PENGAKUAN BERANI STU
SELAMAT TINGGAL UMNO (STU)
Saya merupakan ahli, penyokong & jentera tegar UMNO sehingga kan saya pernah menjawat jawatan diperingkat DUN sebagai Setiausaha DUN dan Setiausaha Pilihanraya 13 DUN. Sekarang saya hanya SU Pemuda Cawangan Kuala Ibai.
Namun ini semua berubah kira-kira 2 tahun yang lalu bila skandal 1MDB mula mendapat liputan.
Pada awalnya, saya masih menyokong dan mempertahankan penubuhan syarikat 1MDB dan menganggap semua laporan negatif terutamanya drp Sarawak Report, WSJ dan sumber sumber yang lain hanyalah tohmahan yang berniat jahat dan memburukkan imej YAB DS Najib Razak.
Tetapi satu demi satu fakta dan jawaban balas yang dikeluarkan kerajaan serta jurucakap serta kenyataan yg dibuat oleh beberapa Menteri dan agensi berkenaan serta dari YAB DS Najib sendiri mengenai syarikat itu mula saya ragui, sehinggalah beberapa siri pemecatan yg semuanya sudah anda semua sedia maklum termasuk terkini tindakan bersara awal oleh Pegawai Kanan SPRM.
Isunya dan hujah saya adalah:
Pertamanya adalah pinjaman wang yg banyak yang dilakukan dengan begitu cepat sekali.
Dana drp pinjaman ini digunakan untuk membeli janakuasa yang hasilannya ganjil tidak boleh membiayai kos hutang.
Walhal adalah asas mana-mana perniagaan, pendapatan mestilah melebihi kos hutang.
Beban hutang kemudiannya menjadi terlampau tinggi sehingga mencapai angka RM42 billion ( skrg mencecah RM52 ++ disamping kadar bunga yag melampau tinggi) dalam masa yang begitu singkat.
Untuk membayar hutang ini, aset yg berbentuk 2 plot tanah terpaksa dijual dengan harga yg begitu murah kepada 1MDB.
Nasib baik 1MDB gagal untuk membuat penyenaraian di dalam Busar Saham Malaysia, kalau ia berjaya maka orang ramai dan instituisi yg melabur akan menanggung hutang tersebut.
Kemuncak pembohongan ini adalah pendedahan WSJ yg disokong DOJ dimana wang 1MDB disonglap untuk membeli berbagai jenis kemewahan yang melampaui batas di Amerika Syarikat seperti rumah-rumah mewah, jet peribadi, berjudi, lukisan mewah dan berbagai lagi termasuk derma jutaan ringgit untuk mengabui mata orang ramai. Salah seorangnya merupakan ahli keluarga PM sendiri.
Dokumen 137 mukasurat DOJ itu meneliti bagaimana duit dialihkan sebaik sahaja pinjaman besar dibuat 1MDB.
RM2.6 billion yang pada awalnya dinafikan PM juga akhirnya dibuktikan benar.
Rakyat dihidang berbagai-bagai cerita dongeng mengenai wang ini.
Dari derma seorang kerabat, menjadi beberapa orang, wang derma ahli UMNO, wang melawan IS hingga ke dana melawan DAP.
Jika itu tidak mencukupi, pendedahan WSJ mengenai perbelanjaan RM24 juta oleh isteri PM yang tidak langsung dibantahnya.
Kini hutang 1MDB sudah menjadi RM52 billion.
Faedah bank sahaja melebihi RM3 billion ringgit setahun atau RM8 juta sehari.
Ditambah dengan pelbagai isu, skandal seperti FELDA dan pelbagai dasar serta tindakan yang amat tidak menguntungkan negara, bangsa dan agama. Ini tidak lagi boleh diterima dimasa rakyat disuruh mengikat perut dan menyokong kerajaan. Ditipu dan dalam masa yang sama harta rakyat dirampas sewenangnya.
Hari ini tibalah masanya saya berbuat sesuatu dan melakukan perkara yang sepatutnya.
Parti UMNO pada asalnya parti keramat yg memperjuangkan kemerdekaan dan negara. Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang membuatkan UMNO menjadi parti keramat. Ia bukan lagi parti keramat. Ianya bukan lagi wadah membela nasib bangsa dan agama, kerana manusia yang membentuk parti dan nafsu telah memusnahkan intergriti parti UMNO.
Cantik dan buruknya parti bukan bergantung kepada nama UMNO tetapi orang di dalamnya iaitu Pimpinan Parti UMNO.
Apabila orang di dalamnya gagal dan menyeleweng dari tujuan asal parti dan mula mempertahankan seorang pemimpin yang tidak lagi boleh dipertahankan maka ia bukan lagi parti keramat. Bila kita bertanya dan menyoal kita di tuduh pengkhianat parti dan melayu, itu saya tidak boleh terima.
Maka dengan ini saya
NO AHLI UMNO : 04804584
CAWANGAN : KUALA IBAI
DUN : BATU BURUK
BAHAGIAN : KUALA TERENGGANU
Dengan lafaz Bismillah, atas dasar kebenaran dan kesedaran membuat pengistiharan keluar dari Parti UMNO dan secara rasmi menjadi Ahli Parti Pertubuhan Pribumi BERSATU Malaysia.
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
#STU
#PPBMMALAYSIA
#PPBMTERENGGANU
#PPBMKUALATERENGGANU
No comments:
Post a Comment