NUFFNANG

Friday, 5 March 2010

PKR Buang Sial dan Puaka

PKR Buang Sial dan Puaka

Mac 4, 2010

Semalam diadakanlah satu mesyuarat maha penting dalam menentukan halatuju dan perjuangan PKR selepas ini. Dengan ‘terpindahnya’ kesetiaan beberapa orang Ahli Parlimen PKR kebelakangan ini; ianya dengan sendiri telah menconteng ‘arang’ di muka Ketua Pembangkang (yang memang sudah sedia gelita dengan pelbagai masalah peribadi). Anwar hadir dengan wajah kecewa. Sempat dia mencari beberapa orang penting untuk mengadakan mesyuarat pantas ‘peribadi’. Antara yang dipanggil adalah Azmin Ali (ini orang mesti ada) dan Syed Husin Ali. Muka Anwar serius. Sesekali, tangannya menunjukkan rasa geram. Jari dikepal seolah-olah mahu melayangkan tumbukan kepada seseorang.

Mesyuarat semalam pada asalnya tidak lebih 55 orang. Ianya melibatkan pimpinan tertinggi, AJK Biro Politik PKR dan kalangan Ahli Parlimen PKR yang diibaratkan oleh Anwar (dengan bahasanya sendiri – boleh mendatangkan ’sial dan puaka’ kepada politik PKR). Jarang Anwar menghambur bahasa yang sedemikian kasar. Namun, yang biasa dan rapat dengan Anwar pasti tahu bahawa dia adalah seorang yang sangat ‘hot tempered’. Kak Wan tahulah. Azmin pun tahu. Saiful pun tahu. Saiful mungkin ada kelebihan sedikit – kerana ada ’soft spot’ yang Anwar gemari dan suka. So, tak lah selalu marah-marah. Lebih kepada marah yang manja.

Dari jauh, saat penulis bersama dengan kawan-kawan AMK – dapat kelihatan TS Khalid, Saifuddin, Nik Nazi, Tian Chua, Nurul Izzah, Mansor Othman, Dr Lee Boon Chye dan si kerdil yang gebu, Shamsul Iskandar Md Akin. Budak-budak AMK memang ramai yang tak suka si Sam Ayam ni. Tapi nak buat macamana, kalau Pak Sheikh sudah suka. Mereka kena terima.

Bagi memperbaiki keadaan yang semakin genting – saat kes sodomi/liwat/mendubur Anwar makin dekat (25hb Mac); usaha mesti dilakukan untuk memastikan TIDAK ADA lagi usaha exodus akan berlaku. Anwar tidak boleh membiarkan itu berlaku. Muka Anwar sudah terlalu kerap diconteng. Maka, dicadangkanlah oleh Syed Husin agar satu pendekatan SUMPAH KERAMAT MEMBUANG SIAL DAN PUAKA dilaksanakan. Inilah sahaja jalannya. Maka, dengan sendirinya – sumpah yang sudah siap ditulis dan dicetak itu dibacakan satu persatu kepada semua Ahli Parlimen yang berpotensi ’sial’. Mereka terima. Yusmadi sampai lambat. Malahan ada kalangan mereka yang bermesyuarat sudah menjangka bahawa Yusmadi akan ‘terbang’ petang semalam ke pangkuan PM. Nasib baik tak menjadi.

Mereka berjanji dan bersumpah, bahawa akan terus setia dengan perjuangan PKR ke akhirnya – bagi merealisasikan cita-cita dan kehendak reformasi dan perubahan. Ayat tu nampak macam sedap. Mendahulukan reformasi. Tapi pada hakikatnya bagi menjaga nasib politik Anwar yang semakin suram. Izzah bercakap dalam nada yang sebak. Matanya bergenang dengan air mata ‘buaya’. Kononnya bagi mempertahan nasib keluarganya yang selalu ditimpa malang.

Sebelum diadakan acara SUMPAH MUBAHALAH yang selalu Anwar elak dan ketepikan; diadakan acara perbincangan hati ke hati antara semua. Jangan simpan kata Pak Sheikh. Luahkan dengan sebenar-benarnya tentang apa yang menjadi masalah dan rasa tidak puas hati.

Antara yang dibangkitkan adalah soal Azmin Ali yang GAGAL menjadi responsif dengan permasalahan yang menimpa Ahli Parlimen khususnya di Pulau Pinang. Apabila beberapa orang Ahli Parlimen PKR, termasuk Zahrain, Tan Tee Beng, Yusmadi dan lain-lain membicarakan masalah dan bagaimana mereka diketepikan pentadbiran Lim Guan Eng – Azmin selalu memberi gambaran bahawa Guan Eng baik dan sopan. Hakikatnya, Ahli Parlimen PKR dilayan macam kucing kurap. Beberapa cadangan dan proposal business yang mereka bawa ke pengetahuan LGE, dibuang ke dalam tong sampah. Sedang mereka juga mahu hidup dan cari makan. Belanja menjaga rakyat bukan sikit. Kalau setakat projek 5-6 juta pun tak boleh nak ketepikan; macamana parti nak kuat.

Semuanya banyak tertumpu kepada isu kewangan dan akses kepada peluang. Nampaknya, Ahli Parlimen PKR pun sama sahaja macam orang lain. Jiwa perjuangan mereka tidak kuat. Akhirnya dengan desakan kewangan, mereka pun jadi lemah semangat. Yusmadi antara yang sangat vokal. Beberapa proposal yang beliau bentangkan kepada LGE dilayan macam budak-budak. Sedang Yusmadi adalah rising star yang banyak membantu parti di Pulau Pinang. Tapi sayang, disebabkan desakan kewangan – Yusmadi pun kecewa dengan LGE. Dalam satu insiden, Yusmadi enggan ditemui oleh LGE kerana seorang Ahli Politik DAP KL ada bersama LGE di pejabat Ketua Menteri. Yusmadi, seorang Ahli Parlimen terpaksa pulang setelah menunggu hampir 3 jam.

PKR perlu cepat membuang SIAL dan PUAKA yang ada. Tapi, ada juga bunyi-bunyi kawan-kawan di bawah pejabat – apakah Anwar sedar bahawa SIAL dan PUAKA sebenar di dalam PKR adalah….

Nyatanya, PKR tidak akan menjadi se-SIAL ini jika tidak ada kes sodomi dan liwat. PKR akan jadi kuat dan mantap. Sayangnya, kesedapan ‘4 bulan’ inilah yang membawa SIAL berpanjangan kepada PKR sampai saat ini. Ada juga di kalangan ahli PKR sendiri, ‘kenapa dia sendiri tak mahu bersumpah’. Penulis hanya sampaikan sentimen di bawah pejabat PKR petang semalam. Masih ramai kalangan aktivis parti yang semakin sangsi dengan Anwar.

Rasanya, sudah sampai masanya – Anwar memanggil Yusof Qardawi untuk membuat sumpah terbuka berkenaan isu liwat. Ini sahaja caranya. Anwar kena bersumpah atau parti akan terus SIAL dengan politik ‘pindah randah’. Anwar kena bersumpah. Panggillah Qardawi, segala ulama’ dunia yang Anwar rasa mampu memberikan ’sinar’ kepada wajahnya yang semakin gelita dengan masalah dan kes peribadi. Sumpah depan Qardawi, depan Nik Aziz, depan Hadi, depan Habibie, depan ulama’ Turki dan sebagainya. Kalau rasa masjid di Malaysia tidak cukup membawa kekuatan – bawalah seluruh pimpinan PKR ke Mekah. Sumpahlah di hadapan Kaabah bahawa semua itu tidak pernah berlaku.

Anwar memang bijak menyelesaikan masalah orang lain, masalah parti – tetapi lemah dalam menyelesaikan masalah peribadi. Rakan penulis daripada Kedah memberikan bayangan bagaimana sukarnya untuk menaruh rasa percaya orang kampung berkenaan kes liwat. Mereka menunggu kesediaan Anwar bersumpah. Mereka mahu lihat Anwar meletakkan tangan di atas al-Quran dan bersumpah bahawa kejadian itu tidak berlaku.

SIAL dan PUAKA sebenar PKR hanya boleh dibuat dengan pembersihan kerohanian. Inilah sahaja ubatnya. Ironi, kerana masalah sama tidak berlaku dalam PAS. Bukan sebab cerai isteri sahaja – tetapi pada hakikatnya memang ahli PAS lebih menghayati perjuangan.

source : gelagat anwar

No comments: