NUFFNANG

Tuesday 16 December 2008

Berhati-hatilah dengan musuh dalam selimut ini!

Cina dan Melayu Pasti Bergaduh

Khabarnya Dato’ Onn Jaafar pernah berkata "Kencing kuburnya kalau Melayu dan Cina tidak berkelahi selepas merdeka". Kuburnya tidak boleh lagi dikencing kerana ramalannya benar belaka terutama selepas berlakunya krisis kaum pada 13 Mei 1969. Kini ramalannya seolah berulang apabila pemimpin Cina seolah mula melancarkan 'perang' terhadap orang Melayu.


sumber : pekembar.blogspot.com

------------------------------------------------------

Pas ibarat Lembu yang dicucuk hidung oleh DAP dan PKR

Arak dan babi merupakan 2 perkara haram dan dilaknat oleh Allah S.W.T.

Bila PAS menyertai PR dan berjaya dalam PRU-12, mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil dalam menghadkan atau menghentikan terus perkara-perkara yang dimurkai Allah itu.

Tidak langsung walau sejentik, PAS membuat sebarang kenyataan mengenai isu Arak dan Babi. PAS menjadi PAK-TURUT selepas menyertai PR. PAS sanggup dicucuk hidung, di tarik kesana-kemari oleh DAP dan PKR tanpa sepatah melawan tindak-tanduk mereka walupun dilihat merosakan imej Islam yang dipertahankan oleh PAS sendiri.

Lihat sahaja isu babi, mereka sanggup berjuang bermati-matian bersama babi-babi mereka kerana mahukan projek babi mega mereka berjaya.
Ini pula hal kilang Arak, tidak sedikit pun PAS mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini. Siap sekarang sanggup bersongkol meng-iakan agar tidak ditutup kilang arak tersebut dan mencabar mereka yang membuat kenyataan tentang isu arak ini.

Sewaktu mereka di Kelantan, bukan sahaja kilang Arak, panggung wayang pun tiada, kononnya ini semua haram serta menyesatkan penduduk/ rakyat Kelantan.

Jadi apa sudah jadi sekarang, PAS telah meluaskan tanah jajahannya keluar dari Kelantan, jadi sudah pasti rakyat atau penyokong setia mereka mengharapkan perkara yang sama dilakukan di tanah jajahan baru mereka ini.

Amat mendukacitakan sekali kerana PAS yang satu masa dahulu lantang bersuara, mengeluarkan fatwa yang ada kalanya ditegur menyimpang dari landasan sebenar, kini sujud menyembah serta meng-iakan semua benda haram yang diharamkan terus oleh Islam.

Apa PAS telah lembik dalam pertarungan mereka dalam PR, atau mereka hanyalah boneka bertali yang dikawal sepenuhnya oleh DAP & PKR di dalam PR tersebut.
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG

Sumber: mymassa.com
---------------------------------------------------------------

THE STAR meneruskan misinya

Keadaan ekonomi Singapura sekarang amat tenat dan masa depannya pun adalah amat gelap berbanding dengan Malaysia yang dalam keadaan kegawatan ekonomi dunia, Legoland telah mengumumkan untuk menanam modal sebesar RM 750 juta di Bandar Nusajaya Iskandar Malaysia di Johor berbanding dengan Singapura yang kabarnya projek CISINOnya sedang menghadapi masalah besar dan FI tak mungkin dapat diteruskan.

Theme Park ini yang dijangka akan beroperasi mulai tahun 2013 tidak sahaja akan menarik pelancong tempatan dan Singapura (jika rakyat Singapura masih mampu ketika itu) tetapi juga dari lain lain negara wilayah Asia yang jumlah penduduknya adalah 60% daripada populasi dunia.

Selain dari itu Malaysia pada masa itu, berasakan kepada kemudanan jaringan syarikat syarikat penerbangan tambang murahnya dengan negara negara Asia maka tentunya akan dapat membawa ramai para pelancong ke Legoland .

Soalnya disamping suasana ekonomi Malaysia yang optimistik yang digambarkan oleh fakta dan data asasnya yang dikeluarkan oleh Bank Negara dan juga Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kenaapa akhbar The Star bagitu ghairah untuk mewarnakan keadaan pisimistik atau cuba memberikan gambaran yang lebih buruk dari keadaan sebenarnya di Malaysia.

Tiap hari akhbar ini menyiarkan berita orang terpaksa berhenti kerja kerana kilang ditutup dan juga yang terpaksa berkurangan pendapatan kerana pemotongan elaun lebih kerja kerana tidak banyak kerja disebabkan pesanan luar negara yang menurun dan sebagainya kerana kemerosotan ekonomi dunia.

Bagaimanapun Kementerian Dalam Negeri tidak mempunyai kepakaran untuk dapat melihat kerja kerja menghakiskan keyakinan ini yang dilakukan oleh STAR dari masa kemasa, dari hari kehari kerana tidak ada pengalaman, tidak ada sense terhadap manipulasi akhbar, kebanyakan berkerja hanya untuk makan gaji , tidak ada komitmen dan tidak ada sense of direction

Sebilangan besar cerita yang diterbitkan bukanlah kerana diberhentikan kerja tetapi kerana kekurangan pendapatan atau terpaksa berpindah kerja. Cerita ini nampak biasa sahaja tetapi menimbulkan kebimbangan rakyat dan kehilangan keyakinan terhadap kerajaan sekarang.

Kebanyakan yang ditemu ramah berasaskan kepada gambar yang diterbitkan menunjuk keluarga yang berpakaian mewah dan juga kelengkapan rumah yang mahal.Mereka terdiri dari orang yang tidak sanggup mengorbankan kualiti hidop.

Soalnya ialah kenapa The Star tidak mendedahkan keaadaan ancaman ekonomi yang amat teruk dan menakutkan yang dihadapi oleh Singapura sekarang?. Kabarnya orang Singapura sudah tidak mampu makan di kedai, berhenti membeli belah dan amat berjimat cermat dalam berbelanja sekarang ini.

Kabarnya banyak projek mega yang telah terpaksa dihentikan termasuk Casino dan masa depan penganjuran F1 dipulau itu juga sudah tidak pasti.Syarikat syarikat Singapura yang berkait rapat dengan Bank Bank Amerika dalam keadaan tersepit.

Iklan iklan yang mempromosikan Singapura di kalangan rakyat Malaysia semakin hebat supaya rakyat Malaysia berbelanja di Singapura untuk membantu ekonomi negara itu.

Sebab utamanya STAR tidak mendedahkan keburukan ini adalah oleh kerana kehancuran Singapura kelak berarti kehancuran Malaysian Malaysia yang menjadi matlamat politik Singapura dari sejak Lee Kuan Yew. Malaysian Malaysia menggambarkan orang Cina sebagai orang maju dan berjaya kerana rajin kerja tetapi Malay Malaysia mengkayakan orang Melayu dengan bantuan kerajaan.

Kehancuran Singapura berarti keruntuhan maruah DAP dan Lim Kit Siang dan kerajaan Pulau Pinang tetapi ini semua tidak bagitu disedari oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia yang tidak bagitu cerdik dan tidak sensitif kepada exploitasi media. Menteri menteri kita juga lupa diri bila diberikan publisiti oleh STAR.

Sebenarnya akhbar STAR adalah akhbar anti Melayu, anti UMNO , anti nasional dan akhbar yang menggunting dalam lipatan.

Apa yang dilakukan oleh STAR sekarang ialah sabotaj terhadap ekonomi negara tetapi dia bijak untuk menutop identitinya. Dia beri interviu khas dengan Gabnor Bank Negara dan rencana khas untuk Najib . Akhbar anti nasional yang cukup bijak.

Negara tidak mampu menghadapi anasir subersif seumpama ini dalam keadaan sekarang.

sumber : posted by Maharaja

--------------------------------------

SINGAPURA NAFI MEMBUNUH MAS SELAMAT

Maharaja Blogger dalam postingnya pada 10 November 2008 telah memuji kebijaksanaan Kerajaan Singapura menghapuskan Mas Selamat Ketua Militan Jemaah Islamiah yang berasal dari Singapura dengan membunuhnya tetapi menyebarkan berita keseluruh dunia kononnya dia telah berjaya melepaskan diri ketika dia hendak ke tandas pada 27 Febuari tahun ini.

Mengetahui kecekapan kerajaan Singapura terutama kecanggihan alat keselamatannya maka hanya orang yang terlalu bodoh akan percaya kepada cerita ini .

Sementara unclenya (Amerika Syarikat) mahu menunjukan kekejaman yang dilakukannya terhadap tahanan militan Islam di Guantanamo untuk menghina dan menakutkan pejuang pejuang Islam, Singapura pula menunjukan ketakutan dan kebimbangan untuk terus menyimpan pejuang Islam yang berisiko tinggi.

Pembunuhan Mas Selamat adalah buktinya tetapi kebijaksanaan Singapura mencipta dan menyebar luas cerita "terlepas lari" menyebabkan orang mempercayainya.

Maka itu pihak perisikan Singapura sangat sensitif terhadap penyebaran berita Mas Selamat dibunuh dan bukannnya lepas lari yang telah pun tersebar di kalangan rakyat Malaysia dan juga di Nusantara.

Maharaja tidak tahu siapakah lagi yang menyebarkan berita ini selain dari Maharaja dalam posting 11 November 2008 (sila sorot kembali).

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dalam Straits Times Singapore 5 Disember 2008 telah memberikan reaksi dengan menyatakan bahawa beliau juga dengar kabar angin itu tetapi "karut", katanya dan meyakinkan bahawa Mas Selamat akan dapat ditangkap semula.

Maharaja bukanlah menyalahkan pemerintah Singapura menembak mati Mas Selamat tetapi agak sedih kerana apabila Malaysia menahan seorang wartawan hanya sehari di bawah ISA telah mendapat simpati dunia tetapi Singapura membunuh tahanan ISA , dunia hanya sepi.

Pokoknya ialah kebijaksanaan,kecekapan dan kepintaran.

Kebijaksanaan Amerika Syrikat ialah mendedahkan video, gambar dan berita kekejaman tenteranya terhadap militan Islam di Guantanamo seolah olah semua bahan itu diseludup keluar dari kem tahanan itu. Cara ini lebih berkesan untuk tidak menampakan motif pendedahan itu dibuat.

Motifnya ialah untuk memprovok, menghina orang Islam dan menghantar amaran yang keras kepada pejuang pejuang militan Islam. Apakah yang orang Islam boleh buat selain dari menunjukan reaksi kemarahan, membantah, menunjuk perasaan dan menjerit menjerit?

Singapura pula menipu dunia dan dunia Islam dengan menutup pembunuhan sabagai
"kehilangan". Mungkin pejuang pejuang militan Islam pun percaya kepada cerita ini.

Berapa orangkah sebenarnya dapat melihat sesuatu tidak hanya dari luaran sahaja?.
posted by Maharaja

sumber : maharajablogger

-------------------------------------------------------------------------------

BPR HARUS SIASAT : RONNIE LIU TERLIBAT
BPR harus memulakan siasatan secepat mungkin terhadap pembelian kereta Toyota Camry 16 biji oleh Kerajaan Negeri Perak utk kegunaan MB dan Exco-Exco

Sebagaimana yg diketahui umum di Perak walaupun MB nya drp PAS tetapi kuasa pemerintahan di tangan DAP.Beliau ibarat "CHAIRMAN" yg dilantik dan dibayar elaun sahaja,tetapi "DIRECTOR" yg mempunyai kuasa penuh dan menandatangani cek adalah DAP.

Begitu juga dalam kes pembelian Toyota Camry ini,kuasa membeli bukan di tangan Pak Pandir Nizar bahlol,tetapi kuasa sialan Ngeh drp DAP.Pak Pandir ni hanya tahu mengumumkan dan menghentam Proton sahaja.

Hubungan kawan sesama DAP antara Ronnie Liu dan Ngeh Koo Ham telah lama terjalin sebelum kedua-dua ekor beruk sial ini menjadi Exco di Selangor dan Perak.

Ronnie Liu sebelum menjadi exco adalah seorang penjual kereta model Toyota.Setelah menjadi Exco beliau lepas jawatan tersebut dan beri kepada satu proksi menjaga perniagaan kereta itu.Beliau mempunyai kawan yg ramai yg menjadi jurujual dan pengedar kereta Toyota.Malah ada dikalangan saudara terdekat beliau juga menjadi pengedar Toyota.

Sebab itu saya amat terkejut bulan lepas apabila Ronnie ada membuat kenyataan meminta Kerajaan Selangor menukar kereta Perdana V6 kepada Toyota Camry.

Kenapa Toyota sahaja yg sering meniti dimulut Ronnie,? Tidak jenama lain ?

Saya amat terkejut beruk apabila Kerajaan Perak umumkan pembelian Toyota Camry semalam.Di hati saya terus terdetik "sah kerja siberuk Ronnie yg suruh sibabi Ngeh ni beli Toyota Camry".Padahal sebelum ini MB Pandir Perak ni pernah berkata kemungkinan Kerajaan Negeri Perak akan tukar Perdana v6 kepada Honda.Alih-alih Toyota yg diumumkan.

Saya yakin 100 % Ronnie Liu terlibat sama dalam kes pembelian kereta Toyota Camry Kerajaan Perak ini.

Memang ramai orang tidak mengetahui yg Ronnie adalah penjual kereta Toyota sebelum ini,tetapi saya tahu dan tahu........

Sumber: http://zemi-tko.blogspot.com/2008/12/bpr-harus-siasat.html


kzso - berhati-hatilah..... kita tunggu malklumbalas dari anwar dan tg nik aziz/hadi awang

1 comment:

Anonymous said...

PAS nampak macam dah tak perjuangkan Islam, lebih nak jaga DAP n PKR tu..

tapi, UMNO masa kt selangor tu pun sama je... masa umno di selangor lah kilang arak tu diluluskan, masa umno di pahang lah tempat judi genting tu diluluskan, jadi macam mana sekarang?

mintak pendapat saudara yang budiman..