NUFFNANG

Thursday 3 October 2013

AUDIT : KERAJAAN DAP MENIPU MAHU NAIKKAN RM100 DUIT BANTUAN JKM ? @dzainalabidin

AUDIT : KERAJAAN DAP MENIPU MAHU NAIKKAN RM100 DUIT BANTUAN JKM ? @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa

 



 Kerajaan negeri gagal menaikkan kadar minimum RM100 kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) walaupun sudah diluluskan dalam mesyuarat exco pada 2010.

Pengerusi Kelab Warisan Malaysia cawangan Pulau Pinang, Ahmad Lutfi Ibrahim berkata, 1,762 penerima layak mendapat bantuan itu tetapi  1,054 orang belum mendapatnya.  

Beliau berkata, mereka kini masih menerima bantuan antara RM70 hingga RM90 sebulan menyebabkan peruntukan RM291,130 tidak dapat diagihkan dari 2010 hingga Julai 2012.

"Kenapa kerajaan negeri masih menggunakan kadar lama. Walaupun kenaikan hanya RM30 tetapi ia begitu besar kepada orang miskin dan boleh digunakan membeli 10 kilogram beras," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau diminta mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang menegur kerajaan PulauPinang kerana gagal menaikkan kadar bantuan sejak tiga tahun lalu walaupun diluluskan exco.

Selain itu, menurutnya, sehingga kini seramai 2,866 penduduk miskin tegar masih menerima bantuan dari kerajaan negeri dengan peruntukan RM12.23 juta dalam tempoh berkenaan.

"Jadi bagaimana kerajaan negeri boleh mendakwa Pulau Pinang sudah mencapai sifar miskin tegar sedangkan masih ramai penduduk yang berada dalam kategori itu.

"Mereka belum berdikari dan masih bergantung kepada bantuan kerajaan untuk menjalani kehidupan seharian," katanya.- SINAR HARIAN- 



*** macai2 PR punya  la syok  menghentam kerajaan BN   tentang soal ketirisan dalam laporan Audit 2012 di peringkat persekutuan  tapi lupa di negeri ditadbir DAP pun ada juga berlaku . 

Kalau dah janji mahu naikkan kadar minimum bantuan JKM sebanyak RM100 , mengapa tak dibuat ??  Itu dah menipu dan kencing rakyat miskin 

source : suara generasi baru

No comments: