status sah.

28. Lagipun tiada ancaman ketara kerana simbol utama kerajaan Melayu iaitu KESULTANAN MELAYU kekal terpelihara dan dijamin Perlembagaan 1957.

29. Perlembagaan mengakui Sultan, Islam, bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu dan dengan jaminan tersebut orang-orang Melayu tidak keberatan berkongsi negara.

30. PAS parti politik yang menggunakan label agama ketika itu MENENTANG akomodasi atas dasar Malaya hak Melayu.

31. PAS menentang isu kerakyatan bukan Melayu dan meletakkan ISLAM sebagai justifikasi bagi pendiriannya.

32. Pada Oktober 1962 PAS telah mengemukakan resolusi di Parlimen berkenaan isu tersebut.

33. Hanya selepas PRU 1969 (13 Mei) PAS menerima bukan Melayu sebagai status quo tanah air ini (fait accompli).

34. Dalam kata lain, kepimpinan UMNO lah yang menjadikan pengakomodasian kaum bukan Melayu satu kenyataan.

35. Selepas 13 Mei, wujud kesedaran dikalangan pemimpin negara untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara pribumi dan bukan.

36. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dengan matlamat PERTAMA DEB iaitu 'menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum'.

37. Keperluan masyarakat yang menjadi panduan dalam memberi bantuan kewangan, sokongan pendidikan, dasar perumahan dan lain-lain.

38. Matlamat kedua DEB adalah 'mengurangkan hubungan antara identifikasi fungsi ekonomi dengan etnik'.

39. Bagi menyelesai masalah ketidakseimbangan ekonomi orang Melayu perlu memperkukuhkan KUASA POLITIK. Kuasa membaiki kesejahteraan ekonomi.

40. Tetapi dalam proses itu (selepas 13 Mei), pemimpin UMNO tidak pernah mengabaikan asas akomodasi dalam apa juga keadaaan pun.

41. Fakta kesediaan UMNO berkongsi kuasa adalah sejak dulu, kekal 1/3 ahli Parlimen Malaysia BN terdiri daripada bukan Melayu, Islam.

42. Nisbah yang sama dilihat dalam barisan Kabinet Persekutuan dan dasar perkhidmatan awam.

43. Sebelum dan selepas DEB peranan kaum Cina dalam sektor ekonomi kekal signifikan. Polisi kerajaan BN JELAS mengalakkan pertumbuhan.

44. Masyarakat Cina yang membentuk 1/4 dari penduduk Malaysia menguasai 3/4 dari senarai 40 orang terkaya di Malaysia.

45. Struktur kekayaan negara jelas membuktikan masyarakat Cina terus mendominasi lapisan atas sektor ekonomi sebelum dan selepas DEB.

46. Kecuali negara China dan India hanya Malaysia yang mengiktiraf Bahasa Cina/Tamil sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah.

47. Perbagai aspek budaya Cina, India dapat diamalkan tanpa halangan malah perayaan agama turut diberikan CUTI KEBANGSAAN.

48.Jika dinilai dengan jujur, kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah melayani dan berkhidmat dengan adil, saksama sejak merdeka.

Saturday, 26 September 2015

Wisma Putra expected to summon Chinese ambassador

Wisma Putra expected to summon Chinese ambassador

Dr Huang along with his wife (left) made an impromptu visit to Petaling Street Friday to handover mooncakes to various traders. Accompanying them was Hawkers and Petty Traders Association president Datuk Ang Say Tee.
Dr Huang along with his wife (left) made an impromptu visit to Petaling Street Friday to handover mooncakes to various traders. Accompanying them was Hawkers and Petty Traders Association president Datuk Ang Say Tee.
 
KUALA LUMPUR: Chinese ambassador to Malaysia Dr Huang Huikang is expected to be summoned by Wisma Putra following his statements that are seen as interfering in Malaysia's domestic affairs.
It is understood the summon, set on Monday, will seek explanation from Dr Huang on his statement made during his visit on Friday, Wisma Putra officials said Saturday.
It is understood the Prime Minister's Office has been informed of the summon.
Datuk Seri Najib Tun Razak is currently on a working trip to New York.
Dr Huang has been quoted as saying that China was against those who resort to violence to disrupt public order, an obvious reference to the threat by a group to hold demonstration in Petaling Street.
"The Chinese government opposes terrorism and any form of discrimination against races and any form of extremism,” he told reporters during a visit to Petaling Street on Friday.
Dr Huang also warned that Beijing would not fear voicing out against incidents, which threaten the interests of the country, infringe upon the rights of its citizens in doing business, or disrupt the relationship between Malaysia and China.
Officials when contacted are questioning the ambassador's remarks when he spoke about terrorism and infringement of China's national interest at Petaling Street.
"Malaysia views his remarks seriously. It tantamount to interfering in Malaysia's domestic affairs," said an official.
Source : the star

[bacalah artikel menarik dan panas berapi ini wahai umat Melayu-Islam-Bumiputera sebelum kamu dilenyapkan di bumi bertuah ini!!] KETUANAN RAKYAT PEMBANGKANG MEMBAWA BALA DAN BENCANA SEBUAH PENGAJARAN DARI INDONESIA

[bacalah artikel ini wahai umat Melayu-Islam-Bumiputera sebelum kamu dilenyapkan di bumi bertuah ini!!] KETUANAN RAKYAT PEMBANGKANG MEMBAWA BALA DAN BENCANA SEBUAH PENGAJARAN DARI INDONESIA

Laungan "ketuanan rakyat" oleh pakatan pembangkang adalah momokan sama yang telah memusnahkan melayu-islam indonesia suatu ketika dulu... malah kerana ketuanan rakyat juga yg kononnya menjamin hak sama rata sama rasa telah memusnahkan hak melayu-singapura yg kini tersepit di bumi yg suatu ketika hak mereka...

penaja "ketuanan rakyat" tetap sama golongan "pendatang" terutama bangsa cina sebuah propaganda yang terbukti membawa kehancuran kepada bumiputera dan penduduk asal negeri tersebut... kini laungan "ketuanan rakyat" dijaja dengan meriah di bumi Malaysia dan ditunjangi kaum cina DAP cauvanis rasis yg mahu mengoncang dan menumbangkan penguasaan bangsa melayu-islam-bumiputera... 

Bangsa melayu-islam-bumiputera harus mengambil ikhtibar dari sejarah... sejarah telah membuktikan ketuanan rakyat alat untuk "pendatang" berkuasa penuh... dan apabila berkuasa segalanya bakal hilang Bangsa melayu-islam-bumiputera bagal disisih dan dinafikan segalanya secara halus dan tersusun...

KESIMPULANNYA marilah kita semua bangsa melayu-islam-bumiputera bersatu... bersatu dan mempertahankan kuasa politik yg kita ada demi menjamin survival bangsa serta nasib anak cucu kita... BACA ARTIKEL DIBAWAH...







Tragedi 3 Mac 1946. ‘Ketuanan Rakyat’ Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu. 70 tahun tidak lama. Adakah kita telah lupa?



Dua bulan sebelum UMNO ditubuhkan di Istana Johor, lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh kejam. 



Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.



Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar. 



Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia. 



Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. 



Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka terdahulu. Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. 



Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra. Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. 



Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat. Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946. 



3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia. 



Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia. 



Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. 



Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis. Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang. Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. 



Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya. Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia. 



Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja. Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh. 



Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja. 



Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera. 



Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946′ di Sumatera Timur dengan membunuh para Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat. 



Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) . 



Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia. 



Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah. 



Al-Fatihah. Sebagai pengajaran kita di Tanah Melayu@Malaysia. Untuk Raja Raja Melayu dalam Negeri Negeri Persekutuan Tanah Melayu. DAULAT TUANKU! 



Alangkah indah dan makmurnya sekiranya Tamadun Kesultanan Melayu Sumatera masih wujud dan kekal sehingga sekarang.. namun ia sudah tertulis dan ditakdirkan ALLAH SWT dan kehendaknya atas kesilapan manusia atau bangsa itu sendiri. 



Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.. Nasi sudah menjadi bubur.. Jangan diulangi sejarah hitam dan berdarah ini di Malaysia Tanah Melayu Nusantara wahai anak anak Melayu pewaris masa hadapan. 



Apa yang berlaku kepada Kejatuhan dan Penghapusan Tamadun Kesultanan Melayu Sumatera yang dibunuh dan dihapuskan dengan sekejam kejamnya oleh Parti Komunis Indonesia 70 tahun yang silam cuba dicetuskan kembali di Malaysia atau Tanah Melayu dengan menggunakan Modus Operandi oleh Parti Komunis Indonesia sewaktu dahulu atas nama dan laungan "Ketuanan Rakyat" yang cuba dibawa dan dimainkan oleh Dajjal Melayu berhatikan Yahudi. "Tragedi sedih pembunuhan Sultan dan kerabat DiRaja atas nama Kuasa Rakyat... jangan ia berulang di Malaysia....."

Friday, 25 September 2015

Another interesting article by Che Det Tun Dr Mahathir ~ Najib

NAJIB 1

1. I had worked hard to make Najib the Prime Minister of Malaysia.
2. But now I want him to be removed, to step down from being Prime Minister.
3. It is nothing personal.
4. It is because he has failed terribly as Prime Minister.
5. Very early I noted the wrong things he was doing.
6. We have been independent since 1957. We should be able to run our own country by ourself. Indeed we had been doing so for decades before Najib, and we did very well.
7. But Najib appointed several British officers as his advisers.
8. Najib appointed many foreign consultants to advise him on running the country.
9. These people cost billions of Ringgits but their advise were generally not good for the country. They knew nothing about the politics, economics and sensitivities of Malaysia. As a result the development of Malaysia has slowed down and the races are at each others throats.
10. Najib’s Government became extremely unpopular. Despite giving lots of money to the people, they rejected him in the elections of 2013. He performed worse than Abdullah, who was also rejected by the people. The Chinese rejected him totally despite his declaring himself to be their brother.
11. He antagonised the civil servants by setting up Pemandu to take over the job of the EPU. Pemandu non-Government personnel were paid very high salaries, far above the Government Salary Scheme. So annoyed were the Civil servants that a few, upon retirement joined the opposition party and stood as opposition candidates, something which never happened before.
12. The growth of the economy fell below those of the Philippines and Indonesia.
13. The currency depreciated and share prices went down badly creating problems for businesses, importers and exporters. The cost of living went up especially after the GST.
14. Then came the 1MDB scandal. A totally unnecessary fund was created which was to be financed by huge borrowings. The Government gave one million Ringgit as capital but 1MDB (1 Malaysia Development Berhad) borrowed 42 billion Ringgit from the market. It paid high interest of 5.9% and gave 10% commission to Goldman Sachs. Government never borrowed so much or paid such high rates.
15. 1MDB bought electric power plants at higher than market price. It also bought the debts of the power companies. Total cost was 18 billion Ringgit. 1 MDB lost so much money that it cannot pay the interest on the loans.
16. 1MDB bought Government land at 60 Ringgit per square foot when the real price is over RM3000 psf. Revaluing the land by 50 times, it claims its asset is bigger than its debts. This is like selling Approved Permits obtained free from the Government.
17. Then 1MDB entered into shady business with Petro Saudi as JV partner. It paid USD 1 Billion for its 40% share. Six months, later the JV was dissolved. But the USD 1 Billion together with another 700 million USD were converted to a loan to Petro Saudi. The money has now disappeared.
18. The only assets that 1MDB has are the power plants and the land in Kuala Lumpur. More than RM20 Billion of the 42 billion Ringgit cannot be traced or accounted for.
19. Then suddenly the Wall Street Journal reported that Najib had in his private account at the Arab Malaysian Bank USD700 million (amounting to RM2.6 billion at that time)
20. No PM of Malaysia or UMNO President can have that much money. All donations to UMNO are normally received and banked by the UMNO Treasurer. All assets are placed under the name of three trustees.
21. Never in the history of UMNO had there been more than RM250 million in cash. All other assets are in the form of shares, land and buildings. The President is duty-bound to hand over all donations to the treasurer for banking. The President never had UMNO money or money donated to UMNO for elections for example in his private account. There is no provision for UMNO accounts to be operated by the President.
22. Najib and his wife are well-known for a lavish life-style. Obviously millions were spent on the betrothal and numerous wedding ceremonies in Malaysia and Kazakhstan. Najib’s step-son spent hundreds of millions of dollars buying property in London, New York and California. He also financed the production of a Hollywood movie, “The Wolf of Wall Street” with over 100 million US Dollars.
23. On Najib’s salary as Prime Minister, it is impossible for him to spend millions on all these. A statement by the PMO claimed that the money for the foreign properties and film was inherited. It is impossible for Tun Razak, or Haji Noah or Rosmah’s father to have and leave hundreds of millions of Ringgit. They were not even known as millionaires. Najib’s brothers refuted the claim.
24. So where did the money come from. Najib claims the 2.6 billion Ringgit was donated to him by an Arab. This is ridiculous. Nobody ever gives that amount of money to anyone. And Najib cannot prove that the Arab had given the money.
25. And so a special task force consisting of the A.G, the Anti Corruption
Commissioner, the Governor of Bank Negara and the Inspector-General of Police was set up to investigate the source of the RM 2.6 billion in Najib’s private account at The Arab Malaysian Bank.
26. The Public Accounts Committee of the Dewan Rakyat was also investigating what happened to the RM 42 billion Ringgit borrowed by 1MDB. So was the Auditor General.
27. Suddenly Najib sacked the Attorney-General claiming he was sick. The A.G denied he was sick. There was no certificate by doctors to prove he was sick. Najib had no right to claim that the A.G was sick.
28. At the same time the head of the Anti-Corruption Commission was said to have gone on leave. The Governor of Bank Negara was silent. Later she stated she was afraid of being arrested.
29. Two of the Government members of the PAC were made deputy ministers and another two given other jobs. They could not carry on their work as PAC members. The PAC was without a Chairman and its investigation of 1MDB has stopped.
30. Two members of the Anti-Corruption Commission were arrested, released and transferred to the PM’s office. After complaints were made they were transferred back to the Commission.
31. The assistant head of the Special Branch was transferred out. He then made a strong statement against his transfer.
32. People who spoke about 1MDB and the 2.6 billion Ringgit in Najib’s account, or reported on it were arrested, have their passports confiscated and threatened by the police with questioning. It seems that any question about 1MDB and Najib’s 2.6 billion constitute acts to undermine democracy and to topple a properly elected Government. People can be detained for up to 28 days without trial under a new law which is meant for acts of terrorism. Talking about 1MDB and Najib’s 2.6 billion seems to constitute acts of terrorism. Najib forgets that he was involved in the removal of his predecessor who was also elected democratically.
33. Then came a bombshell. Al Jazeera screened the story of the murder of the Mongolian girl Altantuya. It was clear from the story that Najib has something to do with the murder.
34. Many Malaysians refuse to believe it. But people all over the world believe the story. It has become an international scandal. It has brought shame to Malaysia. Everywhere one goes, one is asked, “What has happened to Malaysia”.
35. Between 1MDB, the 2.6 billion Ringgit in Najib’s private account and the murder of Altantuya, Malaysia’s good name has been totally blackened. Never before has Malaysia become so disgraced by its own Prime Minister. Never before have people looked down upon this country. Never before have Malaysians been so ashamed of their country.
36. Najib has paid people to demonstrate in the streets in support of him. He has of course made it illegal for people to demonstrate for his removal.
37. If the currency and the economy is to recover, Najib must cease to be Prime Minister of Malaysia. Malaysians must demand for Najib’s removal. It is totally democratic to demand for his removal. The actions he has taken to detain people for holding rallies to demand for his removal is what is undemocratic and against the laws of this country.
38. I call upon all Malaysians to demand that Najib allows the investigation against him to be carried out by independent people not appointed by him. Najib must allow due legal process to go on. If it is found that he had done illegal things he should be made to resign.
39. Only his ceasing to be the Prime Minister of Malaysia will the economy recover, the Ringgit revalued up, and cost of living go down. Only after his removal can Malaysians stand tall again.
Source : chedet

[inilah akibat bila umno dapat kepemimpinan yang lemah, lesu dan longlai] SIAPA LEBIH DAHULU BIADAB?

SIAPA LEBIH DAHULU BIADAB?

Individu yang diburu polis kerana menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu, kelihatan selamba memijak gambar pemimpin Melayu Islam.

GELENG kepala kita men­dengar ada pihak me­nga­takan Himpunan Rakyat Bersatu kelmarin suatu serangan perkauman ter­hadap rakyat negara ini.

Siapa yang mulakan babak perkauman ini dengan kencing ke atas gambar pemimpin Melayu? Siapa yang membuat provokasi ‘ritual sembahyang’ ke atas gambar pemim­pin Melayu seolah-olah tiada adab, tatasusila dan tamadun orang Timur dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 tempoh hari?

Dengan perarakan kumpulan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu didominasi rata-rata para penyokong Cina DAP, adakah Maria Chin Abdullah (boleh Google siapa dia) tidak sedar atau sengaja tidak ambil peduli mengapa himpunan berbaju merah diadakan?

Bukankah itu hasil tindak balas daripada provokasi yang dicetuskan Bersih 4.0 yang dikuasai penyokong Cina DAP?

Andai seseorang datang dari belakang dan sekeh kepala Maria Chin, takkanlah Maria Chin tak marah? Mungkin sekali tak apa, bagaimana pula berulang kali, dari Bersih 1, 2, 3 dan 4. Mahu duduk diam sajakah lagi?

Inilah yang dikatakan bila pokok sudah condong, kura-kura pun naik - ular apatah lagi, biawak pun ikut sekali.

Sebab itu, Himpunan Rakyat Bersatu dianjurkan. Sekurang-kurangnya untuk menunjukkan suara ‘masih ada orang perhatikan kamu’. Kerana itu ‘lidah’ terpaksa digunakan untuk melawan musuh yang semakin biadab. Apabila kuat, orang baru segan. Apabila lembut, orang sudu. Terpaksa sesekali pakai falsafah ‘kendur berdenting-den­ting, tegang berjela-jela.’

Apabila Maria Chin tertawa besar di pekarangan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur tempoh hari yang gambarnya terpampang di muka depan akhbar ini, ramai yang marah. Sudahlah tak mahu bertanggungjawab selaku penganjur Bersih 4.0 kerana ‘mengtongsampahkan’ jalan di ibu negara termasuk berdekatan Dataran Merdeka, boleh pula berahsia dari mana dana diperoleh untuk menganjurkan perhimpunan haram.

Siapa di sini yang biadab dahulu?

Kalau adapun sentimen ‘Tanah Melayu’, adakah itu juga salah? Maria Chin atau sesiapa sahaja terma­suk daripada DAP perlu membaca­nya sebagai ‘suatu ingatan bahawa hak Melayu dan Bumiputera sedia terjamin dan kekal dalam Perlembagaan. Hak masyarakat Cina, India dan lain-lain juga terjamin dan kekal di sisi undang-undang negara ini’.

Semua yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan itu hakikatnya ialah kontrak sosial, yakni ikatan janji kemasyarakatan.

Seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Me­layu daripada Pusat Aduan Rakyat (PAR) Malaysia, Datuk A. Chandrakumanan percaya, akibat provokasi Bersih 4.0 itulah muncul bantahan kumpulan ‘baju merah’ tempoh hari yang mewarnai ibu negara.

Malah, kata beliau kepada akhbar ini, penyertaan pemimpin-pemimpin UMNO dalam kalangan ahli Majlis Tertingginya dan menteri dalam himpunan itu juga tidak harus dipersoalkan kerana mereka turut menjiwai rasa resah gelisah sebahagian besar orang Melayu yang berasa tercabar akibat penganjuran Bersih 4.0, yang merupakan satu perhimpunan haram.

“Apabila Bersih 4.0 diminta menganjurkan perhimpunan di Padang Merbok atau stadium, mereka tolak dan tetap mahukan Dataran Merdeka yang tidak dibenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Tetapi apabila Himpunan Rakyat Bersatu buat di Padang Merbok dan dibenarkan, mereka (Bersih 4.0) marah pula,” katanya.

Malah, kata beliau, kalau diimbau kembali, Bersih 4.0 tidak ada integriti untuk memperjuangkan rakyat kerana didominasi penyokong Cina DAP yang tidak mewakili kaum Cina negara ini. Lihatlah, ramai pemimpin DAP sertainya (Bersih 4.0), daripada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok dan Tony Pua, termasuklah juga Tian Chua daripada PKR. Jadi, jangan marah kalau ada orang UMNO turut sertai ‘baju merah’, kata Chandrakumanan lagi.

Jika itu pengertiannya, Himpunan Rakyat Bersatu kalau ada pesertanya melaungkan sentimen Me­layu, sekadar mahu mengingatkan pihak berkenaan sahaja. Iaitu, akan adanya hak-hak istimewa dan khas orang Melayu/Bumiputera, hak Raja Perkara 38 dan 181, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Per. 159), kedudukan agama Islam dan lain-lain agama (Per.3), siapa itu Melayu di bawah perkara 160. Semua ini telah berakar tunjang hampir 60 tahun.

Maria Chin atau sesiapa sahaja perlu tahu menghormati orang lain terlebih dahulu, sebelum mahu mendapatkan penghormatan untuk dirinya atau Bersih 4.0.

Di satu segi lain, UMNO dan Pas yang menunjangi orang Me­layu mesti berani menempelak sesiapa sahaja yang cuba menggugat sensitiviti orang Melayu. Jika ada pertubuhan yang memekak, UMNO dan Pas mesti bersatu menempelak mereka.

Jika pengguna Internet menderhaka Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana raja di negara ini, heret mereka untuk didakwa dengan cepat dan berkesan.

Pemimpin tak harus lembik, takut-takut atau teragak-agak ketika berdepan dengan sebarang penca­bulan hak asasi kaum.

Perimbangan kuasa ini perlu di­terima oleh orang Melayu dan Bumiputera serta kaum-kaum Malaysia yang lain.

Kita mesti hidupkan budaya berundang-undang mahir, berbi­cara juga mesti mahir dan menang.

Suara Politik
Belantan