NUFFNANG

Wednesday 26 February 2020

'Saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia' - Tun M

'Saya mohon maaf kepada semua rakyat 

Malaysia' - Tun M


'Saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia' - Tun M
Dr Mahathir juga menjelaskan jika masih mendapat sokongan beliau akan kembali menjadi perdana menteri. - Gambar fail
















KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf secara terbuka 
kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya peletakan jawatanya pada Isnin lalu 
merupakan satu tindakan yang salah.

Dalam satu perutusan khas yang disiarkan disemua saluran televisyen, Dr Mahathir 
menjelaskan sebagai manusia biasa beliau juga tidak sunyi dari melakukan kesilapan.

"Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika 
peletakan jawatan oleh saya adalah salah," katanya.

Dr Mahathir juga memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana keadaan politik negara 
yang kucar kacir dan menimbulkan keresahan.
"Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana 
keadaan politik negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan 
dikalangan tuantuan dan puan-puan," katanya lagi.

BACA:'Jika diizin, saya akan wujudkan kerajaan yang tidak memihak 
mana-mana parti' - Tun M

Dr Mahathir juga menjelaskan terdapat banyak sebab mengapa beliau memutuskan 
untuk meletakan jawatan sebagai perdana menteri.

"Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan 
bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya 
tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.

"Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan 
dan gila kuasa.

"Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai 
“be all and end all” adalah matlamat saya.

"Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat 
untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara.

"Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang 
politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau 
yang menang," katanya.

Dr Mahathir juga menjelaskan jika masih mendapat sokongan beliau akan kembali 
menjadi perdana menteri.

"Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih," jelas beliau.

Dr Mahathir pada Isnin lalu telah menyerahkan surat peletakan jawatan beliau kepada 
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Yang Di-Pertuan Agong yang menerima peletakan jawatan Dr Mahathir kemudiannya 
melantik beliau sebagai perdana menteri interim sementara menunggu pelantikan 
perdana menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

source : astroawani

No comments: