NUFFNANG

Thursday, 8 April 2010

Anwar arah Zulkifli Noordin fitnah Perdana Menteri, isteri - Zahrain / Maafkan saya – Ezam

Anwar arah Zulkifli Noordin fitnah Perdana Menteri, isteri - Zahrain

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

KEPALA BATAS 7 April - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu yang didakwa mengarahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pendedahan itu dilakukan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru tersebut di hadapan ribuan hadirin pada majlis ceramah umum di Kampung Paya Keladi Tengah di sini, malam tadi.

Zaharin berkata, Anwar juga merupakan orang yang sama mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang bernama Nadim dalam satu kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

"Bila orang tanya, dia (Zulkifli) tidak mahu cerita (dedah) tapi dia cerita (orang yang mengarahkannya) kepada saya, jadi saya cerita kepada semua orang malam ini.

"Anwar suruh Zulkifli buat untuk anak guamnya Cif Inspektor Azilah Hadri (tertuduh pertama dalam kes bunuh Altantuya) akuan berkanun untuk libatkan Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembunuhan Altantuya, sampai begitu sekali.

"Kes anak Nazri dituduh bunuh, ingat? Siapa yang suruh Zulkifli kalau bukan Anwar juga," katanya pada majlis anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) itu.

Turut hadir bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd. Nor; Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Zulkifli mendakwa, pernah diberi tawaran cukup lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat, Zulkifli memberitahu bahawa antara tugasnya adalah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Najib dan Rosmah selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa kedua-duanya terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Sementara itu, kata Zahrain, beliau tidak teragak-agak untuk mendedahkan perkara itu bagi menyedarkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai suasana politik di negara ini yang semakin bercelaru angkara perbuatan Anwar.

"Peranan saya sekarang nak turun padang untuk beritahu bahaya Anwar sekiranya dilantik menjadi Perdana Menteri.

"Itu sebab saya tolak bulat-bulat Anwar dan keluar PKR kerana perasaan keraguan dalam diri saya telah mengatasi perasaan kepercayaan," tegasnya.

source : utusan

Maafkan saya – Ezam

KEPALA BATAS 7 April – Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor secara terbuka memohon maaf kepada rakyat khususnya orang Melayu kerana pernah membela Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam kes liwat pertamanya.

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui perangai sebenar Anwar dan tidak mahu percaya dengan tuduhan tersebut.

“Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu.

“Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar,” katanya ketika berucap pada majlis ceramah umum anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Kampung Paya Keladi Tengah di sini malam tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail


source : utusan

No comments: