NUFFNANG

Saturday, 13 May 2017

Pendakwa Gugur Tuduhan Sabotaj Terhadap Khairuddin dan Chang

Pendakwa Gugur Tuduhan Sabotaj Terhadap Khairuddin dan Chang


A Kadir Jasin



MUTAKHIR, 12 Mei - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan Khairuddin dan Chang daripada tuduhan mensabotaj ekonomi negara.


Serentak itu Khairuddin dan Chang mengarahkan peguan mereka, Haniff Khatri supaya memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak berhubung penahanan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Haniff berkata dia juga diarahkan agar memfailkan surat tuntutan yang sama ke atas Ketua Polis Negara (Tan Sri) Khalid Abu Bakar, Timbalan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi dan Peguam Negara (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali.

POSTING ASAL

 
PENGGIAT masyarakat (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang melangkah setapak lagi ke arah kemenangan dalam usaha mereka mendedahkan skandal 1MDB dan mencari keadilan bagi pihak rakyat jelata Malaysia.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Hari ini Pendakwa Raya menarik balik tuduhan mensabotaj kewangan negara yang dikenakan ke atas mereka.

Gambar fail: Khairuddin (kanan) dan Chang
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Awang Armadajaya Awang Mahmud memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa beliau telah diarahkan untuk tidak meneruskan kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya adalah di bawah Jabatan Peguam Negara. Peguam Negara adalah (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali.

Selaras dengan itu, pihak pendakwaan memohon agar kedua-dua tertuduh dilepaskan tetapi tanpa dibebaskan (acquitted not amounting to discharge).

Bagaimana pun Khairuddin dan Chang menolak penarikan balik pertuduhan tersebut sebaliknya menuntut agar mereka juga dibebaskan.

Peguam mereka, Mohamed Haniff Khatri Abdulla,memohon agar mereka dibebaskan atas alasan pelepasan tanpa pembebasan membolehkan pihak pendakwa menuduh mereka semula.

Ini adalah kemenangan kedua bagi Khairuddin dan Chang. Terdahulu daripada itu, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan memerintahkan bahawa mereka tidak boleh dituduh di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Pada 18 November lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan mereka diikat jamin selepas memutuskan bahawa tuduhan yang dihadapi kedua-dua mereka bukan kesalahan keselamatan dan dengan itu tidak tertakluk di bawah Sosma.

Chang pada asalnya peguam Khairuddin dalam perangnya mendedah dan mencari keadilan berkaitan skandal penipuan 1MDB.

Tetapi kedua-dua mereka ditangkap dan dipenjarakan di bawah Sosma setelah membuat aduan di lima tempat di mana jenayah 1MDB disyakki dilakukan di antara 28 Jun dengan 26 Ogos tahun lalu.

Lokasi itu ialah pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat Polis Cantoment, Singapura.

Mereka berdepan dengan kemungkinan dipenjarakan sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan.

Kegigihan, kebaranian dan pengorbanan mereka serta peguam mereka adalah bukti bahawa bukan semua rakyat jelata Malaysia boleh diancam dan ditakut-takutkan dan kita masih boleh mengharapkan kehakiman untuk melakukan keadilan serta membuat tafsiran kepada undang-undang yang dibuat oleh Parlimen.

Wallahuaklam.

5 comments:

Aku said...
Kadiag, salaam,

ALHAMDULILLAH banyak2 dan terima kasih ataih 'coretan' hang pasai pendakwa depa gugog tuduhan 'sabotaj' ataih mantan seken boss United Malays Batu Kawan dan Matthias Chang, peguam dia. Sikit sebanyak gelap yg jenuh dok selubung Malaya tesingkap jugak. Orang kata, selepaih gelap gelemait yg begitu lama, fajar kali ini, Insya'Allah, cukop shahdu. Mai la setiap rakyat Malaya dgn petolongan Allah S.W.T. jaga kemanihsan ni dgn sunggoh behati hati supaya tak di noda tak di nista, Hak dia dok kata 'otak udang' selama ni, harapnya sedag la jugak dan jgn ambik hati sangat dan sama2 kita sambut bulan taqwa.
Kebenaran tetap akan menang dan kebatilan akan lenyap. AllahuAkbar.
Aku
sukasamasuka said...
Datuk,

"...bukan semua rakyat jelata Malaysia boleh diancam dan ditakut-takutkan dan kita masih boleh mengharapkan kehakiman untuk melakukan keadilan serta membuat tafsiran kepada undang-undang yang dibuat oleh Parlimen."

1. I beg to differ, Datuk.

2. Rakyat jelata macam kami sentiasa di ancam dengan bermacam macam cara olih penyokong2 dan pembesar2 UMNO setiap hari.

3. Banyak yang jadi mata-mata gelap disana sini mengawasi perbualan rakyat jelata terutama sekali di Watsup group.

4. UMNO ada kuasa tetapi hidup dalam ketakutan...serupa macam zaman Jepun dulu, dimana ada Melayu haramzadah yang jadi barua dan tali barut Kimpatei...ramai yang mati kena potong kepala olih askar Jepun termasuk ahli keluarga sebab barua2 haramzadah itu mau ambil kebun, tanah dan kontrak...tidak ubah macam sekarang ini la.

5. Rakyat jelata hidup dalam ketakutan, Datuk...cakap kena berbisik2...pandang belakang...mana la tau...ini la peninggalan UMNO selepas 71 tahun!
Trengkas Usang said...
To be honest, Zaid's take on Pakatan's PM candidate actually makes sense. The country's elections ever since the independence almost always decided by the voters living in rural areas together with the Felda settlers. The only way to make them sway towards Pakatan Harapam is to nominate Mahathir as their candidate for prime minister post. I'm afraid there's no other way.

Pakatan have to be strategic in their thinking. At the moment they are too idealistic. The country's real-politic don't work that way. If you're refusing to acknowledging this reality, you're forever doomed. Please do not let your egos and prides clouded your judgments. Please get real otherwise you're forever being in the opposition.

Not being able to this fact will make them blind of what need to be done in order to defeat Umno BN and form the government. What's actually on Pakatan's mind when they trying to propose Wan Azizah as top choice? Let's be honest she does not quite have it. She's too lighweight. She is not like her husband. She doesn't the touch, the charisma to sway the hearts and minds of the Malays voters. Especialy those in the rural areas. Mahathir has that.

In short she doesn't have enough clout to move the 'Malay's mountain'. To do that you gonna need someone of great stature. Someone massive, a heavyweight whose able to land mighty punches to the target. That someone is no other than Mahathir. Even Muhyiddin and Mukhriz will not make the cut. They won't be able to sway the Malay voters let alone Wan Azizah or Azmin or even Mat Sabu. In order to capture Putrajaya Pakatan needs Mahathir magic.

Without him there's no way Umno can be defeated. Love him or hate him, there's no other way. If Pakatan doesn't trust him, at the moment, he is indispensable to the opposition. He's highly instrumental to energize the Malays' psyche towards massive and all around change of heart. The biggest change in their lives. Without Mahathir's presence they will not budge.

Pakatan don't have much time left. They have to be quick. To come out with their PM's candidate. They can't afford to waste any more time. The clock is ticking. They need to start now. Malays' core sentiment are not easy to stir. It takes time. The sooner you start, you will stand a better chance. Just name Mahathir as your candidate.
That's all.

If you choose Mahathir, Malays votes in rural areas and the Felda settlers are already in the bag. The rest are just an icing on the cake.
Zed-85 said...
Sallam Dato’

Kalau setakat buat report polis di negara luar, apa salahnya?

Kalau ikut SOSMA, tidak dapat disabitkan kesalahan.

Persoalannya, bagaimana dengan ISA?

Sekarang ini ISA tidak ada lagi, tapi ada yang mahu dikembalikan semula.

Kalaulah ada ISA, bolehkah mereka ini ditahan di bawah akta itu?

Kita lantik ahli parlimen untuk membuat undang-udang, tapi adakah undang-undang itu memberikan manfaat kepada rakyat atau disebaliknya.

Apa pun saya setuju dengan DAKJ, apa yang dibuat oleh kedua orang itu ada keberanian.
Anonymous said...
Setuju dgn trengkas usang..kl Tun diwar2kan sbg bakal PM byk kelebihan bg Pakatan..untuk pakatan menang Tun must come back walaupun utk 6 bln atau setahun utk prbetulka kesilapan dia dlm memilih pengganti..semoga ngara ini diberkati dn dijauhi musibah..

No comments: