1. Terdapat ramai yang mendakwa saya sokong mereka. Nama saya diguna untuk memberi kekuatan kepada apa yang hendak dilakukan oleh mereka. Ini termasuk kempen untuk menggagalkan usaha saya untuk mengalahkan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib.
2. Tindakan mereka secara langsung atau tidak langsung akan memesongkan tumpuan ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia daripada menjatuhkan Najib kepada masalah buatan mereka. Kononnya ketua bahagian yang diberi watikah tidak baik, tidak mendapat sokongan ahli parti dan rakyat. Kononnya ini semua disebabkan ada pemimpin tertentu.
3. Sekarang ia sudah naik ke tahap menolak kepimpinan tertinggi parti. Kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin patut disingkir sebagai presiden parti. Kononnya dia mengguna saya untuk kepentingan dirinya. Kononnya dia ingin dapat jawatan tertentu baginya.
4. Kita semua tahu bahawa amatlah sukar untuk memujuk pemimpin UMNO, terutama yang memegang jawatan dalam Kerajaan, menjadi Menteri terutamanya meninggalkan UMNO. Kalau meninggalkan pun atau menjadi bekas menteri, tidak sanggup mereka menyertai gerakan melawan UMNO. Sudah tentu mereka tidak berani mendekat diri dengan parti seperti PPBM yang secara lantang mendesak supaya Najib disingkir.
5. Tetapi Muhyiddin memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana menjadi Timbalan Presiden UMNO. Jika Najib turun kerana apa-apa sebab Muhyiddinlah yang akan jadi Perdana Menteri.
6. Baginya dan bagi Shafie Apdal membenar diri disingkir dari jawatan-jawatan menjadi korban yang amat besar. Umum tahu yang Muhyiddin mengkritik Najib semasa masih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Akhirnya dia disingkir.
7. Setelah disingkir, tidak seperti orang lain yang kehilangan jawatan, Muhyiddin tidak jauhkan diri dari saya. Sebaliknya beliau bersedia untuk bersama menubuh Parti Pribumi Bersatu dan menjadi Presidennya. Beliau menerima cadangan saya supaya saya menjadi Pengerusi Parti, kedudukan yang dipandang lebih tinggi darinya.
8. Banyaklah kerja yang dibuat oleh beliau untuk menjayakan Parti Pribumi Bersatu, jauh lebih dari orang yang bercadang menyingkirnya.
9. Jika hari ini ia disingkir, parti akan berpecah kerana ramai ahli parti yang menyokongnya. Maka akan gagallah usaha memenangi PRU 14.
10. Saya percaya mereka yang mencadang tindakan ini berhasrat untuk menggagalkan perjuangan parti PPBM. Sekaligus mereka ingin lihat saya gagal dan Najib berjaya.
11. Mereka yang mendakwa mereka sokong saya, sebenarnya adalah musuh saya yang berjuang untuk Najib. Jika mereka teruskan usaha ini saya bersetuju mereka dikeluarkan dari parti. Penyokong Najib tidak ada tempat dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
source : chedet
source : chedet
5 comments:
ALHAMDULILLAH banyak2 dan terima kasih ataih 'coretan' hang pasai pendakwa depa gugog tuduhan 'sabotaj' ataih mantan seken boss United Malays Batu Kawan dan Matthias Chang, peguam dia. Sikit sebanyak gelap yg jenuh dok selubung Malaya tesingkap jugak. Orang kata, selepaih gelap gelemait yg begitu lama, fajar kali ini, Insya'Allah, cukop shahdu. Mai la setiap rakyat Malaya dgn petolongan Allah S.W.T. jaga kemanihsan ni dgn sunggoh behati hati supaya tak di noda tak di nista, Hak dia dok kata 'otak udang' selama ni, harapnya sedag la jugak dan jgn ambik hati sangat dan sama2 kita sambut bulan taqwa.
Kebenaran tetap akan menang dan kebatilan akan lenyap. AllahuAkbar.
Aku
"...bukan semua rakyat jelata Malaysia boleh diancam dan ditakut-takutkan dan kita masih boleh mengharapkan kehakiman untuk melakukan keadilan serta membuat tafsiran kepada undang-undang yang dibuat oleh Parlimen."
1. I beg to differ, Datuk.
2. Rakyat jelata macam kami sentiasa di ancam dengan bermacam macam cara olih penyokong2 dan pembesar2 UMNO setiap hari.
3. Banyak yang jadi mata-mata gelap disana sini mengawasi perbualan rakyat jelata terutama sekali di Watsup group.
4. UMNO ada kuasa tetapi hidup dalam ketakutan...serupa macam zaman Jepun dulu, dimana ada Melayu haramzadah yang jadi barua dan tali barut Kimpatei...ramai yang mati kena potong kepala olih askar Jepun termasuk ahli keluarga sebab barua2 haramzadah itu mau ambil kebun, tanah dan kontrak...tidak ubah macam sekarang ini la.
5. Rakyat jelata hidup dalam ketakutan, Datuk...cakap kena berbisik2...pandang belakang...mana la tau...ini la peninggalan UMNO selepas 71 tahun!
Pakatan have to be strategic in their thinking. At the moment they are too idealistic. The country's real-politic don't work that way. If you're refusing to acknowledging this reality, you're forever doomed. Please do not let your egos and prides clouded your judgments. Please get real otherwise you're forever being in the opposition.
Not being able to this fact will make them blind of what need to be done in order to defeat Umno BN and form the government. What's actually on Pakatan's mind when they trying to propose Wan Azizah as top choice? Let's be honest she does not quite have it. She's too lighweight. She is not like her husband. She doesn't the touch, the charisma to sway the hearts and minds of the Malays voters. Especialy those in the rural areas. Mahathir has that.
In short she doesn't have enough clout to move the 'Malay's mountain'. To do that you gonna need someone of great stature. Someone massive, a heavyweight whose able to land mighty punches to the target. That someone is no other than Mahathir. Even Muhyiddin and Mukhriz will not make the cut. They won't be able to sway the Malay voters let alone Wan Azizah or Azmin or even Mat Sabu. In order to capture Putrajaya Pakatan needs Mahathir magic.
Without him there's no way Umno can be defeated. Love him or hate him, there's no other way. If Pakatan doesn't trust him, at the moment, he is indispensable to the opposition. He's highly instrumental to energize the Malays' psyche towards massive and all around change of heart. The biggest change in their lives. Without Mahathir's presence they will not budge.
Pakatan don't have much time left. They have to be quick. To come out with their PM's candidate. They can't afford to waste any more time. The clock is ticking. They need to start now. Malays' core sentiment are not easy to stir. It takes time. The sooner you start, you will stand a better chance. Just name Mahathir as your candidate.
That's all.
If you choose Mahathir, Malays votes in rural areas and the Felda settlers are already in the bag. The rest are just an icing on the cake.
Kalau setakat buat report polis di negara luar, apa salahnya?
Kalau ikut SOSMA, tidak dapat disabitkan kesalahan.
Persoalannya, bagaimana dengan ISA?
Sekarang ini ISA tidak ada lagi, tapi ada yang mahu dikembalikan semula.
Kalaulah ada ISA, bolehkah mereka ini ditahan di bawah akta itu?
Kita lantik ahli parlimen untuk membuat undang-udang, tapi adakah undang-undang itu memberikan manfaat kepada rakyat atau disebaliknya.
Apa pun saya setuju dengan DAKJ, apa yang dibuat oleh kedua orang itu ada keberanian.