NUFFNANG

Saturday, 22 January 2011

GEMPAR ! VIDEO PENGAKUAN SAKSI ! Kesedihan & Kematian Diperalatkan Untuk Kepentingan Politik Di PRK Tenang!

GEMPAR ! VIDEO PENGAKUAN SAKSI ! Kesedihan & Kematian Diperalatkan Untuk Kepentingan Politik Di PRK Tenang!



Rupa-rupanya, isu mayat ditinggalkan kerana lebih pentingkan kedatangan PM di Felda Tenang yang dimain-mainkan oleh Harakah Daily dan blog-blog pro-PAS adalah tidak tepat dan ada unsur-unsur pembohongan !

Rujuk dulu laporan berita HarakahDaily yang berbau pembohongan itu. Di antaranya :-

LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Ketua Penerangan Johor telah menerangkan perkara yang sebenarnya di dalam video yang MIM ambil. Sila lihat di bawah :-



Kenyataan Ketua Penerangan Johor di dalam video di atas turut menguatkan lagi kebenaran putarbelit HarakahDaily. Malah, terdapat banyak lagi pendedahan yang akan MIM siarkan di dalam artikel-artikel seterusnya! Tunggu !!

Blogger Pisau.net juga menulis mengenai isu ini. Di antaranya :-
Artikel Haprak Daily disanggah oleh Saudara Aminoor Syahfizan ,jiran yang tinggal berhadapan rumah arwah Abdul Latif.
Menurut Aminoor beliau dan jiran jiran arwah berserta qariah masjid yang menguruskan dan menyembahyangkan di hospital .Kesemuanya adalah Ahli UMNO.

Arwah Abdul Latif tidak tinggal di Felda Tenang,sebaliknya tinggal di Bandar Segamat.Felda Tenang hanyalah kampungnya .Rumah peninggalan ayah arwah pun tiada siapa yang duduk dan sudah lama kosong.

Arwah juga bukan Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang sebaliknya beliau adalah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air


Menurut saudara Aminoor ,Arwah pernah menyebut semasa hayatnya yang dia mahu disemadikan dikampungnya di Felda Tenang.

Dakwaan kononnya jenazah dibiarkan di masjid adalah tidak benar sama sekali, Aminoor ,rakan rakan dan qariah yang menguruskan jenazah dibilik mayat hospital Segamat terus menghantar mayat ke Felda Tenang.

Menurut Aminor ,Oleh kerana rumah pusaka arwah sudah lama kosong dan tidak digunakan,jenazah terpaksa ditempatkan di masjid Felda Tenang.

Dan ketika itulah langau dan lalat khawarij termasuklah calon PAS mengambil peluang cuba meraih populariti keatas kematian arwah.Ditambah dengan fitnah dan di adun dengan resepi adu domba hingga kalangan khawarij mencapai inzal politik untuk dijadikan habuan menghentam Umno dan PM sebelum penamaan calon Sabtu ini.

Haprak daily putar belit dan mengambarkan keadaan jenazah tidak terurus sedangkan Aminor dan rakan rakannya telah menyembahyangkan jenazah sebelum ia dibawa pulang ke kampungnya pada jam 10.30pagi.

"yg menguruskan arwah dari ketika dia mula kena serangan jantung hinggalah selesai urusan sembahyang mayat di hospital semuanya adalah ahli2 umno dan org2 kuat umno... cukuplah jangan sensasikan isu ni" menurut Aminor dan beliau menambah apa perluanya menghebohkan urusan fardu kifayah sedangkan ia sememangnya adalah tanggungjawab untuk membantu rakan & jiran yang sedang ditimpa musibah.

Saudara Aminor turut menambah,bukankah sepatutnya bila berlaku kematian itu lebih menginsafkan kita dan mengingatkan kita ttg kiamat kecil? kenapa perlu berpolitik?

‎"Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat." --> ini tepat ke?

Jenazah diletakkan di masjid kerana menunggu qariah Felda Tenang untuk datang mengurus.jam 10.30 pagi baru bertolak dari hospital segamat. Paling awal pukul 11 baru tiba biasanya 40 minit.

Kalau jenazah ni nak dikebumikan di tempat saya. Benda ini bukan masalah. Saya & rakan2 pun pernah juga kebumikan org PAS.Sekarang jenazah ini hendak dikebumikan di tempat lain.Bukan tempat kita. Kita beranggapan di sana adalah qariah mereka. kalau kita org tau perkara ini akan berlaku. baik kita turut ikut ke felda tenang.

* petikan dari hujah saudara Amninoor Syafizan.

Dakwaan kononnya tiada langsung pemimpin Umno melawat jenazah adalah tidak benar sama sekali .Dato Maulizan Exco Johor & Dato Shamsul Ketua Penerangan Johor hadir di masjid.

Keluarga jenazah turut diziarahi oleh Dato Ahmad Maslan ,petikan dari blog Ahmad maslan.


Saya & Cikgu Rosdin, Pemangku Ketua Bhg Labis mlm ini ziarah Pn Maimunah, balu kpd Abd Latif Subarin, SU UMNO Cwgn Kolam Air, Felda Tenang, di rumahnya Tmn Bandar Putra, Segamat.. Al Fatehah.. Beliau meninggal, sakit jantung, semalam..Mlm ini tahlil diadakan di cwgn Kolam Air..Sewaktu jenazah diuruskan di Felda Tenang, majlis dgn YAB PM semalam sedang berlangsung..Dato Maulizan Exco Johor & Dato Shamsul Ketua Penerangan Johor hadir di masjid..Bila PM siap utk ke majlis di Majlis Daerah, ketika itu jam 2.45ptg, mayat selesai dikebumi..Arwah pula tidak tinggal di Tenang, tapi di Segamat..Beliau dapat lot tapak rumah generasi kedua yg belum didirikan rumah..PM telah luluskan prasarana utk lot spt itu semalam.. Cikgu Rosdin tetap berkerja, sama menziarah dgn saya walau beliau tidak menjadi calon PRK Tenang.. Alhamdulillah..

source : MIM

No comments: