YB Senator Ezam : It takes a thief to catch a thief...
Ezam Mohd Noor bersama tiga lagi pejuang asal reformasi dan bekas panglima Datuk Seri Anwar Ibrahim - Hamdan Taha,Hanafiah Man dan Zahid Md Arip yang juga sudah keluar dari PKR - di zaman aktif dalam Parti Keadilan Nasional dulu.
Andaian yang muda ....3A dalam PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali pasti antara yang rasa kurang sedap badan apabila Ezam Mohd Nor dilantik sebagai ahli Dewan Negara.
Walaupun persidangan Dewan Negara tidak sepanas Dewan Rakyat, tetapi gema suara Ezam tentunya akan menyakitkan telinga pakatan pembangkang kerana bekas Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan itu mengetahui banyak perkara babitkan 3A.
Ada perpatah Inggeris yang berbunyi : It takes a thief to catch a thief.
Ramai tahu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan pernah menjadi ‘ pencuri’ yang banyak berkorban hingga menjadi tetamu di Pusat Tahanan Kamunting dan merengkok dalam penjara semata-mata untuk mempertahankan bosnya Anwar di zaman awal era reformasi hingga ke pembentukan Parti Keadilan Nasional yang kini PKR.
Beliau antara jeneral depan yang berjuang menuntut pembebasan Anwar semasa kes liwat pertamanya dulu dan tidak serik-serik berdepan pihak berkuasa yang mahu ‘mengorek’ bukan sahaja rahsia beliau tetapi Anwar.
Ini fakta dan sesiapapun dalam PKR tidak mungkin boleh menafikannya.
Sesiapa yang pernah mendengar ceramah selepas Ezam keluar PKR dan berkempen membantu calon BN dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini pasti tidak jemu mendengar pendedahan demi pendedahannya ketika bersama bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Apabila Ezam menyertai UMNO, ada pihak mendakwa beliau dirasuah malah pelbagai kecaman dihamburkan kepadanya khususnya oleh segelintir pemimpin kerdil yang baru dalam PKR untuk merendahkan kredibilitinya.
Ini cerita biasa yang dihadapi oleh kesemua bekas orang kanan dan rakan karib Anwar yang mengucapkan selamat tinggal termasuk rakan tenisnya, Datuk S Nalakarupan.
Ezam kerap mengelar pemimpin baru yang berlagak besar dalam PKR dan cuba menyerangnya sebagai ‘cicak mengkarung’ yang baru setahun jagung berjuang untuk Anwar berbanding tempoh hitam lebih 10 tahun dilaluinya.
Sesuatu yang jelas, beliau adalah seorang manusia yang bersemangat kental, berperinsip dan berani mengakui kesilapan.
Contoh terbaru ketika berceramah dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor, Ezam dengan nama Allah menarik balik setiap patah perkataan yang diluahkan ketika mempertahankan tuduhan-tuduhan terhadap Anwar termasuk dakwaan liwat dulu.
Sejak meninggalkan PKR, Ezam terus berjuang mempertahankan integrasi dan menghapuskan rasuah melalui Gerakan Anti Korupsi Malaysia (Gerak).
Apabila menyertai UMNO, keberanian Ezam membongkar segala keburukkan Anwar meletakkannya sebagai pemimpin yang semakin dikenali.
Gaya berpidatonya yang menarik dengan suara seakan-akan Anwar membuatkan ada pemerhati politik yang melihatnya ada potensi besar dalam politik.
source : agendadaily
Ezam dan Datuk S Nalakarupan,rakan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga keluar dari PKR
Anak jati Selangor yang genap usia 43 tahun Sabtu lalu ibarat sireh pulang ke gagang apabila kembali bersama UMNO pada 28 Mei 2008.
Beliau sebelum itu keluar dari UMNO pada 1998 dan kemudian menyertai Parti Keadilan tetapi meninggalkan PKR pada 2007 kerana tidak percaya lagi dengan perjuangan Anwar selain dikatakan disaingi oleh Azmin.
Suara Ezam yang mulai Isnin ini akan bergelar “ YB Senator ” pasti akan meresahkan PKR khususnya Anwar dan Azmin.
Bahkan, banyak pendedahan yang sudah dibuat Ezam serta cabaran beliau meminta Anwar dan Azmin menyamannya jika segala dakwaannya tidak benar, tidak dijawab dua pemimpin utama PKR itu.
Sudah acap kali beliau menegaskan, banyak perkara mengenai Anwar yang beliau ketahui dan semua itu bakal terbongkar sedikit demi sedikit.
Pelantikan sebagai Senator dilihat langkah awal beliau memasuki gelanggang politik yang lebih serius.
Namun dalam SMS kepada Agendadaily malam Rabu selepas berita mengenai lantikannya tersebar ,Ezam yang berada di Jakarta berkata , “ Terima kasih bapak.Kita terus berjuang.Jawatan soal kedua…terima kasih atas doa bapak ”.
No comments:
Post a Comment