NUFFNANG

Saturday, 3 December 2011

Pelik! Banjir besar 1 jam hanya di Kajang sahaja?

Pelik! Banjir besar 1 jam hanya di Kajang sahaja?





Setiap bala yang turun ada hikmahnya. Pada zaman sahabat nabi dulu apabila berlaku musibah atau malapetaka, dengan segera mereka memeriksa amalan kerana bimbang ia berpunca dari kemurkaan Allah Azzawajalla.

Itu hanya dianggap amaran Allah pada zaman nabi dulu. Sekarang?

Walau apa pun alasan kita, semua kejadian bencana pasti berpunca daripada tangan-tangan manusia sendiri. Tidak kiralah.. samada membuang sampah merata-rata sehingga longkang tersumbat, BATALKAN projek tebatan banjir, terlalu banyak pembangunan yang tidak tersusun dan banyak lagi.

Bagaimanapun, banjir kilat itu berlaku selepas umat Islam menunaikan solat fardu Jumaat. Sebaik itu hujan pun turun dengan begitu lebat sekali sekitar jam 3-4 petang. Akhirnya bandar Kajang ditenggelami banjir kilat setinggi 1 meter. Menurut rakan lain, suasana tidak ubah seperti Tsunami yang pernah melanda Sumatera dan Jepun.

Disebalik cerita ini, suka Rajahmas kaitkan dengan kisah politik. Persoalannya, kenapa hanya berlaku di Selangor sahaja? Apakah ia berpunca daripada bawah?

Ataupun disebabkan ini?

Salah siapa? Sama-samalah kita renungi.... Rujuk cerita berkaitan di azmykelanajaya.blogspot.com

No comments: