>> Thursday, December 29, 2011
Hari ini tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya dalam membuka lembaran baru 2012 esok hari. Sepanjang tahun ini Gomo telah mengeluarkan beratus artikel untuk tatapan pembaca dan hari ini Gomo nak maklumkan pada semua tahap kepuasan Gomo dalam berblogg sepanjang tahun ini.
Ada 3 isu utama
Untuk itu pada pagi ini artikel yang menjadi pilihan Papa Gomo dikedudukan ketiga :
Ekslusif Part 1 - Pendedahan Konspirasi Terancang PAS Dalam Meraih Undi
Konspirasi Terancang PAS
Masih ingatkan anda dengan Kes Kepala Babi dalam sebuah surau di IPTA pada Bulan April tahun 2009 sewaktu musim pemilihan Kampus? Jika tidak ingat maka Gomo berikan sedikit kenyataan berhubung isu tersebut.
Kepala Babi Dalam Masjid APIUM
"Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh.Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam)."
Petikan
Bila tersebarnya cerita Kepala Babi atas bendera PAS ini pada waktu berlangsungnya Pilihanraya kampus maka Undi Simpati datang mencurah curah kepada Pro Mahasiswa yang kita tahu ditaja oleh parti pembangkang terutama PAS.
Dan untuk makluman anda pada tahun 2009 itu Pro Mahasiswa menang besar di Universiti Malaya dan dibawah ini Gomo ambil petikan nya:
"Pro-Mahasiswa yang menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini.Pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa, Norazali Zainudin berkata kemenangan tersebut adalah di luar jangkaan kerana pada kali terakhir kumpulan pro Mahasiswa menang adalah pada tahun 2004."
Sumber Harakahdaily
Perhatikan video diatas ini apabila isu Babi di kampus UM dinyatakan dalam meraikan kemenangan Pro Mahasiswa di UM. Dengar juga ulasan seorang pelajar Pro Mahasiswa yang menafikan menggunakan politik kotor dalam meraih kemenangan.
Apa yang Gomo nak sampaikan disini adalah faktor yang memberikan kemenangan besar buat Pro Mahasiswa di UM dan juga kampus kampus yang lain ekoran dari Kepala Babi yang dialas bendera PAS didalam Surau UM.
Kepala Babi satu hal yang sensitif buat umat Islam dan ditambah pula letaknya kepala babi itu adalah beralaskan bendera PAS yang memberikan simpati kepada Pro Mahasiswa yang dibiayai oleh Parti PAS. Tu Fakta dan Realiti dalam isu kemenangan Pro Mahasiswa di UM pada tahun 2009.
Siapa Yang Meletakkan Kepala Babi?
Bila terjadi pekara tersebut maka ramai yang akan menuduh Pro Aspirasi yang meletakkan kepala babi diatas bendera PAS dan didalam SUrau UM. Pro Aspirasi diketahui mempunyai kaitan dengan UMNO dan BN maka perebutan diantara Pro Mahasiswa dan Aspirasi juga tidak banyak beza diantara pertandingan Pakatan Rakyat PAS,DAP,PKR dan juga UMNO, BN.
Maka sebab itulah Pro Mahasiswa menang besar dan ramai yang menyatakan pelajar Pro Aspirasi meletakkan kepala Babi dalam menghina PAS parti yang didukung Pro Mahasiswa.
Namun demikian apabila siasatan dijalankan maka diketahui bahawa 6 orang pelajar UM lah yang meletakkan Kepala Babi diatas bendera PAS dalam surau UM pada awal pagi sebelum Subuh. 6 Pelajar tersebut datangnya dari pantai timur dan merupakan Pro Mahasiswa yang juga ditaja oleh PAS.
Siasatan pihak Polis yang menjerumus kearah 6 orang tersebut akhirnya lengkap dan pihak Universiti Malaya mengambil tindakan Membuang ke enam enam pelajar tersebut ekoran dari Kepala Babi yang diletakkan di Surau UM. Ramai yang tidak mengetahui cerita ini kerana Pro Mahasiswa sudah pun menang Pilihanraya Kampus dan orang tidak lagi bercerita mengenai kepala Babi didalam Surau UM.
6 orang pelajar yang dibuang itu tidak memasuki mana mana pusat pengajian Tinggi kerana telah disenarai hitamkan dan mereka kembali ke negeri mereka masing masing yang mana Gomo difahamkan 4 dari kelantan dan 2 dari Terengganu.
Kemana 6 orang pelajar PAS yang meletakkan kepala Babi diatas bendera PAS dalam surau UM waktu ini? Untuk makluman semua, sejurus sahaja keenam enam mereka dibuang dari UM,PAS telah mengambil kesemua mereka ini untuk duduk membuang tugas tugas didalam parti PAS.
Dan sehingga ke hari ini juga difahamkan keenam enam mereka ini masih lagi didalam PAS pusat dengan diletakkan dipelbagai jawatan yang Gomo yakin antara pencetus kepada gerakan Saraf bagi menarik sokongan kepada parti PAS.
Malah Gambar kepala Babi atas bendera PAS ini telah dijaja mereka PAS ke mana sahaja yang mendakwa UMNO yang punya angkara sampai meletakkan Kepala Babi diatas bendera PAS. Tu realitinya yang berlaku dalam PAS mencari undi simpati Politik.
Apa yang penting untuk Gomo sampaikan disini adalah bagaimana mereka PAS menggunakan apa sahaja dalam memastikan mereka menang dalam setiap pengundian yang dijalankan. Sama ada melalui cara betul ataupun salah mahupun dengan cara yang bangsat matlamat PAS adalah kemenangan meraih simpati dan undi.
Dalam isu Kepala Babi di UM ini jelas bahawa satu tindakan Ekstrem dengan meletakkan kepala Babi diatas bendera PAS dan didalam surau telah memberikan kemenangan besar buat pro Mahasiswa dan juga simpati ke atas parti PAS.
Jika kita berfikir secara logik akal adalah mustahil pro Aspirasi begitu Bodoh untuk meletakkan Kepala Babi diatas bendera PAS yang mana mereka sendiri akan tahu bahawa undi simpati akan pergi ke pro Mahasiswa dan akan memberikan keuntungan buat Pro Mahasiswa dalam pilihanraya kampus.
Politik PAS menghalalkan apa sahaja demi meraih sokongan Undi baut mencapai kemenangan mereka dalam mendapatkan kuasa Politik. Blogg Angin Perubahan ada mengulas isu Kepala Babi pada tahun 2009 Sila KLIK DISINI Bagi anda memahaminya lagi.
Ekslusif Part 2 - Pendedahan Konspirasi Terancang PAS Meraih Undi Melalui Video
Anda nak mengetahui mengenai Gambar diatas ini? Gambar siapa? pelakunya? Mohon baca sampai habis artikel ini dan kita temui jawapannya.....
Dalam artikel semalam Gomo ada maklumkan mengenai kes Kepala Babi yang diletakkan diatas bendera PAS dalam sebuah surau di Kampus Universiti Malaya pada tahun 2009 KLIK DISINI.
Mengapa dengan gambar diatas? Apa yang sebenarnya berlaku?
Untuk makluman Gambar diatas adalah gambar yang diambil dari sedutan sebuah video yang telah pun mula disebarkan melalui talifon Bimbit dan juga bentuk
Video tersebut dirakamkan oleh ahli PAS sendiri yang mana watak perempuan mukanya terdedah manakala lelaki yang melakukan Seks dengan wanita tersebut ditup menggunakan kain. Perakam pula terdiri dari rakan lelaki tersebut dan Gomo jangkakan semasa rakaman ini dibuat terdapat kira kira 4 orang lelaki kesemuanya.
Rakaman Video Seks yang berlatarbelakangkan bendera PAS ini mengambil masa 4minit 42 saat yang mana rakaman Video Seks ini tidak habis dirakamkan.
Sepertimana yang Gomo nyatakan disini bahawa PAS akan menggunakan apa sahaja dalam meraih undi simpati rakyat dan dengan adanya Video Seks remaja yang berlatarbelakangkan bendera PAS maka simpati dari mereka yang menyaksikan video seks tersebut akan pergi kepada PAS kerana orang akan menggangap bahawa video Seks tersebut dilakukan oleh orang UMNO.
Gomo nyatakan sedemikian kerana dalam isu Kepala Babi bila diletakkan diatas bendera PAS maka Pro Mahasiswa yang disponsor oleh PAS telah menang besar pada tahun 2009 yang mana isu kepala Babi tersebut telah mendatangkan simpati pada mahasiswa di UM kepada Pro Mahasiswa. Isu Kepala Babi atas bendera PAS telah didijaja oleh calon calon Pro M dalam meraih undi dan mereka telah berjaya sama sekali dalam mememanagi Pilihanraya kampus 2009 di UM.
Dibawah ini komen dari pelajar Pro Aspirasi 2004/2005 :
"Perkara yg sama pernah dialami masa aku di UKM tahun 2001 dulu.Puak IPU (geng pembangkang) menggunakan reverse physiology dgn menconteng dinding2 bilik kuliah Kejuruteraan dgn kata2 yang menghentam mereka dan Islam sedangkan malam terakhir sebelum pengundian, mereka berkubu disitu, masa bila pulak TSB(pro kerajaan) buat kerja tu?Esok nak mengundi dah tak sempat nak counter-attack sbb tak de masa.Benda yang sama diorg buat dgn rosakkan motor calon mereka lepas tuduh pro kerajaan yg buat.Taktik keji ni memang dilatih oleh Pemuda Pas.Kalo nak tau tanya Salahuddin Ayob dgn Idris Ahmad.Diorang mmg tren keldai2 mereka di kampus dgn fahaman yg sgt ekstrim.Sehingga sanggup kurang ajar dgn pegawai Universiti. Kasihan mak bapak diorg dpt anak yg kurang ajar..Bro, Mereka sgt advance dlm taktik mcm ni. UMNO jauh ketinggalan.."
Itu hakikatnya apa yang dilakukan PAS dalam meraih undi melalui cara cara yang kita tidak dapat jangkakan. Dan dalam isu Video Seks ini Gomo yakin dan amat pasti isu ini akan digunakan oleh PAS menjelang PRU 13 yang tidak lama lagi.
Mereka akan menuduh UMNO sebagai dalang video Seks walhalkan bagi mereka yang buka mindanya pasti sedar adalah teramat BODOH untuk UMNO melakukan pekara sedemikian dalam menentang PAS.
Mari kita fikirkan sejenak, jika anda melihat video Seks tersebut yang berlatarbelakangkan bendera PAS maka anda pasti akan merasa jijik dengan video seks sebegini dan pada masa ini anda akan kata ada pihak yang cuba mengenakan PAS sehingga sanggup meletakkan bendera PAS. Dan bila anda berfikir sedemikian maka yang akan mendapat kesan dari penyebaran video seks tersebut adalah UMNO.
PAS pasti akan tampil ke hadapan dan menyatakan bahawa UMNO telah melakukan politik kotor dalam meraih undi. Ini adalah fakta apa yang Gomo sampaikan dan Gomo bagi contoh kepada anda beberapa isu untuk anda nilaikan.
Gambar Eli Wong Bogel
- Bila tersebar nya gambar Eli Wong Adun PKR Bukit Lanjan maka pihak Pakatan pembangkang terus menyalahkan UMNO sebagai punca penyebaran gambar tersebut. Walaupun akhirnya Eli Wong mengakui bahawa gambar tersebut dirakam teman lelakinya namun UMNO terus dipersalahkan dalam Gambar Eli Wong bogel.
Serbuan JAIS & PDRM Ke Atas Gereja Haram DUMC
- Bila operasi JAIS dan POLIS dilakukan keatas gereja haram DUMC yang mana terdapat aktiviti memesongkan akidah umat Islam maka PAS dan PKR serta DAP menyalahkan UMNO sebagai dalang operasi tersebut. Hassan Ali Exco PAS yang turut menyokong serbuan JAIS itu pula mengakui UMNO tidak terlibat dalam operasi berkenaan. Sehingga ke hari ini PAS menyatakan UMNO lah dalang serbuan JAIS walhalkan JAIS terbukti berada dibawah pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang mana Kerajaan nya adalah Pakatan PAS,DAP,PKR.
Titah Sultan Selangor Yang Mengesahkan Wujud Aktiviti Memesongkan Akidah Di Gereja Haram DUMC.
- Bila Duli YM Tuanku Sultan Selangor menyatakan bahawa memang terdapat aktivi memesongkan akidah umat Islam pada hari Operasi JAIS maka PAS yang tertekan pada waktu itu sekali lagi menyalahkan bahawa UMNO dalangnya.
Sebenarnya banyak lagi yang yang tidak sepatutnya berlaku disalahkan oleh PAS ke atas UMNO. UMNO musuh utama PAS dan ini adalah realiti kepada mereka yang tahu permainan politik ini.
Sekali lagi Gomo nak ingatkan kepada rakyat Malaysia, apabila berlaku sesuatu isu yang melibatkan PAS dan UMNO adalah dinasihatkan untuk menilai secara rasional keadaan tersebut. Banyak helah dan simpati digunakan PAS bagi meraih undi dan ini adalah jelas sama sekali dalam banyak pekara yang berlaku sebelum ini.
Isu Video Seks berlatarbelakangkan bendera PAS ini pasti akan hangat tidak lama lagi. Dan waktu kekecohan ini PAS akan menyalahkan UMNO sebagai dalang dalam penghasilan video tersebut. UMNO sekali lagi akan dipersalahkan sepertimana sebelum ini.
Isu Video Seks Anwar Ibrahim yang mana telah terbukti bahawa pelakunya adalah Dato Seri Anwar Ibrahim juga disalahkan kepada UMNO. Semua yang berlaku dalam masaalah Pakatan Pembangkang yang akan menjadi mangsa adalah UMNO.
Semoga Rakyat Malaysia sedar akan hal ini, kita tidak mahu terus terusan diperbodohkan oleh mereka yang begitu taksub mendapatkan kuasa politik yang mana Agama, Bangsa dan Negara sanggup digadaikan walau apa cara sekalipun.
Psssttt... Gomo tak stim tengok Video Seks tersebut..... Tak Best..... Serius cakap ni....
Gomo meletakkan artikel 1 & 2 pembongkaran Konspirasi PAS dalam meraih undi ini dikedudukan ketiga atas faktor isu ini sebenarnya telah menggagalkan modus operandi PAS dalam meraih undi dan menuduh UMNO sebagai dalangnya.
Atas usaha Gomo inilah juga serta dibantu rakan rakan blogger yang lain dalam menyebarkan artikel pendedahan ini PAS mati akal dalam meneruskan niat mereka dalam menfitnah BN apabila ianya dapat dihidu lebih awal oleh Gomo.
Nantikan lagi artikel susulan yang memberikan kepuasan Maksimun pada Papa Gomo. Jangan lupa layan k......he he he
Psssttt..... Bukan senang untuk mengupas sesuatu isu dan melakukan penyiasatan rapi dalam menyedearkan rakyat Malaysia
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
source : papa gomo
No comments:
Post a Comment