Anwar Ibrahim bohong ! Tun M cabar tunjuk bukti surat hantar ke IMF !
Kelmarin Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerang bekas bosnya iaitu Tun Dr Mahathir dengan membuat dakwaan fitnah bahawa bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan di sebuah majlis makan malam bagi memburukkan ETP yang dilaksanakan kerajaan .
Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata oleh pemimpin seperti Anwar Ibrahim yang sudah banyak kali membohongi rakyat . Seluruh negara tahu bagaimana negarawan ulung Tun Dr Mahathir telah berjaya menyelamatkan ekonomi negara semasa krisis ekonomi 97 - 99 dengan kaedah sendiri dan tidak mengharapkan wang dari IMF & Bank Dunia .
" Saya minta dia ( Anwar ) tunjukan surat itu kalau dia ada , saya yang menolak Bank Dunia ... Bank Dunia nak sangat bagi kepada kita ... kalau mereka beri kepada kita maka kita akan menjadi hamba kepada mereka "
Malah dengan nada tegas , beliau cabar Anwar bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Al Quran bersama dirinya .
" Suruh Datuk Seri Anwar bersumpah dalam masjid dan junjung Al Quran , saya pun sanggup junjung Al Quran dalam masjid bersama-sama dengannnya "
Penafian dan cabaran oleh Tun Mahatir hari ini membuktikan Anwar sebenarnya bohong . Tanpa bukti surat yang didakwanya dihantar , maka satu lagi fitnah terbaru oleh Anwar kepada bekas perdana menteri ini .
Lebih mengejutkan , Tun Mahathir juga mendedahkan bahawa beliau pernah menasihat Anwar jika beliau melakukan polisi & cara IMF & World Bank mengatasi krisis kewangan tanpa bantuan dana, duit untuk bayar gaji pegawai kerajaan pun tak cukup .
" Anwar , kalau u buat macam ini , kita tidak ada duit yang cukup untuk bayar gaji pegawai kerajaan "
Kesimpulannya , hari ini pembohongan Anwar Ibrahim yang memang terbukti barua IMF & Bank Dunia telah kantoi dan dibidas oleh Tun M . Untuk menutup dirinya yang sering dituduh agen Amerika & Yahudi , beliau menuduh pulak negarawan ulung ini dengan fitnah tak masuk akal .
source : generasi pejuang bangsa
No comments:
Post a Comment