NUFFNANG

Thursday, 18 December 2008

Alahai Anwar.....

VIDEO ANWAR IBRAHIM DALAM AKSI LIWAT TERSEBAR DI INDONESIA

Anwar Ibrahim penderhaka yang tersingkir ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri telah meneruskan serangan,kecaman dan berbagai tohmahan yang keras terhadap bakal Perdana Menteri Najib Tun Abdulk Razak.

Terakhir suara Keadilan telah menjeritkan kepala berita dakwaan Anwar bahawa Najib lebih zalim berasaskan kepada temu bual dengan Al Jazeera baru baru ini.

Temubual itu penuh dengan berbagai tuduhan terhadap Najib dari rasuah hingga kepada pembunuhan wanita Mongolia dan kegagalan Najib menangani isu kegawatan ekonomi yang dihadapi negara.

Beliau juga tidak yakin Najib sebagai tokoh yang dapat membawa perubahan dalam UMNO dan Najib akan terus mempertahankan undang undang yang keras dan budaya kronisma.

Dia juga mendakwa bahawa Najib berada dalam state of denial.Semua dakwaan dan tuduhan itu mendedahkan Anwar sebagai seorang “gila talak”

Kenapakah Anwar meneruskan kempen jahat dan ganas ini setelah gagal menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional 16 Sepetember lalu dan masih mendakwa bahawa kerajaan tidak prihatin terhadap keadaan ekonomi rakyat sedangkan harga minyak diturunkan hampir setiap minggu dan harga barang mulai terkawal. Mungkin kerana dia sedar janjinya menurunkan harga minyak sudah tidak laku lagi.

Sebenarnya masaalah dirinya yang akan terbongkar di mahkamah tidak lama lagi yang akan menjatuhkan maruah dirinya untuk selama lamanya telah menimbulkan ketakutan dalam dirinya sehingga membutakan hati dan matanya terhadap kecerdikan dan kematangan rakyat yang telah pun sedar dia adalah “Raja Pembohong Negara”.

Sebenarnya Anwar lah yang berada dalam state of denial dan cuba menuding jari kepada orang lain.

Orang ramai sudah cerdik sekarang untuk terus dikelirukan oleh Anwar Ibrahim yang berada dalam keadaan berdebar dan kekecewaan yang menakutkannya seperti seorang banduan yang menunggu hukuman gantung.

Sebab utamanya ialah dia sendiri tahu bahawa kes liwatnya kali ini mempunyai bukti yang cukup kuat di tangan pihak yang berkuasa. Dia tahu kali ini dia terperangkap dengan gambarnya in action yang cukup jelas dan juga lain lain gambar . Ada diantara gambar ini telah pun jatuh ke tangan orang tertentu . Kabarnya lebih hebat dari aksi bekas Menteri Kesihatan dari MCA Chua Soi Lek . Ini tentunya akan menambahkan kehebatan imej Keadilan.

Maka itu Anwar masih berharap akan dapat menubuhkan kerajaan Keadilan bagi membatalkan kesnya . Bahawa Pas dan rakan rakannya tidak menggalakannya untuk terus berkempen tentang tarikh kejatuhan kerajaan BN amat tidak menyenangkannya sekarang ini.

Maka itu dia perlu teruskan kempen menghakiskan keyakinan kepada Ketua Hakim Negara, kepada Peguam Negara dan kepada Ketua Polis Negara dengan menimbulkan berbagai tuduhan,prasangka dan cerita cerita dari sebelah pihak sahaja. Pas yang banyak menerima wang darinya menerusi Kamaruddin Jaafar juga menyertai kempen ini.

Yang paling komited untuk membantu membersihkan imejnya ialah Lim Kit Siang dan DAP kerana bagi orang Cina kecuali Lee Kuan Yew moral adalah soal kedua.Yang utama ialah wang dan kuasa.

Anwar akan meneruskan kerja memfitnah kerajaan BN dengan konsisten dan agresif tanpa takut.Ini oleh kerana samaada dia bertindak dengan cara baik atau buruk sudah tidak akan dapat menyelamatkan masa depannya lagi.

Selain dari menggunakan media , dia juga akan menghasut tindakan demonstrasi rakyat semua kaum atas berbagai isu. Diantara yang sedang berjalan sekarang ialah Berbasikal Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) . Dia juga akan meminta bantuan dari media asing termasuk CNN, BBC dan Al Jazeera bagi menghakiskan kredebiliti kerajaan Malaysia dan bagi memprojekan dirinya dirinya sebagai seorang yang bersih yang paling layak untuk memimpin kerajaan boneka Amerika Syarikat.

Dia berharap apabila perbicaraan dijalankan kelak keatasnya( Februari) maka rakyat telah mempunyai persepsi bahawa tuduhan terhadapnya adalah rekaaan belaka. Pihak yang mendakwa dan membicarakannya tidak berkredibliti dan semuanya fitnah belaka, tetapi rakyat sedar juga takkan kerajaan sebodoh itu untuk membuat tuduhan kali kedua tanpa bukti yang kuat.

Tidak ada jalan lain bagi Anwar Ibrahim untuk menghapuskan tuduhan terhadapnya,membasuh namanya dan melepaskan hukuman sebagai seorang penjenayah yang mengkhianati Islam,yang merosakan imej Islam dan imej kepimpinan ABIM (Singkatan dari Anuar bin Ibrahim) dan juga imejnya sendiri kecuali dengan mengambil kuasa dengan apa cara sekalipun dan menjalankan kuasa ini untuk membasuh dosanya dimata umum.

Orang ramai harus sedar jika pihak polis mempunyai video klip Anwar Ibrahim berpelukan dengan Saiful Bukhari ketika hendak memasuki sebuah aparment , masakan polis bodoh untuk melepaskan peluang membuat rakaman didalam.

Agak menghairankan bagaimanakah klip video ini yang terang dan jelas telah lebih dahulu tersebar di Medan dan Jakarta.

kzso - video liwat anwar tersebar? betul ke ni? lawak-lawak..adakah itu sebabnya anwar ke indonesia?
...................................................

Melayu Mudah Lupa

1. Kadang-kadang kita lupa. Oleh itu izinkan saya catat semula laporan akhbar Berita Harian (Mac 24, 1993) berkenaan kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim apabila DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah memberi perkenan kepada Undang-Undang Perlembagaan (pindaan) 1993 (kekebalan Raja-Raja).

2. Katanya "Isu ini sebenarnya memberi pengajaran berguna kepada semua pihak termasuk Raja".

3. Dalam New Straits Times (Mac 24, 1993) pula dilaporkan: "In Butterworth, UMNO Vice-President and Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said the royal assent has helped close the chapter on the subject which he described as a milestone in the process of political maturity of the nation.

4. "One lesson to be learnt from the whole episode is that the issue was not entirely confined to the abolition of the Malay Rulers legal immunity in their personal capacity.

5. "It concerns the understanding and maturity of all quarters involved with regard to the real meaning of freedom and the rule of law".


6. Lain padang lain belalang.

kzso - alahai Anwar....
...................................

Mengenali Pemimpin dari Kentutnya

1. Kentut Anwar Ibrahim
Apabila kentut, dia salahkan orang lain ... Hipokrit.
Dia mulakan politik wang dan bentang rang undang-undang hukum salah lapur rasuah, tapi tuduh orang lain lakukan rasuah.

2. Kentut Dolah Badawi
Orang yang tahan kentut berjam-jam ... Bingung
Selama lima tahun, tidur. Tak buat apa dan flip flop. Tinggal beberapa bulan, baru nak buat macam-macam. Lama tak kentut lah tu.

3. Kentut Mat Sabu
Orang yang kentut dengan lantang ... Yakin Diri
Penama istilah Al Juburi. Bila bersyarah, sedap aja dia belasah. Janganlah dia bertanding di KT.

4. Kentut Khairy
Orang yang kentut dalam selimut lalu dikibas baunya ... Sadis.
Sepanjang lima tahun jadi menantu PM, dia salahguna pengaruh, kumpul komisyen, dan kacau pentadbiran. Tapi asyik memikir nak jatuhkan Khir Toyo, Isa Samad, Mukhriz dan ramai lagi. Satu negara bau kentut busuknya!

5. Kentut Zaid Ibrahim
Orang yang sembunyikan bunyi kentut dengan ketawa kuat-kuat ... Strategik.
Punya lantang dia bercakap mengenai pembaharuan undang-undang tetapi rupanya macam-macam tak betul. Rang undang-undang hakim baru ini dia juga gut?

6. Kentut Berahim Ali
Orang yang kentut tapi tak dapat dikesan ... Misteri.
Diam-diam dia datang balik jadi ahli Parlimen Bebas dan sekarang diterima ramai sebagai Presiden Perkasa.

7. Kentut Zahid Hamidi
Tiba-tiba kentut apabila di sergah ... Gugup.
Bersyarah belasah orang. Rupanya CBT curi saham Kretam. Busuk kentut. Macam mana hal dalam ISA?

8. Kentut Husin Lempoyang
Kentut pelan-pelan lepas itu senyum sorang-sorang ... Periang.
Haa! Senyum sorang-sorang nampaknya? Kentut ke?

Hehehe ... kentut Husin Lempoyang. Wow!

kzso - hmmm kentut pon jadi certia jugak :p

.........................................

Rasuah - Anwar `Cakap Tidak Serupa Bikin'

Rakyat bertanya apa tindakan Parti Pakatan Rakyat kepada pemimpin
mereka yang didakwa atas kes rasuah dan sogokan seks yang
kini sedang dibicarakan di mahkamah?

PETIKAN UCAPAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KETIKA
MEMBAHASKAN RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA
PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) DI PARLIMEN.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Di Pertua kerana memberi kesempatan untuk bersama-sama membahaskan rang undang-undang yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Anti Rasuah.

Tuan Yang Di Pertua:

1. Rasuah merupakan jenayah yang paling merbahaya kepada masyarakat dan negara ini. Ianya umpama wabak yang menghancur luluhkan negara dan harapan rakyat keseluruhannya.

2. Rasulullah s.a.w. bersabda: `Ia'anallahur rasyi walmurtasyi warraisy'.

"Allah melaknat yang menerima rasuah, yang memberi rasuah dan yang menjadi perantara rasuah".

Komen:

Memang benar kata Anwar Rasuah umpama wabak yang menghancur luluhkan negara dan harapan rakyat keseluruhannya tetapi apakah pemimpin Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP benar-benar ikhlas mahu memerangi rasuah?

Rakyat bertanya, jika benar mereka memandang jijik kepada Rasuah mengapa tidak ada tindakan diambil kepada tiga pemimpin parti itu di Perak yang didakwa atas tuduhan rasuah dan sogokan seks yang kes mereka kini sedang dibicarakan di mahkamah? (belum sabit macamana nak ambil tindakan... kan seperti kata MB Perak ~ Ir Nizar, Ngeh dan PKR...ini semua konspirasi.... :D )

Rakyat juga bertanya jika pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) baik di peringkat negeri atau persekutuan yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah perlu meletakkan jawatan dengan serta merta mengapa pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang melaung-laungkan mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih tidak sanggup berbuat demikian? (itu BN laa, bukan PKR atau PR.. parti yang syumul seperti sesyumul Anwar Ibrahim)

Apakah wujud `double standard' dalam Rasuah? Jika pemimpin pembangkang terlibat dalam rasuah hukumnya menjadi `halal' sedangkan Rasullulah telah bersabda - "Allah melaknat yang menerima rasuah, yang memberi rasuah dan yang menjadi perantara rasuah".

Menjadi harapan keseluruhan rakyat jika benar Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain seperti Hadi Awang dan Lim Kit Siang benar-benar ikhlas mahu memerangi Rasuah mereka perlu mengambil tindakan segera - 2 Exco Kerajaan Perak yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah perlu meletakkan jawatan dengan segera. (ada berani kaaa?)

Kalau itu pun tidak dapat dilakukan - Anwar, Hadi dan Kit Siang perlu berhenti segera bercakap pasal Rasuah.

kzso - alahai anwar, dap, pas dan pkr.... sendiri mau fikirlaaa!

No comments: