NUFFNANG

Tuesday 1 October 2013

PANASSS!! PANASSS!! TUN M TIBAI BERAPI DAP TUDUH PERKASAAN EKONOMI BUMIPUTRA DIBUAT NAJIB UNTUK KRONI !!

TUN M TIBAI BERAPI DAP TUDUH PERKASAAN EKONOMI BUMIPUTRA DIBUAT NAJIB UNTUK KRONI !!

on Tuesday, October 1, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 


Tuduhan yang mengatakan usaha Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menguntungkan satu kaum dan mengutamakan kroni merupakan satu fitnah jahat daripada pihak-pihak yang berkepentingan.

Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed, fitnah itu dilemparkan oleh golongan yang hanya mahukan kekayaan negara dimonopoli oleh satu kelompok masyarakat sahaja.

Bercakap selepas merasmikan pelayaran sulung kapal pengangkut MV Arva Emerald di sini hari ini, Dr Mahathir berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang kini diteruskan dalam PEB, telah berjaya meningkatkan bukan sahaja taraf ekonomi tetapi juga pendidikan semua rakyat dan tidak terbatas kepada satu kaum sahaja.

"Melalui DEB, kita dapat lihat pengagihan kekayaan negara yang sama rata tanpa mengira bangsa. Cuma mereka yang tamak dan tidak sabar sahaja gagal mengambil peluang daripada dasar ini.

"Ramai antara mereka ini yang tidak saya mahupun Najib kenali, oleh itu, tuduhan yang mengatakan Perdana Menteri mengamalkan kronisme satu fitnah yang tidak berasas dan berniat jahat," ujar beliau ketika ditemu bual selepas perasmian pelayaran sulung kapal milik Arca Transline itu.

Tambah Tun Mahathir lagi, fitnah terhadap Najib itu merupakan satu usaha untuk menggagalkan PEB selepas DEB diperkenalkan sejak 43 tahun yang lalu.

Jelas beliau, jika usaha jahat ini berjaya, kekayaan negara akan jatuh kepada hanya sekelompok kecil masyarakat dan akan mengakibatkan keamanan negara terjejas.

No comments: