NUFFNANG

Saturday 15 August 2015

[#najibiscrackingup] Ku Li sahkan bertemu Dr Mahathir

[#najibiscrackingup] Ku Li sahkan bertemu Dr Mahathir

tengku razaleigh malaysianinsider


Pemimpin Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang menjemput beliau untuk bertemu. – Gambar TMI / Afif Abd Halim

Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengesahkan bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, selepas khabar angin tersebar kedua-dua pemimpin itu merancang untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menubuhkan kerajaan perpaduan.

Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, Dr Mahathir – pengkritik utama Najib dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjemputnya untuk bertemu.
“Baru-baru ini saya berjumpa Dr Mahathir, dia jemput saya. Saya jumpa semua orang,” katanya kepada pemberita di Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun Ku Li enggan mendedahkan butiran mesyuarat, mengatakan ianya urusan peribadi.
“Saya tak mahu campur banyak sangat. Kita mahu semuanya menjadi kembali tenang, situasi menjadi lebih baik. Dan mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat ketika ekonomi bermasalah.
“Saya tidak mahu menambahkan lagi beban rakyat,” kata Ku Li.
Ku Li berkata, beliau juga bertemu dengan Najib sebanyak 2 kali sebelum Aidilfitri.
“Beliau menjemput saya memberikan pandangan, nasihat dan saya berikan nasihat kepadanya. Saya rasa tidak perlu saya ceritakan kepada anda,” katanya. – TMI
Source : mrm

No comments: