TUESDAY, APRIL 6, 2010
CERITA PENUH KISAH NIZAR DIHALANG MASUK KAMPUNG
Maaf kerana agak terlewat membuat posting. Janji tengahari, sekarang sudah petang. Saya terlebih dahulu kena turun ke Kg Jalan Kebun,Klang untuk mengetahui kisah sebenar apa yang terjadi. Saya dibawa oleh seorang rakan yang bernama Yusoff untuk bertemu orang kampung bagi mengetahui cerita sebenar. Yusoff juga adalah penduduk Jalan Kebun.
Kg.Jalan Kebun terkenal sebagai lubuk reformasi pada sekitar tahun 1999-2002. Mungkin orang-orang kampung di tempat lain mereka tidak pernah lihat Polis FRU , tetapi, tidak di Kg Jln Kebun, mereka sudah terlebih kenal dengan lori kepala merah dan water canon. Begitulah hebatnya Kg Jln Kebun.
Bagaimanapun gelombang reformasi disana mula menyusut menjelang tahun 2002 dan sekarang tiada lagi.
Untuk pengetahuan anda, Kg.Jln Kebun terletak bersempadan antara Shah Alam & Klang. Pejabat Tanah dan Daerah termasuk dalam Klang. Manakala PBT dan Polis termasuk dalam Shah Alam.
Hubungan kemasyarakatan dan kejiranan penduduk disana amat padu. Mereka bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira fahaman politik. Perbezaan politik tidak menjadi halangan kepada mereka. Bab politik mereka buang ketepi, bila sampai masa mengundi mereka terjemahkan mengikut selera masing-masing. Selepas habis mengundi selesai masalah, mereka bersatu kembali.
Mereka bersatu dalam segenap sudut, baik kenduri-kendara, kematian, gotong royong dan sebarang majlis. Mereka tidak suka berpecah belah atau menghasut.
Di dalam kampung berkenaan terdapat banyak kedai-kedai. Klinik, kedai eletrik, kedai jahit, spa, kedai dobi dan sebagainya. Pendek kata semua ada disana. Semuanya milik orang Islam. Yang tiada kedai ekor, rumah urut, kelab malam dan yang sewaktu dengannya.
Pernah terjadi seorang bukan Islam membuka kedai gambar disana. Tidak sampai dua minggu kena tutup dan tuan kedai yang berbangsa melayu diherdik cukup-cukup oleh orang kampung kerana menyewakan kedainya kepada bangsa lain. Orang-orang kampung kutip duit dan mereka nak sewa kedai berkenaan asalkan peniaga berkenaan keluar. Begitulah kuatnya perpaduan penduduk-penduduk kampung berkenaan.
Penganjuran ceramah-ceramah politik sudah menjadi perkara biasa disana. Mereka tiada masalah, asalkan bukan orang DAP yang datang. Mereka cukup pantang dengan DAP. Nik Aziz, Hj.Hadi, Mat Sabu , Khir Toyo, Ezam Md Nor dan ramai lagi yang pernah datang ceramah disana, tidak menjadi masalah kepada mereka. Yang Umno boleh datang dengar ceramah PAS dan yang PAS boleh datang dengar ceramah Umno. Unik kan penduduk disana ?
Tetapi, bila mereka tahu Nizar hendak datang ceramah disana semalam, mereka tidak boleh terima. Turut sama dalam ceramah berkenaan semalam ialah Adun Sri Muda,Suhaimie dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah.
Yang terlebih galak hendak bawa nizar berceramah disana ialah Dr.Mariah. Ini sebagai tindakan balas dendam kerana tiga minggu lepas Khir Toyo dan Ezam telah berceramah disana.
Orang-orang kampung tidak boleh terima nizar dan mereka tidak membenarkan nizar memasuki kampung mereka kerana bagi mereka nizar adalah barua DAP. Suhaimie dan Dr. Mariah mereka benarkan, ini kerana mereka berkata, dua YB berkenaan berhak bercakap di kampung itu kerana mereka mewakili kawasan berkenaan.
Orang-orang kampung membuat puluhan banner yang berbunyi 'Nizar Barua DAP' 'Pengkhianat Bangsa Jangan Masuk Kampung Ini' . Banner tersebut digantung di sekeliling kampung.
Akhirnya beberapa rumah penyokong PAS yang bersetuju menjadi tempat ceramah sebelum itu terpaksa membatalkan persetujuan mereka kerana bimbang mereka dimarahi orang kampung.
Dr.Mariah semakin tertekan, kerana tiada pilihan beliau datang memujuk seorang ahli PAS di kampung berkenaan agar setuju meminjam rumahnya untuk dijadikan tempat ceramah. Tuan rumah berkenaan juga agak keberatan untuk memberinya. Tetapi setelah dipujuk-pujuk dan mungkin juga dihulurkan sedikit not , maka tuan rumah bersetuju dalam keberatan.
Saya difahamkan setiap hari Dr.Mariah menghubungi tuan rumah berkenaan bagi tujuan membodek agar dia juga tidak membatalkan persetujuan.
Saya juga difahamkan tuan rumah tersebut telah dipanggil menghadap J/Kuasa Tatertib,Hak dan Kebebasan Kampung bagi memberi penjelasan kenapa dia membenarkan nizar berceramah di rumahnya.
Kemuncak kepada kemarahan orang kampung ialah, apabila malam tadi lebih kurang 300 orang termasuk dari kalangan orang Umno,Pas, PKR dan yang tidak berparti berkumpul dan membuat sekatan di pintu masuk utama ke kampung berkenaan bagi mengalang Nizar masuk. Satu persatu kereta yang masuk ke kampung berkenaan disuluh oleh mereka.
Akhirnya tiba giliran kenderaan yang membawa nizar masuk , mereka halang nizar dari memasuki kampung berkenaan dan mereka paksa kenderaan tersebut bergerak terus menuju ke Kg. Kebun Baru, Sijangkang.
Selepas setengah jam mereka mendapat berita nizar telah berjaya sampai ke tempat ceramah dengan menggunakan jalan anak.
Apa lagi, berdesup semua menghidupkan enjin motosikal dan kereta masing-masing menuju ke tempat ceramah yang hanya 400 meter dari situ.
Sampai disana wakil penduduk datang berjumpa Dr.Mariah dan tuan rumah, meminta mereka agar tidak membenarkan nizar berceramah, jika tidak mereka akan ganggu program tersebut. Anggota polis juga telah sampai. Setelah perbincangan diadakan mereka bersetuju membenarkan nizar berceramah dalam masa 30 minit sahaja, tetapi tidak boleh memuji DAP.
Jam lebih kurang 10 malam. Sebaik sahaja berada di depan pembesar suara, jelas kelihatan di skrin yang disediakan muka nizar agak pucat ,mungkin ketakutan dan percakapannya agak gugup.
Nizar memulakan ceramah dengan memuji-muji penduduk Kg.Jalan Kebun dan orang-orang Umno dan disambut dengan sorakan oleh penduduk kampung. Nak membodek katakan.
Selepas itu dia baca Hadis pula, suaranya terputus-putus. Tiba-tiba, mungkin akibat ketakutan dia berceramah dalam bahasa inggeris pula lebih kurang 15 minit. Akhirnya sekali lagi dia di booo oleh orang kampung.
Kemuncaknya ialah bila dia berkata DAP telah menerima dakwah dari PAS dan tidak lagi menentang Islam. Orang kampung mula bersuara kuat dan ada yang sudah bergerak ke arah pentas ceramah. Pendengar yang datang mendengar ceramah sekitar 300 orang tidak berani berbuat apa-apa kerana mereka sedar mereka orang luar dan tiada hak di kampung berkenaan.
Unit amal PAS mula mengelilingi nizar dan akhirnya nizar terpaksa menghentikan ceramahnya pada jam 10.30 malam selepas 25 minit berceramah. Mungkin beliau amat takut dengan situasi yang nampaknya mula tegang.
Akhirnya teserlahlah belang nizar yang sebenar. Selama ini beliau digambarkan sebagai seorang pendekar yang gagah berani dan hebat sehingga Sultan pun dilawannya. Rupa-rupanya beliau seorang pendekar tempang yang pengecut.
Saya juga difahamkan Dr.Mariah terpaksa cabut balik lebih awal kerana malu dengan insiden yang terjadi. Manakala nizar terpaksa tunggu sehingga hampir jam 1 pagi untuk pulang sambil diiringi belasan buah motosikal sebagai pengiring untuk menjaga keselamatan hingga ke lebuh raya Kesas.
Syabas kepada penduduk Kampung Jalan Kebun kerana anda telah mencipta sejarah. Belum pernah terjadi lagi peristiwa sebegini. Semoga peristiwa ini diambil sebagai iktibar oleh penduduk-penduduk tempat lain yang nizar akan datang berceramah selepas ini. Ulangi peristiwa ini di tempat anda, supaya barua DAP terus pupus.
Ingat Allah maha kaya. Sebelum ini nizar bukan main bangga lagi bila seorang penyokongnya menghalang pemandu Datuk Seri Dr.Zambry meletak kenderaan rasmi MB di tanahnya, semasa MB Perak melawat mangsa ribut di Lumut tahun lepas. Sekarang giliran dia pula dihalang dan dihalau penduduk kampung.
Kepada pembaca pula saya mohon maaf. Saya langsung tidak tahu menahu langsung tentang apa yang dirancangkan oleh penduduk Kampung Jalan Kebun malam tadi. Jika saya tahu sudah pasti saya kesana malam tadi untuk melihat keadaan sebenar. Apatah lagi jarak antara rumah saya di Puchong ke sana tidak lah jauh sangat. Betul-betul terlepas peluang keemasan melihat barua DAP dihina malam tadi.Sayang seribu kali sayang.
Saya hanya tahu perkara ini bila bangun dari tidur pagi tadi. Saya melihat ada panggilan tidak dijawab oleh rakan saya yang tinggal disana. Bila saya menghubungi beliau kembali, barulah saya tahu cerita. Saya terus membuat posting jam 7 pagi tadi. Jam 1 tengahari tadi saya bergegas ke sana untuk mendengar cerita sebenar dan melihat suasana agar dapat dilaporkan secara terperinci kepada anda.
Update - Sedikit tambahan, semasa gelombang reformasi kuat di kampung tersebut dan pada tahun 2001 pernah ada rancangan untuk membawa Lim Kit siang berceramah disana. Orang kampung tentang habis-habisan. Mereka tidak benarkan walaupun seinci tapak kaki Lim Kit Siang pijak kampung mereka. Akhirnya ia terpaksa dibatalkan. Selepas itu lah gelombang reformasi mula mengecut di kampung berkenaan.
No comments:
Post a Comment