NUFFNANG

Thursday, 6 October 2016

[iye ke ni? nak tahu mana...] ...Datang dari mana nama Mohd Najib

Datang dari mana nama Mohd Najib



Ada seorang komen.. dia tidak mahu keturunannya menamakan anak nama Mohd Najib.. maknanya marah sungguh. Saya beri komen balas dan itu fakta bukan saya adakan bahawa Najib Razak ini dinamakan Mohd Najib mengikut sejarah dan penceritaan Tun Razak Hussein sendiri. Nama itu diambil dari nama seorang Jenderal Mesir yang menggulingkan King Farouk.. namanya General Mohd Najib. Kepada saya, saya tidak hairan dengan Tun Razak Hussein menamakan anaknya nama Mohd Najib.. sebab mungkin Tun Razak Hussein yang juga sosialis tidak berminat dengan Raja yang berpoya.


Anihnya sekarang.. Mohd Najib Razak yang hendak sangat jadi PM. Tidak langsung menunjukan sokongan kepada Abdullah Ahmad Badawi masa diminta meletakan jawatan.. Ini memberi erti beliau juga terlibat menjatuhkan atau kudetakan Abdullah Ahmad Badawi.. sekuranganya Abdullah Ahmad Badawi tidak gelojuh bila Dr Mahathir Mohamad umumkan hendak letak jawatan. Ada juga tawar menawar tarikh dan tempoh meletakan jawatan.


Agaknya jika Tun Razak Hussein jika tahu kesudahan Jenderal Mohd Najib di Mesir itu, dia tidak namakan anak dia nama Mohd Najib, sebabnya salepas itu Jenderal digulingkan atau di kudeta oleh Jenderal Gamal Abd Nasir.


Sekarang anaknya Mohd Najib tidak digulingkan oleh orang kanannya. Walau pun semua orang tahu cerita secara mulut ke mulut bahawa Ahmad Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussein berkecil hati dan telah tidak diambil kisah apa nak jadi dengan Najib Razak kerana masalah parti dan kerajaan kedua mereka bukanlah orang yang diminta oleh Najib Razak nasihat dan pandangannya, Itu sebab adanya khabar angin Ahmad Zahid Hamidi hendak dibuang sebagai TPM.. mungkin dia nak letak Abd Rahman Dahlan. 


Sebaliknya Najib Razak cukup percaya dengan pemikiran para penasihatnya yang terdiri bukan orang parti dan setengah ada berkerja di PMO. Khabarnya sekarang saya tidak pun tidak tahu.. bukan saya yang kata.. tetapi ada cerita.. kononnya ada bomoh yang keluar masuk kerumahnya. Jika ya, yalah.. jika tidak, tidaklah tetapi itu berbualan mulut ke mulut.


Maka kesimpulannya. terserah kepada orang kepercayaan dan juga para trooper cyberwarrior dalam MyKmu@mykemut dan juga JASA pemikir untuk menyerang saya atau menjawab persoalan yang terbeban kepada Najib Razak.


Saya menulis.. saya nak tengok sejauh mana hebatnya MyKmu dan para laskar dedaknya boleh mempertahankan Najib Razak dan bagaimana saya menyerang Najib Razak secara solo. Saya akan perang sampai siapa yang tersungkur.


Sang Kelembai: Akhirnya saya ulangkan sekali kata saya.. Najib Razak bau badan Tun Razak pun tidak ada.. fikirkanlah..



No comments: