NUFFNANG

Saturday, 5 October 2013

Penurunan Undi Popular, Dinasti Lim Didesak Berundur!

Penurunan Undi Popular, Dinasti Lim Didesak Berundur

AIDCNews – 04/10/13 – DAP yang sebelum ini menjunjung konsep ‘undi popular’ didesak mengotakan janjinya apabila populariti anak beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mengalami kemerosotan undi pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 29 September.
Major Huan Cheng Guan, Presiden Pasukan SEMUT Malaysia berkata kedua-dua bapa dan anak perlu mendengar mesej yang dihantar oleh perwakilan supaya memberi laluan kepada pemimpin lain yang lebih berkemampuan untuk mentadbir DAP.
Menurutnya, Guan Eng yang asalnya mendapat tempat ke-2 dalam senarai 20 CEC pada Disember tahun lepas telah merosot ke tangga ke-5 dalam undian terbaru.
“Setiausaha Agung parti, Guan Eng mendapat undi 1,304 undi kali ini berbanding 1,576 undi yang diperolehi tahun lepas dan mengalami penurunan sebanyak 17.2 % atau 272 undi,”katanya.
Manakala bapanya, Kit Siang mendapat 1,436 undi, menurun sebanyak 171 undi atau 10.64 % daripada 1,607 undi yang diperolehi pada Disember 2012.
“Kedua-dua bapa dan anak mengalami penurunan populariti undi di kalangan CEC 20. Perwakilan telah menghantar satu mesej yang jelas, iaitu rasa tidak puas hati kepada mereka . Keluarga Lim jelas telah hilang populariti di kalangan ahli-ahli DAP.
“Mereka perlu menjadi contoh mengikut standard yang sama sepertimana yang mereka tetapkan terhadap BN. Mereka harus berundur segera dan membuka jalan bagi pemimpin baru untuk mengambil alih parti, “katanya.
source : aidc

No comments: