NUFFNANG

Wednesday 26 February 2020

Ini proses pemilihan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong


Ini proses pemilihan Perdana Menteri oleh 
Yang di-Pertuan Agong


Ini proses pemilihan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong
Berikut merupakan proses pemilihan Perdana Menteri di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Gambar file















KUALA LUMPUR: RAKYAT masih menunggu apakah status kedudukan badan 
eksekutif melibatkan pembentukan kerajaan Malaysia pada ketika ini.

Ini berikutan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin meletak jawatan sebagai 
Perdana Menteri ketujuh apabila surat peletakan jawatan beliau dihantar ke Istana 
Negara.

Namun adakah anda tahu apakah proses pemilihan Perdana Menteri di bawah bidang 
kuasa Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

Berikut merupakan proses pemilihan Perdana Menteri di bawah bidang kuasa 
Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 32(1) perlu ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan

Ketua Utama Negara digelar Yang di-Pertuan Agong, hendaklah diberi keutamaan 
daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa 
prosiding di dalam mana- mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang 
ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
Perkara 39 Kuasa eksekutif Persekutuan

Terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan 
mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah 
dijalankan atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa 
Jemaah Menteri melalui undang-undang untuk memberikan fungsi eksekutif 
kepada orang lain.

Perkara 41 Pemerintah tertinggi

Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera 
Persekutuan.

Perlu diingatkan bahawa dalam pelantikan Perdana Menteri baharu, 
Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara yang mutlak berdasarkan:

a. Perkara 40(2) yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak 
menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

(i) melantik seorang Perdana Menteri;

(ii) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; dan

b. Perkara 43(2)(b) yang menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik 
seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan 
majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan 
Jemaah Menteri.

source : astroawani

No comments: