NUFFNANG

Wednesday 19 August 2015

Dr Mahathir: Saya minta ampun maaf pada semua, manalah saya tahu waktu pilih

Dr Mahathir: Saya minta ampun maaf pada semua, manalah saya tahu waktu pilih

mahathir-klcc

Bekas Perdana Menteri yang disegani dunia, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana memilih gagal memilih pengganti terbaik untuk menerajui negara. – Gambar ihsan Free Malaysia Today

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat, selama 22 tahun, hari ini memohon maaf atas pilihan penggantinya, dengan mengatakan beliau juga tidak menyangkanya sama sekali.

“Manalah saya tahu waktu pilih, Saya minta ampun, minta maaflah pada semua,” katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian semasa menjawab soalan hadiri pada syarahan awam di Seri Iskandar, Perak, hari ini.

Beliau ditanya sama ada mempertimbangkan potensi kepimpinan penggantinya sebelum menyerahkan jawatan itu.

Soalan ini ditanya Ibrahim Aziz, bekas broker saham pada ceramah umum mengenai “Evolusi Sosial di Malaysia: Apa seterusnya?”

Semasa menjelaskan jawapannya, Dr Mahathir juga mengambil kesempatan mengkritik pengganti selepasnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak, tanpa menyebut nama.

“Kita hanya mampu meneka, apabila seseorang yang dikenali sebagai ‘Mr Clean’, kita pilih lah, tetapi apabila dia memasuki arena, dia menjadi kotor.

“Jadi, saya cuba mencari pengganti yang lebih bersih. Siapa tahu, idea orang baru ini pula ‘cash is king’ (duit ialah raja) dan jika anda memberi orang wang, mereka akan sukakan anda.”

Dalam satu serangan yang agak berselindung terhadap Najib, Dr Mahathir berkata: “Tetapi dalam memberi wang kepada rakyat, kita mesti mempunyai wang. Jika tidak ada (wang), boleh jalankan perniagaan, tetapi tak bolehlah kalau kita sedang memegang jawatan (dalam kerajaan). Tetapi mencuri, boleh.”

Kata-kata beliau disambut ketawa dan tepukan kira-kira 4,000 pelajar, pensyarah dan orang ramai yang menghadiri ceramah itu.

Merujuk kepada syarikat sarat hutang milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dr Mahathir berkata sikap tidak acuh terhadap skandal ini akan membinasakan negara.

“Jika anda fikirkan yang RM40 juta hilang dan tidak ada apa-apa kerana ia bukan wang anda… jika inilah budayanya, maka negara ini akan menuju ke arah kehancuran.

“Jika anda fikir menerima wang itu OK, anda boleh terima apa salahnya… jika inilah sikap anda maka masyarakat anda akan menjadi masyarakat yang papa,” katanya kepada hadirin yang terdiri daripada mahasiswa, pensyarah dan orang awam lapor The Malaysian Insider.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta menerima teguran dan nasihat yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebagai orang lama dalam politik dan pentadbiran negara, pandangannya terhadap pentadbiran sekarang dibuat berdasarkan pengalaman beliau.Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta menerima teguran dan nasihat yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebagai orang lama dalam politik dan pentadbiran negara, pandangannya terhadap pentadbiran sekarang dibuat berdasarkan pengalaman beliau. – Kelab Chedet

Source : mrm

No comments: