NUFFNANG

Saturday 15 August 2015

[#najibiscrackingup] Tengku Razaleigh cadang singkir Najib melalui undi tidak percaya?

[#najibiscrackingup] Tengku Razaleigh cadang singkir Najib melalui undi tidak percaya?

ku li dan najib


KUALA LUMPUR: Undi tidak percaya hanya satu-satu cara yang sah untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, daripada jawatan yang disandangnya.
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan, ia tidak menjadi kesalahan kerana dibenarkan oleh Perlembagaan.
“Memang boleh, dan peraturan negara benarkan. Itu sahaja yang boleh dilakukan,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Bukit Jalil pada Sabtu.
Jelas bekas Naib Presiden UMNO itu, jika mahu menjatuhkan kerajaan, setiap gerakan haruslah mempunyai ‘tentera’ yang menggerakkan gerakan tersebut.
“Kalau nak guling, kena ada tentera, kalau orang biasa tidak boleh nak guling.
“Kalau Ahli Parlimen pula, kalau tidak cukup bilangan tidak boleh buat dan kalau nak lakukan, mesti dilakukan menerusi undi di Parlimen,” ujar beliau lagi.
Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh yang lebih mesra dipanggil Ku Li juga menyatakan usul undi tidak percaya ini merupakan perkara biasa yang berlaku di Parlimen.
“Ini perkara biasa, mana-mana pihak yang tidak senang hati boleh kemukakan usul. Kalau tidak ada halangan dan cukup ahli, mungkin berjaya,” jelasnya.
Mengulas dakwaan pembabitannya sebagai dalang Akuan Bersumpah untuk menjatuhkan Najib, beliau menyangkal tohmahan itu.
“I dont think so, mungkin ada, mungkin tidak ada. Tetapi pada saya itu adalah berita baru untuk saya,” katanya. – FMT
Source : mrm
kzso : misquote or out of context?  

No comments: