NUFFNANG

Saturday 13 December 2008

Alahai....Anwar dan Khalid 'diserang' dan 'diperangi'?

Reformis lancar ‘perang’ terhadap Khalid, Anwar

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) melancarkan ‘perang’ terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kegagalan mereka menunaikan manifesto pilihan raya selepas tujuh bulan memerintah Selangor.

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, pihaknya berasa tertipu terpedaya dengan manifesto palsu PKR itu.

“Kerajaan campuran Selangor tidak menunaikan janji kepada rakyat. Tiada sebarang perubahan kepada kemajuan selepas tujuh bulan mereka memerintah negeri ini.

“Apa yang terjadi ialah keadaan semakin teruk. Kita mahu melancarkan perang terhadap Khalid dan Anwar kerana menipu rakyat selama ini,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Reformis mengugut kerajaan Selangor untuk mengadakan demonstrasi secara berbogel sekiranya tuntutan mereka supaya kadar kenaikan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) tidak dikaji semula.

Demonstrasi bogel yang dirancang diadakan di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) akan dijalankan sebagai bantahan terhadap kerajaan negeri yang menaikkan sewa kediaman PPR daripada RM124 kepada RM250 sebulan.

sumber : utusan malaysia

kzso - lawak-lawak.... kita tengok apa respon dari anwar dan khalid selepas ini
----------------------------------------------------

Tarif air di Selangor naik 37 peratus?

Oleh HASHNAN ABDULLAH

PUTRAJAYA 12 Dis. – Tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang melibatkan 1.5 juta pengguna akan dinaikkan 37 peratus jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) sebelum 31 Mac depan.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kenaikan tersebut ditetapkan berasaskan perjanjian konsesi yang ditandatangani antara kerajaan Pusat, kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) pada tahun 2004.

Beliau bagaimanapun berkata, kenaikan tersebut boleh dielakkan jika kerajaan negeri bersetuju menyerahkan aset kepada PAAB.

Sekiranya persetujuan itu dicapai, katanya, perjanjian konsesi selama 30 tahun itu akan terbatal dan sebarang kenaikan tarif air kelak ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Pada satu perjumpaan September lalu, kerajaan Selangor menyatakan mereka perlukan masa selama dua minggu untuk mengemukakan cadangan penstrukturan industri air negeri tetapi hingga kini kami tidak menerima apa-apa cadangan konkrit daripada mereka.

“Berikutan itu, Kabinet setuju untuk menangguhkan kenaikan tarif air yang sepatutnya dibuat pada Januari depan kepada 31 Mac untuk membolehkan kerajaan Selangor menyerahkan aset tersebut kepada PAAB,” kata Shaziman pada sidang akhbar sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Sehingga kini terdapat kira-kira 1.5 juta pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala aset industri air Selangor dianggarkan RM5.5 bilion.

Separuh daripada aset itu dipegang kerajaan negeri manakala bakinya dikuasai oleh empat buah lagi syarikat konsesi termasuk Syabas.

Mengikut perjanjian konsesi berkenaan, tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sepatutnya dinaikkan sebanyak 37 peratus pada 1 Januari depan

Shaziman yang prihatin dengan kemungkinan itu menegaskan, jika penyerahan aset itu dipersetujui oleh kerajaan Selangor, kerajaan Pusat memberi jaminan bahawa tiada sebarang kenaikan kadar tarif air sepanjang tahun depan.

“Tetapi jika mereka gagal berbuat demikian, kerajaan terpaksa mematuhi perjanjian konsesi kerana kami tidak mahu terjadi kes seperti tahun 2006 apabila kita kena bayar RM129 juta kepada Syabas kerana lewat menaikkan tarif air.

“Setakat hari ini, saya dimaklumkan berdasarkan anggaran Jabatan Audit Negara, kenaikannya adalah sekitar 30 peratus dan SPAN akan berusaha untuk menurunkannya jika ada ruang yang membenarkan penyemakan semula kadar tarif itu,” katanya.

Beliau berkata, penyerahan aset industri air Selangor kepada PAAB, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan, bertujuan meringankan beban kewangan pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Ini kerana PAAB akan mengambil alih pengurusan aset termasuk bebanan hutang mereka melalui pemindahan aset itu dan kemudian menyewakannya semula kepada kerajaan Selangor dan pemegang konsesi pada kadar yang rendah,” katanya.

Beliau menjelaskan, PAAB boleh mengambil risiko tersebut kerana kadar faedah pinjaman kerajaan Persekutuan rendah dan tempoh bayaran balik pinjaman adalah fleksibel berbanding dengan kerajaan negeri yang terpaksa membuat pinjaman daripada bank- bank komersial.

Shaziman memberitahu, Melaka akan menjadi negeri pertama yang menyerahkan semua aset industri airnya kepada PAAB pada 17 Disember ini.

“Kesan daripada itu tiada kenaikan tarif air di Melaka sepanjang tahun depan. Johor pula dijangka berbuat perkara yang sama pada Januari ini,” katanya.

sumber : utusan malaysia

kzso - apa kata kerajaan kahlid dalam hal ini..oops kerajaan negeri dap dalam hal ini...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selangor masih nilai harga air - MB

SHAH ALAM 12 Dis. - Kerajaan Selangor sedang membuat penilaian terhadap harga yang bakal ditawarkan untuk membeli semua aset syarikat konsesi air yang beroperasi di negeri itu sebelum perbincangan untuk pengambilalihan dapat dijalankan menjelang Mac depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, harga itu hanya akan ditentukan menjelang akhir tahun ini sebelum perbincangan dijalankan antara kerajaan negeri dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dengan syarikat konsesi bagi tujuan pengambilalihan tersebut.

Beliau berkata, isu kenaikan tarif baru air hanya akan timbul sekiranya kerajaan Selangor gagal mengambil alih aset syarikat konsesi dan menyerahkan aset berkenaan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menjelang 31 Mac depan.

Menurut beliau, ia seperti dalam perjanjian antara kerajaan Persekutuan, kerajaan Selangor dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) pada 1 Januari 2005 yang membenarkan tarif baru di tiga kawasan iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh dinaikkan sebanyak 37 peratus pada 1 Januari depan.

Penyusunan

''Saya berterima kasih kepada menteri dan KTAK kerana beliau sudah memberi masa tambahan hingga Mac depan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah penyusunan semula.

''Menjelang akhir Disember ini, kita boleh menentukan harga itu dan bila sudah tahu harga (yang akan ditawarkan), baru kita akan berbincang dengan syarikat konsesi air," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor sudah menemui wakil daripada Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) dan KTAK hari ini dan kementerian itu meminta ketetapan harga daripada Selangor selain memberi lanjutan masa selama tiga bulan untuk menyelesaikan pengambilalihan aset daripada syarikat konsesi air.

Kata beliau, hanya jika kerajaan Selangor gagal berbuat demikian barulah sistem pengurusan air di negeri ini kembali ke sistem asal yang mana akan membenarkan Syabas menaikkan tarif air.

Tambah beliau, berikutan nilai aset terbabit melebihi RM1 bilion, masa yang mencukupi diperlukan untuk menentukan harga yang ditawarkan sesuai dan tidak membebankan pengguna kelak.

sumber : utusan malaysia

kzso - alahai khalid.... minta extra time nampak... kalau kerajaan bn minta extra time gerenti kata kerajaan tak efisien...laa ni terkena batang hidung hang... apa hang nak kataaa? nak minta restu dari dap ke baru nak settle isu ini sebab hang gerenti tidak mahu minta pendapat dari pas kan..kan...

No comments: