NUFFNANG

Tuesday, 25 October 2016

[panasss dan gempaq!...] ... GANDINGAN RAZALEIGH - MUSA - MALAYSIA BOLEH CAPAI NEGARA MAJU SEAWAL 2000...

 

Bayangkan sekiranya regu Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah mentadbir negara dari 1988 dan jika Tun Dr Mahathir Muhamad, kalah dalam pemilihan UMNO 1967.

Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ‘Presiden UMNO’ akan menjadi Perdana Menteri sementara Musa Hitam yang menewaskan Tun Ghafar Baba,  menjadi ‘Timbalan Perdana Menteri’.

Kedua-duanya adalah regu mantap yang akan membolehkan Malaysia mencapai status negara maju lebih cepat daripada Wawasan 2020.

Malaysia mungkin capai status negara maju pada tahun 2000 atau lebih awal.

Namun sayang sekali kita terlepas peluang itu (apabila Dr Mahathir terus menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum menyerahkannya kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi).

“It is a pity. If I had been defeated by T.R., we would be able to see the close friendly relation between T.R. and Musa in the Government. The country would probably become fully developed by 2000 or earlier. We missed a great opportunity.”

Itu bukan saya kata. Dr Mahathir yang kata melalui catatanya melalui blognya chedet.ccsemalam.


Dr Mahathir secara sinis menggambarkan betapa kedua-dua boleh menjadi regu yang baik kerana mereka memang pasangan cocok  yang akan dapat bekerjasama dan saling ‘sayang-meyayangi’.

Sindiran Dr Mahathir itu dibuat pada ketika beliau menyiarkan dua surat bekas timbalannya, untuk menepis pandangan Musa yang mendakwa beliau  meletak jawatan daripada Kabinet Dr Mahathir selepas Perdana Menteri itu membuat tuduhan beliau cuba menyingkirkan Dr Mahathir.

Musa sebelum ini menyatakan perkara itu dalam memoirnya bertajuk  'Frankly Speaking'.

Melalui pendedahan ini, Dr Mahathir memberitahu apa sebenarnya berlaku dengan Musa – perletakan jawatannya kononnya kerana ketidak-kepercayaan Perdana Menteri atau kerana sebab beliau sendiri yang minta berhenti.

Dr Mahathir turut mengulas mengenai panggilan Hitler terhadapnya.


Dr Mahathir menyatakan hakikat sebenar melalui dua surat Musa yang dianggap rahsia selama ini.

Menurut Dr Mahathir, Musa meletakkan jawatan  kerana membantah tindakan Perdana Menteri ketika itu  yang menawarkan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu jawatan Menteri Perdangangan dan Industri pada susunan semula Kabinet 1984.

Untuk menilai sejauh mana ikhlas cerita Musa mengenai dirinya, Dr Mahathir menyiarkan dua surat Musa. “Bandingkanlah...”kata Dr Mahathir.

"Untuk melihat bagaimana berterus terangnya cerita Musa tentang dirinya, sila baca kedua-dua suratnya. Salinan asal sukar dibaca, jadi saya menulis semula kandungan. Anda boleh membuat perbandingan," katanya.

Surat asal tidak disiarkan sepenuhnya di blog itu tetapi Dr Mahathir melampirkan salinan apa yang ditulis Musa.



Dr Mahathir juga berkata dengan menyiarkan surat berkenaan beliau tidak dapat mengekalkan keinginan Musa untuk merahsiakan surat berkenaan kerana memoir bekas timbalannya itu membayangkan tiada apa yang ingin disembunyikan.

Surat pertama bertarikh 5 Julai 1984 memaparkan perkataan Top Secret (Rahsia Besar) di atasnya, manakala surat kedua bertarikh 31 Julai 1984.


Pada surat pertama Musa menyenaraikan sebab-sebab mengapa beliau membantah tindakan Dr Mahathir memberikan meletakkan kementerian perdaganan dan perindustrian kepada Tengku Razaleigh.

"Tetapi MTI (kementerian perdagangan dan perindustrian) akan memberi beliau akses secara langsung dengan pengundi Umno dalam cara paling meluas. Sila ingat beliau bukan anda, Hussein Onn, Tun Dr Ismail, Hamzah atau Tengku Din yang pernah menjadi menteri di situ. Sama seperti di (kementerian) Kewangan, beliau akan mempolitikkan kementerian bagi kepentingan peribadinya.


Tengku Razaleigh yang juga anggota parlimen Gua Musang berkhidmat sebagai menteri perdagangan dan perindustrian antara 1984 hingga 1987 manakala Musa adalah timbalan perdana menteri antara 18 Julai 1981 hingga 16 Mac 1986.

Pada 1987 Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir dalam pemilihan Umno untuk merebut jawatan presiden parti berkenaan. Dr Mahathir memenangi pemilihan itu namun ia membawa kepada perpecahan serta pengharaman Umno.


Hasil daripada perpecahan itu wujud Parti Semangat 46 sehingga membawa kemenangan kepada ganding PAS –S46 menewaskan Barisan Nasional di Kelantan.

Namun, enam tahun kemudian Tengku Razaleigh kembali ke pangkuan UMNO dan S46 dibubarkan.
  
Selain itu melalui blognya itu Dr Mahathir turut menjawab dakwaan bahawa beliau seorang diktator ketika menjadi perdana menteri keempat.

Seperti biasa melalui sindiran tajam, seperti yang sering dilakukannya beliau mengatakan ber setuju sepenuhnya dengan apa yang orang kata pada beliau.

“Sudah tentu saya jadi diktator selama 22 tahun, yang mahu orang lain setia secara mutlak pada saya.”

Menyifatkan ahli Majlis Tertinggi Umno dan Kabinet kononnya agak dungu dan hanya beliau seorang saja yang bercakap. “Mereka hanya angguk kepada dan kata ya,” sindirnya.

Dr Mahathir turut  membandingkan dirinya dengan diktator-diktator dunia seperti pemimpin Nazi Adolf Hitler, pemimpin fasis Itali Benito Mussolini dan pemimpin Kesatuan Soviet Joseph Stalin.
“Kebetulan saya hendak sebut bahawa semua diktator, Hitler, Mussolini dan Stalin, letak jawatan secara sukarela seperti saya.

“Misterinya bagaimana saya berjaya dipilih lima kali. Tetapi kini kita tahu bahawa perdana menteri yang dipilih juga boleh jadi diktator,” katanya.
Mahathir meletakkan jawatan pada 2003 dan memberi laluan kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau kemudian bertukar pendirian dan mengakui membuat pilihan salah.

Kemudian, Dr Mahathir lantang pula mempersoalkan pentadbiran perdana menteri sehingga sekarang, Datuk Seri Najib Razak.

Sumber - Malaysiakini, FMT & chedet,cc

[omg...] ... Rakyat can ikat perut, university graduates can become shoe shine boys


Prime Moron has been saying the dumbest things again. It is about that electronic engineer girl selling nasi lemak to survive.

  • Sunday October 23, 2016
  • Siti Nasi Lemak was mentioned by Najib in Budget  2017
  • Najib said Siti an example of graduate who took a big leap, with her education background in electronic engineering, to be a young entrepreneur.
  • Siti started two months after she completinjg her studies
  • there was not much planning that went into Nasi Lemak
  • Prior to this, I had never even made nasi lemak  

My comments :  Ya Allah Ya Rahman why is this moron so stupid?

You mean you sent a top student to Electronic Engineering school so that she can graduate with a degree in electronic engineering and then sell nasi lemak by the road side? 

I say mangkuk, then what is the purpose of the New Economic Policy? 

Then why bother to send them to university?

It costs hundreds of millions of Ringgit to build a university.  It costs about RM50,000 to train an engineer. Why does it cost so much? Because this is higher education, tertiary education, technology based education that will create high tech products and high income jobs in the economy.

You do not need any investment at all to create a nasi lemak seller. 

Why not just stop them from going to school? Or send the girls to school until Darjah 6 (Std 6).  You dont need a degree in engineering to sell nasi lemak.  

Belajar sampai Darjah Enam cukup lah.  After that send them into the streets to sell nasi lemak. Apa susah sangat. She can become an "entrepreneur" at 12 years old. 

In other countries they call them 'street vendors'.  Not entrepreneurs.  


Above and below : Thousands of "entrepreneurs" in Jakarta. 
Under moron's leadership, soon Malaysia will become like them. Hooray.
.


Siti herself says : 
  • there was not much planning that went into Nasi Lemak
  • Prior to this, I had never even made nasi lemak

You dont need any education to sell nasi lemak. Or prior experience.   What is the purpose of studying electronic engineering if you want to become a nasi lemak seller?

And if all the university graduates become nasi lemak sellers, then what happens to the makcik nasi lemak with a Std 6 education or Tingkatan 3 education who sells nasi lemak now?  

All the university educated nasi lemak "entrepreneurs" will put the makcik nasi lemak out of business. What will the makcik nasi lemak do then?

What about the hundreds of thousands of SPM leavers? What will they do to become 'entrepreneurs'? "Entrepreneur" cuci jamban ke?

That other stupid nut Nazri says a cheaper Ringgit is better for tourism. Maybe the medical graduates can become shoe shine "entrepreneurs" at the airports (since there are NO MORE slots for Housemen at gomen hospitals). 

When the Ringgit  falls further to RM5.00 : US$1,  unemployed doctors can earn "gaji besar" becoming shoe shine boys at the KLIA.  How about that? Nazri will agree with that.

If the stupid gomen fails to create enough employment for doctors, why not doctors become shoe shine "entrepreneurs".     (Nasi lemak shall be reserved exclusively for electronic engineers ok).



Shoeshine "entrepreneurs" - top graduates of top universities?



Pesta konvo - future nasi lemak sellers, shoe shine boys


Prime Moron 1 or PMO1 says it  is an "ikat perut" Budget.  The alternative media has gone to town with this 'ikat perut" thingy.





First here are some graphics and images:


Above Someone sent me this cartoon drawing.  The menteri character is eating like a pig. The people character gets to chew on bones. Dalam kartun ini watak menteri makan macam babi. Marhaen pula makan tulang.

Below here is another picture. This is a real picture. Not a cartoon. What do you think folks? Do you see human beings in this picture? Or do you see khinz*r?


  

[soalan panass kepada ex-boss menteri kewangan...]...HUSNI BANGUN JALANKAN LEPAS TANGGUNGJAWAB. GILIRAN NAJIB JAWAB SKANDAL

HUSNI BANGUN JALANKAN LEPAS TANGGUNGJAWAB. GILIRAN NAJIB JAWAB SKANDAL



Islam menyuruh kita supaya berusaha mencegah kemungkaran sedaya upaya kita. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda:

من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده ، فإن لم يستطيع فبلسانه ، فإن لم يستطيع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان

“Sesiapa yang melihat di kalangan kamu satu kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan lidahnya, kemudian sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”


MULAI hari ini Husni Hanadzlah boleh tidur lena.


Kini Husni boleh merasa lega. Petang tadi Husni, bekas Menteri Kewangan keII, menjalankan tanggungjawab beliau sebagai umat Muhammad di Parlimen.

Beliau hari ini melaksanakan tanggungjawab beliau kepada Allah SWT, kepada rakyat dan negara. Hari ini dengan LIDAHnya, Husni bangun di Parlimen menegah KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh Najib Razak dan kerajaan yang ditadbir beliau.

Maka lepaslah tanggungjawab Husni.

Kini tanggungjawab dan giliran NAJIB menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Husni. Jawablah dengan jujur dan bertanggungjawab.


Yakinlah, selepas PENDEDAHAN yang dibuat hari ini, Husni pasti di"BURU".

Itulah NASIB mereka-mereka yang menegakkan kebenaran. 

Lihatlah apa yang berlaku kepada Muhyiddin Yassin. Selepas diPECAT, dan apabila Muhyiddin bangkit menegakkan kebenaran, pelbagai cemuhan dan fitnah dilemparkan terhadap beliau - dituduh rasuah dan dituduh berzina.

Begitu juga Shafie Apdal. Di pecat dan apabila beliau bangun menegakkan kebenaran, beliau dituduh rasuah, cerita  perempuan simpanan dan sebagainya dikeluarkan.

Semasa di dalam Umno, Muhyiddin dan Shafie dicium tangan mereka, tiada skandal.

Apabila bangun menentang Najib, segala tohmahan dibuat. Inilah era Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Yakinlah, nasib yang sama akan menimpa Husni selepas episod di Parlimen petang tadi.


SOALAN HUSNI ialah:

1 - Mengapa kita tubuhkan 1MDB ?

2 - Mengapa kita letak lebihkurang USD4 bilion @ RM16 bilion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC ? Sebuah syarikat yang dimiliki oleh 2 anak raja yang didaftar di British Virgin Islands

3 - Mengapa tindakan undang2 tidak diambil ke atas pengurusan 1MDB ... kerana masukkan duit di tempat yang tidak betul ?

4 - Mengapa tidak ambil tindakan kepada 2 anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut ?

5 - Apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebihkurang USD1 bil yang sepatutnya matang pada tahun lalu ... tetapi tidak tahu kisahnya ?

6 - Apa terjadi dengan Binding Term Sheet dengan IPIC ? Mengapa 1MDB tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC membuat saman melalui arbitration sebanyak USD6.5 bil bersamaan dengan RM26 bilion ?

7 -Apa jadi kepada penjualan Bandar Malaysia ? Kita jual 60% kpada syarikat daripada negara China yang mempunyai minoriti shareholding daripada 2 syarikat daripada Malaysia ?

Saya kerja bank dulu. Bila kita jual ekuiti, tambah2 60%, barangnya mesti diambil sekarang. Mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022 ? Ia meletakkan risiko kepada 1MDB. Risiko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu tahun 2022 pembayaran akan dibuat ?

8 - Switzerland akan mengambil tindakan undang2. Begitu juga dengan British. Di Singapura 2 bank telah tutup. Apa akan jadi kepada negara kita ?


9. SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

“Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

“Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?”.



(sumber: Din Turtle ---- http://dinturtleoriginal.blogspot.my/2016/10/panazzz-bom-dari-husni-di-parlimen-1mdb.html)

[gempaq dan panasss!...] ... GANDINGAN RAZALEIGH - MUSA - MALAYSIA BOLEH CAPAI NEGARA MAJU SEAWAL 2000...

GANDINGAN RAZALEIGH - MUSA - MALAYSIA BOLEH CAPAI NEGARA MAJU SEAWAL 2000...

 

Bayangkan sekiranya regu Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah mentadbir negara dari 1988 dan jika Tun Dr Mahathir Muhamad, kalah dalam pemilihan UMNO 1967.

Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ‘Presiden UMNO’ akan menjadi Perdana Menteri sementara Musa Hitam yang menewaskan Tun Ghafar Baba,  menjadi ‘Timbalan Perdana Menteri’.

Kedua-duanya adalah regu mantap yang akan membolehkan Malaysia mencapai status negara maju lebih cepat daripada Wawasan 2020.

Malaysia mungkin capai status negara maju pada tahun 2000 atau lebih awal.

Namun sayang sekali kita terlepas peluang itu (apabila Dr Mahathir terus menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum menyerahkannya kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi).

“It is a pity. If I had been defeated by T.R., we would be able to see the close friendly relation between T.R. and Musa in the Government. The country would probably become fully developed by 2000 or earlier. We missed a great opportunity.”

Itu bukan saya kata. Dr Mahathir yang kata melalui catatanya melalui blognya chedet.ccsemalam.


Dr Mahathir secara sinis menggambarkan betapa kedua-dua boleh menjadi regu yang baik kerana mereka memang pasangan cocok  yang akan dapat bekerjasama dan saling ‘sayang-meyayangi’.

Sindiran Dr Mahathir itu dibuat pada ketika beliau menyiarkan dua surat bekas timbalannya, untuk menepis pandangan Musa yang mendakwa beliau  meletak jawatan daripada Kabinet Dr Mahathir selepas Perdana Menteri itu membuat tuduhan beliau cuba menyingkirkan Dr Mahathir.

Musa sebelum ini menyatakan perkara itu dalam memoirnya bertajuk  'Frankly Speaking'.

Melalui pendedahan ini, Dr Mahathir memberitahu apa sebenarnya berlaku dengan Musa – perletakan jawatannya kononnya kerana ketidak-kepercayaan Perdana Menteri atau kerana sebab beliau sendiri yang minta berhenti.

Dr Mahathir turut mengulas mengenai panggilan Hitler terhadapnya.


Dr Mahathir menyatakan hakikat sebenar melalui dua surat Musa yang dianggap rahsia selama ini.

Menurut Dr Mahathir, Musa meletakkan jawatan  kerana membantah tindakan Perdana Menteri ketika itu  yang menawarkan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu jawatan Menteri Perdangangan dan Industri pada susunan semula Kabinet 1984.

Untuk menilai sejauh mana ikhlas cerita Musa mengenai dirinya, Dr Mahathir menyiarkan dua surat Musa. “Bandingkanlah...”kata Dr Mahathir.

"Untuk melihat bagaimana berterus terangnya cerita Musa tentang dirinya, sila baca kedua-dua suratnya. Salinan asal sukar dibaca, jadi saya menulis semula kandungan. Anda boleh membuat perbandingan," katanya.

Surat asal tidak disiarkan sepenuhnya di blog itu tetapi Dr Mahathir melampirkan salinan apa yang ditulis Musa.



Dr Mahathir juga berkata dengan menyiarkan surat berkenaan beliau tidak dapat mengekalkan keinginan Musa untuk merahsiakan surat berkenaan kerana memoir bekas timbalannya itu membayangkan tiada apa yang ingin disembunyikan.

Surat pertama bertarikh 5 Julai 1984 memaparkan perkataan Top Secret (Rahsia Besar) di atasnya, manakala surat kedua bertarikh 31 Julai 1984.


Pada surat pertama Musa menyenaraikan sebab-sebab mengapa beliau membantah tindakan Dr Mahathir memberikan meletakkan kementerian perdaganan dan perindustrian kepada Tengku Razaleigh.

"Tetapi MTI (kementerian perdagangan dan perindustrian) akan memberi beliau akses secara langsung dengan pengundi Umno dalam cara paling meluas. Sila ingat beliau bukan anda, Hussein Onn, Tun Dr Ismail, Hamzah atau Tengku Din yang pernah menjadi menteri di situ. Sama seperti di (kementerian) Kewangan, beliau akan mempolitikkan kementerian bagi kepentingan peribadinya.


Tengku Razaleigh yang juga anggota parlimen Gua Musang berkhidmat sebagai menteri perdagangan dan perindustrian antara 1984 hingga 1987 manakala Musa adalah timbalan perdana menteri antara 18 Julai 1981 hingga 16 Mac 1986.

Pada 1987 Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir dalam pemilihan Umno untuk merebut jawatan presiden parti berkenaan. Dr Mahathir memenangi pemilihan itu namun ia membawa kepada perpecahan serta pengharaman Umno.


Hasil daripada perpecahan itu wujud Parti Semangat 46 sehingga membawa kemenangan kepada ganding PAS –S46 menewaskan Barisan Nasional di Kelantan.

Namun, enam tahun kemudian Tengku Razaleigh kembali ke pangkuan UMNO dan S46 dibubarkan.
  
Selain itu melalui blognya itu Dr Mahathir turut menjawab dakwaan bahawa beliau seorang diktator ketika menjadi perdana menteri keempat.


Seperti biasa melalui sindiran tajam, seperti yang sering dilakukannya beliau mengatakan ber setuju sepenuhnya dengan apa yang orang kata pada beliau.

“Sudah tentu saya jadi diktator selama 22 tahun, yang mahu orang lain setia secara mutlak pada saya.”

“Misterinya bagaimana saya berjaya dipilih lima kali. Tetapi kini kita tahu bahawa perdana menteri yang dipilih juga boleh jadi diktator,” katanya.
Mahathir meletakkan jawatan pada 2003 dan memberi laluan kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau kemudian bertukar pendirian dan mengakui membuat pilihan salah.
Kemudian, Dr Mahathir lantang pula mempersoalkan pentadbiran perdana menteri sehingga sekarang, Datuk Seri Najib Razak.
Menyifatkan ahli Majlis Tertinggi Umno dan Kabinet kononnya agak dungu dan hanya beliau seorang saja yang bercakap. “Mereka hanya angguk kepada dan kata ya,” sindirnya.

Dr Mahathir turut  membandingkan dirinya dengan diktator-diktator dunia seperti pemimpin Nazi Adolf Hitler, pemimpin fasis Itali Benito Mussolini dan pemimpin Kesatuan Soviet Joseph Stalin.
“Kebetulan saya hendak sebut bahawa semua diktator, Hitler, Mussolini dan Stalin, letak jawatan secara sukarela seperti saya.

Sumber - Malaysiakini, FMT & chedet,cc

Saturday, 22 October 2016

[ must see...]...Tun Mahathir ( Tun M) Bicara Negarawan- Kompilasi meLAWAK


[ must see...]...Tun Mahathir ( Tun M) Bicara Negarawan- Kompilasi meLAWAK


Click here 

or below 
https://m.youtube.com/watch?v=i9RtuyvDjG0

Thursday, 20 October 2016

[panasss berapi...] ... Menteri Besar Negeri Sembilan Bakal Di Pecat ? - Oleh Ahli UMNO Negeri Sembilan

Menteri Besar Negeri Sembilan Bakal Di Pecat ? - Oleh Ahli UMNO Negeri Sembilan

Saya ahli UMNO dari Negeri Sembilan dan hingga sekarang masih taat setia kepada UMNO.  Tetapi taat setia tidak bermakna taat setia kepada pemimpin terutama jika pemimpin menjadi masaalah dan dituduh sebagai seorang “pencuri”.  

Kami dengar MB kami akan dipecat.  Sepatutnya dipecat bersama-sama MB Terengganu, Pahang dan Perak.  Tetapi setelah MB Terengganu dipecat dan timbul masalah, niat memecat yang lain terpaksa ditangguh.

Bila saya menyoal ketua-ketua UMNO, mereka sendiri tidak ada jawapan tentang 1MDB.  Sebaliknya rakyat lebih tahu tentang 1MDB dan benar-benar tahu tentang 1MDB.  Kami ahli-ahli UMNO diberitahu jangan sesekali menyoal tentang 1MDB.  Kalau kami tidak diberitahu perkara sebenar, bagaimana kami hendak menjawab soalan-soalan yg dibangkitkan oleh rakyat?  

Pemimpin dan kerajaan jangan ingat kerana kami diarah berdiam diri, ini bermakna soal 1MDB akan dilupai rakyat.  Kami ahli-ahli biasa UMNO yang berdepan rakyat dan menjawab semua soalan yg dikemukakan oleh rakyat.  Pemimpin di Kuala Lumpur boleh duduk di dalam bilik berhawa dingin dan hidup selesa.  

Yang ada masaalah ialah rakyat.  Mereka terpaksa menghadapi harga barang-barang keperluan yang meningkat semakin tinggi dan soal GST yang Ahmad Mazlan beritahu akan menurunkan harga.  Sekarang harga minyak makan pula naik.  

Kami dibawah berharap ketua-ketua kami, pak-pak Menteri akan turun ke padang berjumpa kami kerana kami ada banyak perkara yang kami mahukan jawapan.  Kami mahu tahu apa jadi kepada janji-janji dalam menifesto BN.  Mengapa kangkung pun naik harga?  Mengapa kami diminta tukar cara hidup kami tetapi pak-pak menteri tidak tunjuk tanda-tanda mereka sedia berkorban untuk negara.  Mereka masih bercuti di luar negara tetapi kami diminta berkorban padahal ada yang membeli bag tangan harga beratus ribu ringgit dan ada yg masih terbang ke sana sini seperti negara tidak ada masaalah padahal hutang negara, saya baca begitu tinggi.  

Hutang rumah tangga juga tinggi.  Bukankah lebih baik kalau pak menteri yg terlibat dengan ekonomi, bersidang dan cari jalan untuk keluar dari ekonomi negara yg begitu teruk.  Rakyat tidak percaya menteri kewangan kata ini masaalah luaran.  Kita masih ada penumbuhan.  Apa guna penumbuhan kalau rayaat tidak dapat faedah apa-apa?  

Yang penting ialah rakyat dan apabila rakyat gelisah, ini bermakna mereka tidak berpuashati dengan kerajaan dan dasar-dasarnya.  Rayaat tak mampu membeli rumah kerana harga terlalu tinggi.  

PRIMA ditubuhkan untuk membina rumah mampu rakyat dan tiap-tiap tahun lebih satu billion diperuntukan untuk tujuan ini tetapi ada berita yang mengatakan peruntukan diumumkan oleh menteri kewangan tapi tidak diberi.  ltulah sebabnya sehingga sekarang, belum ada sebuah rumah yang siap dibina oleh PRIMA.  Yg dijual adalah rumah-rumah dibeli dari pasaran.  

Sekarang anak-anak muda sukar ke universiti kerana peruntukan dipotong.  Hospital-hospital tidak ada ubat, peruntukan dipotong.  Harga ubat naik kerana kroni-kroni UMNO diberi agensi untuk menjual ubat.  Ubat yang berharga RM10 naik sehingga RM45.  lnikah kerajaan yang rakyat didahulukan?  

Banyak lagi masaalah yang rakyat bangkitkan yang kami dibawah tidak boleh menjawab.  Mereka ingin tahu mengapa tiba-tiba peguam negara ditamatkan perkhidmataannya.  Adakah kerana betul beliau sedia mendakwa PM?  Mengapa pegawai-pegawai lain juga ditamatkan perkhidmatan mereka?  Ada yang ditukar.

Rakyat ingin tahu kalau PM tidak salah, mengapa tindakan ini dibuat?  Kami tidak tahu bagaimana hendak menjawab.  Kita mahu jawab seperti Rahman Dahlan yang mengaku MO1 ialah PM Najib.  Sekarang rakyat tanya Rahman, sah MO1 ialah Najib, mengapa pak-pak menteri tidak menyoal PM tentang penglibatannya dalam 1MDB sehingga menjadi scandal kewangan terbesar di dunia?  

Suratkhabar-suratkhabar dunia dan televisyen-televisyen dunia membawa berita ini tetapi di Malaysia, berita ini tidak disebut.  Di parlimen, wakil-wakil rakyat BN tidak menyoal tentang 1MDB dan apabila pembangkang menyoal, perkara ini diletak dibawah supaya tidak ada masa untuk dijawab.  Kali ini ada alasan perkara ini sub-judis.  

Kita lihat speaker, dia berpihak kepada kerajaan, padahal demokrasi di negara maju, speaker mesti letak jawatan dari jadi ahli parti dan mesti bebas.  Parlimen bukan dibawah kerajaan.  Terlalu banyak perkara yang kami tidak dapat menjawab kepada rakyat.

Mereka sekarang marah dan tidak percaya kepada pemimpin dan kerajaan dan sukar untuk menjawab hujah-hujah mereka.  Kami tidak ada jawapan.   Peguam negara kata PM tidak bersalah tetapi di America, Switzerland dan Singapore, cerita berlainan pula.  1MDB menjadi cerita besar dan tindakan undang-undang diteruskan.  Takkanlah negara-negara ini berniat jahat kepada kita.  

Bagaimana duit RM2.6billion boleh masuk ke dalam akaun peribadi PM?  Belum pernah PM-PM sebelum ini ada duit sebegitu banyak.  Rakyat susah hendak percaya dengan penjelasan yang selalu bertukar-tukar.  Sebagai orang lslam, kita diajar untuk berterus-terang dan berdosa besar jika menipu.  Allah tahu semua.

Ahli UMNO Negeri Sembilan

[soalan mudah..jawapan? ...] ... SIAPA KENA ' IKAT PERUT', SIAPA PULA YANG KENYANG & BOROI?

SIAPA KENA ' IKAT PERUT', SIAPA PULA YANG KENYANG & BOROI?


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam menempelak Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidas Bajet 2017 sebagai tidak bermakna kerana kerajaan tidak mempunyai wang.

Mengulas tulisan Dr Mahathir di blognya, pemimpin UMNO itu yang sering menempelak Dr Mahathir dengan kenyataan pedasnya berkata seharusnya bekas Perdana Menteri itu mendiamkan dirinya daripada membuat dirinya kelihatan bodoh.

"Jika kerajaan tidak ada wang bagaimana kita mahu mentadbir negara tahun depan?" soal Nazri ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen, semalam.

"Tolong beritahu dia supaya diam. Lebih baik untuk beliau berdiam diri dan bagi orang ramai berfikir dia adalah bodoh daripada dia membuka mulut dan mengesahkan bahawa dia benar-benar bodoh," katanya.

Dengan mengatakan demikian, Nazri amat yakin bahawa kerajaan mempunyai wang yang cukup untuk dibelanjakan tahun hadapan ketika banyak pihak meragui kedudukan kewangan negara ini.

Malah, banyak pihak termasuk Perdana Menteri sendiri sudah bercakap mengenai ‘ikat perut’. Sama ada ia bertujuan untuk berjimat atau kerajaan memang kekurangan sumber kewangan untuk tahun hadapan tidaklah diketahui, apa lagi oleh rakyat biasa.

Semalam juga bekas rakan di New Straits Times (bertaraf Pengarang), Mustapha Kamil menulis di Facebooknya dengan mengatakan: “apabila dah nak tersepit begini barulah kita diberitahu supaya kita kenalah ikat perut sedangkan baru minggu lepas rasanya ada yang kata ekonomi kita ini kuat laksana Badang.”

Sungguh tak bertanggungjawab kenyataan itu, kata Mustapha.

Sebaliknya, “apabila ada badan penarafan antarabangsa kata ekonomi kita ini ok hasil dari kira-kira yang mereka jalankan dengan angka-angka yang tak siapa tahu kebenarannya, kita besar-besarkanlah dalam media.

Dan bila kita besar-besarkan itu kita mesti akan nyatakan bahawa penarafan oleh badan antarabangsa ini 'menunjukan pemerintah telah berjaya bla...bla...bla'.”

Beliau turut mengemukakan beberapa soalan:

1.    Anda sudah semakin biasa dengar orang merungut harga barang keperluan harian sekarang semakin mahal?

2.    Anda biasa dengar orang kata susah sekarang ini sebab projek tak ada? Atau jika ada pun pembayaran amat lambat?

3.    Atau adakah anda semakin biasa dengar siswazah menghadapi kesukaran untuk dapat perkerjaan dan jika dapat pun tak ada kena mengena dengan apa yang mereka pelajari?


Mustapha menegaskan,  anda tidak akan dengar semua ini di media perdana. Mereka tidak dibenarkan menyiarkan kegusaran rakyat ini. Bukan kerana apa, tapi takut sokongan politik akan menurun.

Kenyataan Mustapha ini dibuat pada ketika ada mengatakan  Bajet 2017 akan berteraskan kepada rakyat, dan 2017 dijangka untuk melaksanakan langkah berhemat yang lebih kukuh.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2017 di Parlimen Jumaat (21 Oktober ini).

Rakyat dan pemerhati politik tertanya-tanya sama ada ini adalah belanjawan pilihan raya memandangkan spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya mengejut semakin hampir.

Di kalangan rakyat pula, seperti biasa mereka akan menunggu buah, sama ada akan ranum dan gugur atau buah berkenaan terus memburuk di dahan – tidak akan gugur sama sekali.

Antara yang penting diberikan perhatian oleh kerajaan ialah kumpulan kategori M40 dan B40.

Apakah kerajaan mempunyai keberanian politik untuk menyediakan insentif untuk isi rumah kedua-dua kumpulan ini menangani kenaikan kos sara hidup.

Kategori M40 terdiri daripada kumpulan berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319 sebulan sementara kategori B40 merupakan kumpulan dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855.

Insentif oleh kerajaan itu mungkin perlu pada kitaran jangka pendek, berikutan penting untuk mempelajari daripada pelaksanaan insentif lalu untuk menentukan keberkesanan dan mengurangkan pembaziran.


Dalam konteks bajet kerajaan ini mungkin kita boleh merenung sejenak apa yang berlaku dua tahun lalu, iaitu pada 8 Oktober 2014, apabila Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan gaji Ahli Parlimen perlu dinaikkan kerana sering ‘ikat perut’.

Beliau menyatakan ‘perubahan’ gaji bagi 222 Ahli Parlimen wajar dilakukan ekoran perubahan ekonomi yang berlaku di negara. Ketika itu gaji bagi semua Ahli Parlimen adalah sebanyak RM6,500. Kali terakhir Ahli Parlimen menikmati kenaikan gaji ialah pada 2004 iaitu 11 tahun lalu.

Gaji Ahli Parlimen pada masa itu telah diguna pakai sejak 1 Januari 2004. Gaji bulanan mereka ialah RM6,500 tetapi mencecah kira-kira RM13,000 jika ditambah dengan gaji.

Kini, tidak lagi. Hanya mereka yang tahu berapa pendapatan mereka. Malah yang gemok dan boroi mungkin daripada kalangan Ahli Parlimen.

Rakyat pula semakin merasa kesempitan hidup yang tidak perlu dinyatakan apa sebabnya kerana ia ia adalah pengetahuan umum yang diperkatakan setiap hari.

Cuma kadangkala ada sesuatu yang aneh apabila elaun bekas tentera diterima lambat, tiada lagi bayaran lebihan masa bekerja di kalangan penjawat awam  atau pelajar matrikulasi lambat menerima elaun makan mereka.

Rakyat pula merungut semuanya naik, kecuali ‘hujan sahaja yang turun yang menyebabkan banjir kilat’.

Apa petandanya?

Dua hari lalu, kita diberitahu oleh Perdana Menteri bahawa masa ini ialah masa untuk 'ikat perut'.

Walapupun Datuk Seri Najib Abdul Razak merujuk ‘ikat perut’ itu sebagai  arahan agar  menteri bersedia menghadapi masa terkehadapan yang mencabar namun pastinya kesan akan menjunam terus kepada rakyat.

Jika peruntukan kementerian dan agensi dipotong lagi dan amalan  'mengikat perut' dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan kewangan kementerian masing-masing, pastinya banyak perkara yang merisaukan rakyat akan berlaku.

Sebagai bekas Perdana Menteri 22  tahun dan turut menjadi Menteri Kewangan, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bajet akan datang, pelan fiskal kewangan kelapan di bawah Najib sebagai tidak bermakna, memandangkan tabung kerajaan kini menghadapi kemarau kewangan.

Menurutnya, di atas kertas, tidak dinafikan sejumlah besar wang akan diperuntukkan kepada kementerian dan agensi-agensi kerajaan.

Parlimen pasti akan meluluskan bajet itu kerana ia adalah bajet yang dibentangkan oleh pihak kerajaan yang mempunyai majoriti di Parlimen.

Namun di pihak rakyat bagaimana?

"...rakyat tahu bahawa kerajaan tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan. Mereka tahu sejak dua tahun lalu, kementerian telah diberitahu bahawa tidak ada wang dan oleh itu mereka perlu membelanjakan kurang daripada apa yang diperuntukkan.

"Bajet itu sebenarnya tidak bermakna kerana kerajaan tahu ia tidak mempunyai wang," katanya dalam blog post pagi ini.

Berikutan itu, Dr Mahathir mendakwa kerajaan kekurangan dana kerana kewangan negara tidak digunakan untuk tadbir urus yang baik, pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Ini kerana wang yang ada sedang digunakan untuk memenangi populariti bagi perdana menteri sebaliknya. Dengan kata lain, kerajaan tidak membelanjakan wang untuk rakyat, tetapi sebaliknya, untuk meningkatkan populariti Najib.


Sejauh mana benar dakwaan Tun Dr Mahathir itu tidaklah dapat dipastikan namun, menurut laporan The Star Online  kelmarin (18 Oktober 2016), Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed telah bertemu dengan Perdana Menteri pada minggu lepas bagi membincangkan cadangan kementerian itu untuk mengukuhkan ekonomi.

"MITI meminta peruntukan tambahan. Kami memahami keadaan tetapi kami berharap agar dapat sokongan bagi pelaburan dan promosi perdagangan. Kami dimaklumkan bahawa keadaan adalah sukar tetapi adalah penting bagi kerajaan dan Perbendaharaan memutuskan apa yang menjadi keutamaan.

"Ada yang anda dapati terpaksa dilepaskan. Anda dapat sedikit, anda terlepas sedikit," beliau dipetik sebagai berkata.

Jika anda dapat sedikit dan terlepas sedikit tidak apa, berbaloi juga.

Tetapi apakah rakyat juga akan menikmati seperti sedemikian?

Seperti kata Mustapha (bukan Mustapa).“Ramai yang sudah lama tahu keadaan kita ini tak lah seperti yang digambarkan sebenarnya. Ramai yang bercakap melalui pengalaman mereka sendiri dimana kenyataan seperti kadar inflasi masih 2 % itu langsung tak ada maknanya pada mereka.

Mana mungkin semuanya ok? Dengan melihat rendahnya harga minyak dipasaran antarabangsa itu sahaja kita tahu yang wang kita tak sebanyak dulu lagi. Dengan munculnya berita-berita bahawa beberapa pembayaran terpaksa ditangguhkan itu menambah syak orangramai bahawa ada yang tak kena dengan keadaan kita ini.”

Oleh kerana amaran sudah  dikeluarkan rakyat pastinya keluh kesah dan berada dalam kerisauan?

Sebaliknya apakah “pemerintah mahu terus menunjukkan mereka kelihatan handal dan betul sentiasa”?
Apakah pertanyaan ini dirujukkan oleh Mustapha terhadap kenyataan yang ‘membela kerajaan’ seperti yang disebutkan oleh Nazri?
.
Apa yang nyata, Najib kini berdepan dengan ujian dan cabaran sebenar bahawa pada ketika beliau  menteri berjimat cermat dan "mengikat perut", perkara itu perlulah dibuktikan olehnya terlebih dahulu, termasuk Bajet 2017 untuk Jabatan Perdana Menteri.

Malah, jika Bajet 2017 adalah bajet pilihan raya, sudah pasti kerajaan perlu menunjukkan memang ia berkemampuan untuk menunjukkan kepada rakyat mengapa kerajaan Barisan Nasional perlu terus memerintah selepas pilihan raya umum akan datang.

Persoalannya, apakah perbelanjaan kurang penting umpamanya  ‘memberi makan’  kepada penasihat kerajaan yang entah apa-apa itu akan dinilai semula.

Perdana Menteri juga perlu jujur kepada dirinya sendiri dengan sedia untuk "mengikat perut" dengan melalui keutamaan peruntukan kepada rakyat ramai yang berdepan cabaran peningkatan kos sara hidup yang tinggi dan tekanan-tekanan seperti kenaikan harga barang dan pelaksanaan GST masih tidak dikawal dengan baik.

Bersediakan Perdana Menteri, menteri, pemimpin kerajaan serta mereka yang berpengaruh di kalangan masyarakat menunjukkan bahawa mereka serius dan istiqamah untuk sama-sama ‘mengikat perut’ bersama rakyat?


Atau hanya rakyat serta isi rumah mereka yang perlu ‘ikat perut’ tetapi pemimpin  kenyang dan boroi bersama keluarga.