Mufti Perak Dedahkan Niat Sebenar Anwar
Petikan daripada www.anwaraidc.com
AIDCNews – 18/01/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata memenuhi nafsunya untuk berkuasa dan beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk terlibat dengan gerakan Yahudi sedunia kata Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Perak.
“Ini semata-mata nak memenuhi nafsu dia. Nak berkuasa. jadi dia bersetujulah dengan Yahudi, nak memecahbelahkan orang, supaya orang menyokongnya. Itu sahaja. Dia bukan ada apa-apa.
“Anwar Ibrahim ini, semata-mata nak balas dendam. Itu sahaja kerja dia”, katanya.
Ketika ditanya adakah peranan Anwar sekarang ini sama seperti Abdullah bin Ubai, seorang tokoh munafik yang memecahbelahkan ummah semasa zaman Nabi Muhamad SAW di Madinah, Tan Sri Harussani merenung sejenak, dan menjawab “Saya ingat lebih daripada itu kot”, sambil disambut gelakan para hadirin yang turut serta dalam sesi interbiu eksklusif bersama Mufti Perak itu.
Kenal Anwar Sejak Zaman ABIM
Ketika ditanya kenapa beliau berpendapat demikian, Harussani menjawab;
“Saya bukan tak kenal Anwar Ibrahim. ABIM ni, mula-mula berceramah pasal ABIM (di Pulau Pinang)..yang mengumpulkan orang, saya yang pertama buat perhimpunan di Pulau Pinang. Majistret pun saya panggil, ketua polis, semua hadir, saya himpun.
“Bila diluluskan (perhimpunan itu), dalam mesyuarat yang pertama (ABIM itu), saya (pun) keluar daripada ABIM, tak jadi dah saya masuk. Tak daftar pun.
“Pasal…Anwar (ketika itu) (ber)kata (dengan penuh semangat), ‘sekarang (mari) kita (pergi berdemonstrasi) ke istana !’.
“Saya kata, Anwar…, sekarang kita (ABIM) baru jadi ‘tauge’ (kacang cambah). Tauge ni, saya kata. Pukul orang, dia patah, orang pukul (pun), dia patah. Semua patah. Lembik. Biarlah kita jadi batang kacang (dulu), orang langgar, dia bercalar, kita sebat, dia bercalar.
“Dia (Anwar) kata, Sudah..mati… pada kami, Harussani sudah mati, tidak ada lagi (semangat) jihad..so saya tak masuk (ABIM)”.
Pernikahan Anwar – Azizah
Harunssani juga mengakui beliau turut terlibat dalam penikahan Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah, ketika beliau menjadi Kadi di Pulau Pinang.
“Dia (Anwar) kahwin pun, saya yang benarkan (dia) (ber)nikah. Pasal itu (arwah Tan Sri) Ghazali Shafie (Menteri Dalam Negeri dan Penerangan ketika itu) nak tangkap saya tu. 40 polis datang jumpa saya. Hantar polis, masuk dalam pejabat saya. ASP Benggali (yang masuk).
“Saya tanya dia (polis) pasal apa masuk (ke pejabat saya). Pasal kahwin kan. Hak dia (Anwar) nak kahwin. Pasal apa (awak) datang ?. Aku yang berkuasa dalam benda ni (perkahwinan).
“Nah ambil fail… buat… apa nak buat. Kamu nak tangkap aku, tangkap, bicara aku. Tunjuk mana undang-undang (yang) salah.
“Keluar macam tu (saja) Benggali (itu)…. (yang) datang dengan bapa Azizah (Wan Ismail) “, katanya.
Menurut Mufti Perak itu lagi ketika majlis pernikahan Anwar itu, bapa Wan Azizah iaitu Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood tidak bersetuju dengan penikahan tersebut kerana Anwar pada masa itu dilihat radikal dan menentang kerajaan melalui demonstrasi pelajar.
Wan Ismail ketika itu berada dalam kerajaan yang bertanggungjawab dalam Majlis Keselamatan Negara (1970-1993), yang dibentuk oleh kerajaan untuk membendung kacau bilau dalam negara angkara anasir komunis.
Apabila Wan Ismail menolak lamaran Anwar Ibrahim, dengan pertolongan Ustaz Ahmad Awang, pegawai di Pusat Islam ketika itu, telah membawa Wan Azizah ke Permatang Pauh untuk menikahkan mereka menggunakan wali hakim.
Harussani yang ketika itu menjadi Kadi Pulau Pinang telah melakukan majlis akad nikah pasangan tersebut.
“Bapa Azizah tu, dia pun nak perli saya. Masa saya ambil kursus keselamatan. Dia (Wan Ismail) jadi pensyarah. Semua (yang hadir adalah) DO. Dia kata, ala seminggu (kursus ini) apa susah sangat. Tangkap mana-mana, ni tok kadi ada (di sini).. boleh nikah. Orang pun gelak.
“Sekali anak dia (Wan Azizah), saya tangkap suruh nikah sekarang macam mana”, kata Harunssani sambil disambut gelak ketawa.
Selepas itu, dalam satu majlis jamuan, Harunssani berjumpa lagi dengan Anwar. Ketika itu beliau bertanyakan sejauh manakah penerimaan bapa mertua (Wan Ismail) terhadapnya selepas perkahwinan itu.
“Lepas tu, semasa jamuan makan, saya tanya dia. Anwar, macam mana pak mertua (Wan Ismail) ?
“Dia (Anwar) kata. Menantu (jadi) menteri. Menantu sayang lah. Dia cakap”, katanya.
Agenda Pluralisme Agama Aliran John Hick
Mufti Perak juga turut ditanya berkenaan dengan agenda pluralisme agama seperti yang terkandung dalam ucapan Anwar di London School of Economics (LSE), bertajuk “‘Religion and Pluralisme in a Divided World” pada Mac tahun lalu.
“Itulah masalahnya. Anwar tidak pernah menzahirkan (sebelum ini), sekarang baru (dia) zahirkan (sebut).
“Kalau dulu dia (Anwar) kata, dulu lagi saya (dah) kata (dia) murtad. Orang yang kata semua agama sama (adalah) murtad. Pasal, Tuhan kata “Inna Din ind Allah al Islam”. Tuhan kata satu sahaja agama Allah iaitu Islam.
“Jadi kalau kita kata (semua agama) sama, maknanya kita melawan Tuhan. Murtad dibuatnya. Itu hanya pendapat John Hick untuk memecahbelahkan orang Kristian pada kurun ke 16. Itu yang berpecah Kristian tu.
“Padahal, orang Yahudi sendiri.. tak buat macam tu (pluralisme agama). Kalau dia (Yahudi) buat macam tu, dia (juga) berpecah. Tapi dia tidak buat. Dia mahu memecahbelahkan orang beragama (lain)
” Jadi sekarang dia (pluralisme agama) masuk unsur ke Malaysia. Nak memecahbelahkan orang (Islam).
“Pasal apa ada (diwujudkan) School of Oriental and African Studies (SOAS). Kenapa ada fakulti agama diHarvard University… apa semua. Tok guru semua(nya) Yahudi. (Semua ini) semata-mata untuk memecahbelahkan orang Islam. Kalau tidak apa tujuan..
“Tapi kita megah dapat doktor daripada Amerika…ini ada masalah (lah)..”, katanya lagi.
Panas..!!! Anwar "bin Ubai"..!!!
Tan Sri Harussani dalam pada itu telah mendedahkan fakta-fakta pengalaman peribadi beliau bersama Anwar untuk menegaskan pedapatnya. Selain itu, beliau juga memberikan dalil-dalil konkrit untuk mengaitkan bahawa “Anwar lebih teruk dari tokoh munafik di zaman Rasulullah S.A.W, iaitu Abdullah bin Ubai! Penulis fikir, adalah lebih sesuai Anwar di”bin”kan dengan “nama baru”, Anwar “bin Ubai”! Sesuai nama ini, bukan?
Mufti Besar Perak tersebut mendedahkan bahawa perjuangan Anwar “bin Ubai” ini tidak lebih dari memenuhi kehendak nafsu untuk berkuasa di Malaysia sehingga rela melakukan apa saja termasuklah bersekutu dengan gerakan Yahudi di seluruh dunia! Beliau juga menyatakan bahawa Anwar juga menyokong agenda Yahudi untuk memecah belahkan umat Islam di Malaysia semata-mata untuk meraih sokongan Zionist dalam usaha mengejar kuasa politik di Malaysia. Dalam kata lain, jadi “boneka Yahudi” pun Anwar sanggup, asalkan boleh jadi PM!
Tan Sri Harussani mengulit liapatan sejarah hidupnya. Menurut ulama muq’taraf dari Perak itu, beliau mengenali Anwar sejak beliau bertugas sebagai Kadhi di negeri Pulau Pinang lagi. Malah menurut beliau, beliau juga bertanggungjawab dan terlibat secara langsung dalam hal ehwal “nikah lari” pasangan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah! Setelah lamaran Anwar di tolak Wan Ismail, bapa kepada Wan Azizah, Anwar telah membawa “lari” Azizah ke Permatang Pauh untuk dinikahkan dengan berwalikan hakim. Usaha ini juga dibantu oleh Ustaz Ahmad Awang yang menjadi pegawai Pusat Islam ketika itu.
Akibat “nikah lari” Anwar – Wan Azizah, Tan Sri Harussani hampir ditahan oleh pihak berkuasa. Dikhabarkan bahawa 40 orang anggota polis telah mengepung pejabat beliau dalam usaha menahannya yang menjadi Kadhi Pulau Pinang ketika itu. Namun hanya 4 orang saja yang masuk untuk menemui dan menahan Harussani. Namun dengan berhemah tinggi, gertakan anggota polis tersebut telah berjaya diatasi dan Harussani terselamat dari ditahan polis. Lihatlah betapa Harussani bertegas tanpa me”milih bulu” walaupun arahan menangkap beliau itu adalah dari Arwah Tan Sri Ghazali Shafie, mantan Menteri Dalam Negeri dan Penerangan ketika itu. Tiada “politik” di dalam jiwa agamanya. Tegasnya hanya demi Islam, agama Allah yang suci!
Ternyata Tan Sri Harussani Zakaria sudah kenal lama dengan “budak” yang bernama Anwar Ibrahim ini. Menurut Mufti Besar Perak itu, beliaulah orang yang bertanggungjawab untuk mengumpul kehadiran orang ramai untuk menyertai perhimpunan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang pertama! Beliaulah yang berusaha menghubungi dan mendapatkan kelulusan perhimpunan ABIM di Pulau Pinang tersebut. Namun setelah permit diluluskan, Harussani bertindak keluar dari ABIM, malah beliau tak mendaftar untuk menjadi ahli ABIM pun! Kenapa?
Menurut Tan Sri Harussani, Anwar “gebang berdegar-degar” di dalam mesyuarat ABIM yang pertama setelah diluluskan pihak berkuasa. Menurut beliau, Anwar dengan bersemangat mengajak belia Islam ketika itu untuk berarak berdemo di depan Istana”! Mendengar hasutan melampau Anwar itu, Harussani menasihatkan Anwar supaya jangan tunjuk besar kerana ABIM masih lagi rapuh seperti “taugeh”! “Pukul pun patah, dipukul pun patah”! Namun, Anwar tetap mendabik dada dan berdegil. Malah Anwar dengan riak takbur mengatakan bahawa Harussani sudah “mati” semangat jihadnya.
Ternyata Anwar begitu angkuh apabila dinasihati. Sudahlah bodoh, sombong pulak tu! Nasihat yang baik diberikan, namun dibalas dengan “tuba”! Uslub atau cara Anwar yang cuba menentang pihak Istana itu sememangnya tidak kena dengan caranya. Harussani hanya membantah niat kurang ajar Anwar dan mengharapkan usaha yang lebih diplomasi dan bijak di atur oleh ABIM. Di atas herdikan angkuh Anwar itu, Tan Sri Harussani enggan menyertai ABIM. Apatah lagi Anwar dengan riak menganggap Harussani telah “mati”! Begitulah rendahnya moral Anwar!
Selain itu, Tan Sri Harussani juga mengkritik dan mengutuk sebarang usaha Anwar yang menyokong agenda kuffar untuk membawa fahaman “pluralisme” di Malaysia. Beliau mengulas tentang ucapan Anwar di London yang bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World” pada bulan Mac tahun lepas. Dalam ucapan Anwar itu, ternyata Anwar begitu menyokong agenda fahaman “pluralisme” yang diasaskan oleh John Hick tersebut.
Dalam hujahnya, beliau berkata Allah ada menyebut dalam firmanNya, “Inna Dina ‘aida Allahil Islam”, yang membawa maksud “hanya satu sahaja agama Allah iaitu Islam”. Ianya jelas bertentangan dengan fahaman “pluralisme” yang membawa “fahaman semua agama adalah sama”. Fahaman yang dibawa oleh Anwar ini jelas melawan firman Allah! Secara tidak langsung juga fahaman ini boleh dikategorikan sebagai fahaman murtad dan begitu juga dengan orang yang membawa fahaman tersebut turut murtad!
Harussani menjelaskan bahawa fahaman kafir John Hick itu bertujuan untuk memecah belahkan orang Kristian pada kurun ke-16. Yahudi sendiri tidak mengamalkan fahaman sebegini kerana mereka tahu fahaman ini mampu memecah belahkan mereka. Namun dengan kebodohan Anwar yang tidak punya pengetahuan agama yang mendalam ini, Yahudi ternyata mempergunakan Anwar untuk memecah belahkan umat Islam di dunia, khususnya di Malaysia! Menurut Mufti Perak tersebut, terdapat fakulti agama di Harvard dan diwujudkan juga “School of Oreintal & African Studies” (SOAS) yang mana semua tenaga pengajarnya adalah Yahudi laknatullah! Dan Anwar berbangga untuk duduk sebaris dengan Yahudi-Yahudi tersebut! Astagfirullahila’zim…
Ketahuilah. Ini adalah fakta mengenai seorang Ketua Pembangkang yang didewa-dewakan oleh penyokong-penyokongnya yang beragama Islam. Inilah rupa Anwar yang sebenar. Anwar inilah juga yang di”agung-agung”kan oleh PAS, sebuah parti yang kononnya “lebih” Islam dari yang lain! Inilah “syaitan” yang menjadi sahabat PAS seperti mana yang dimaksudkan Nik Aziz, mursyidul am PAS yang pendek fikir! Sesuailah Anwar dengan DAP yang sememangnya “kafir harbi”, “duri dalam daging” kepada semua Melayu Muslimin di Malaysia. Tapi hairannya, mengapa PAS bodoh sangat sehingga berkawan dengan kedua-dua ekor “syaitan” ini dan terus membiarkan namanya busuk di”keldai”kan..???!!!
Sumber: myKMU.net
No comments:
Post a Comment