NUFFNANG

Tuesday, 31 March 2009

TUN PERAK MUNCUL DI BUKIT GANTANG?

TUN PERAK MUNCUL DI BUKIT GANTANG


ORANG UMNO TAK BACA HIKAYAT HANG TUAH
1. Anwar Ibrahim berkata dalam ceramahnya di Kg. Acheh, Bukit Gantang pada 19 Mac 2009 yang lalu bahawa Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak bukan Hang Tuah atau Hang Jebat seperti yang digambarkan dalam Hikayat Hang Tuah. Ini kerana Hang Tuah adalah seorang yang setia membuta tuli dengan dialog ‘pantang Melayu derhaka’ dan Hang Jebat seorang yang derhaka kepada raja dan membunuh rakyat jelata dengan sloganya ‘Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah’.

2. Beliau menyamakan Nizar dengan Bendahara Paduka Raja Tun Perak (1456-1498) yang memainkan peranan sebagai penasihat kepada Raja. Ini bagi maksud mempertahankan tindakan Nizar dan Karpal Singh untuk mencabar keputusan Sultan Azlan Shah dalam memilih kerajaan dan Menteri Besar yang baru menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat.

3. Menurutnya apabila Raja menitahkan Tun Perak supaya membunuh Laksmana Hang Tuah kerana difitnah berzina dengan gundek Raja, Bendahara Tun Perak telah bertindak menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka. Ini menyebabkan Hang Jebat mengamuk dan derhaka kepada Raja dengan menduduki istana, berzina dengan gundek Raja, termasuk Dang Anum serta membunuh rakyat jelata.

4. Raja kemudiannya bersedih hati dan menyesal kerana menitahkan Bendahara Tun Perak ‘membunuh’ Hang Tuah. Disinilah Bendahara Paduka Raja Tun Perak ‘mohon sembah derhaka’ kerana tidak melakukan titah seperti yang diarahkan. Hang Tuah keluar dari penyembunyian untuk membunuh saudaranya Hang Jebat.

5, ‘Sembah derhaka’ inilah menurut Anwar yang dilakukan oleh Nizar kepada Sultan Perak apabila baginda menitahkan supaya Nizar meletakkan jawatan dan memilih Dr. Zambri Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru akibat Pakatan Rakyat kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri.

6. Anwar menyindir dan memperlekehkan ahli-ahli dan ketua cawangan UMNO yang yang hadir kononya tidak membaca Hikayat Hang Tuah. Menurutnya, orang yang menuduh Nizar sebagai derhaka kepada Raja adalah fitnah yang jahat.

7. Sebenarnya Anwarlah yang harus membaca kitab tersebut dengan teliti dan membuat kiasan yang tepat daripada membuat perbandingan-perbandingan yang salah. Cerita Anwar tidak lengkap.

8. Pertamanya, Sultan Azlan Shah, Sultan Perak tidak tepat dibandingkan dengan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang ke 8 dan yang terakhir sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis. Sultan Mahmud Shah (memerintah 1488-1528) bukan merupakan Raja yang pintar dan cerdik seperti Sultan-sultan yang terdahulu daripadanya, seperti Sultan Mansur Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah. Baginda adalah merupakan sultan yang kejam dan zalim kepada rakyat. Ini terbukti seperti yang terdapat dalam syarat-syarat peminangan Puteri Gunung Ledang yang gagal itu.

9. Sultan Azlan adalah seorang Raja yang adil dan cukup tinggi ilmu serta pengalaman memerintah. Beliau adalah bekas Ketua Hakim Negara yang amat disegani dan dihormati baik dalam dan luar negara. Pendiriannya sering berkecuali dalam politik melainkan apabila baginda merasakan Bangsa dan Agamanya mulai terancam. Bukankah ini peranan yang harus dimainkan oleh seorang Raja sebagai pelindung kepada Bangsa dan Agama kaumnya.

10. Dalam krisis di Perak, Baginda bukan sahaja berperanan sebagai Raja tetapi juga sebagai Hakim yang adil dengan menemuduga satu persatu wakil-wakil rakyat yang tidak lagi dapat bersama dengan Pakatan Rakyat. Setelah berpuas hati barulah baginda melaksanakan peraturan seperti yang termaktub dalam undang-undang tubuh Negeri Perak.

11. Dalam Hikayat Hang Tuah, Tun Perak yang menasihatkan Raja, tetapi di negeri Perak, Sultan yang menasihatkan Nizar supaya menjaga kepentingan Agama, Raja dan Bangsa. Bukankah Nizar yang membuka laluan kepada kaum lain bagi meratah kepentingan bangsanya.

12. Baginda sudah mengingatkan Nizar berkali-kali supaya menjaga kepentingan tersebut, tetapi demi kepentingan sokongan kerusi dari bukan Melayu, khususnya DAP, maka Nizar membuka segala-galanya dengan sombong dan wajah yang angkuh. Peringatan Sultan langsung tidak diindahkan. Bagi PKR, nama kalimah ‘Allah’ pun boleh diperkongsi oleh agama-agama tok pekong yang lain.


13. Nizar bukan Tun Perak, kerana Tun Perak adalah merupakan Bendahara Paduka Raja yang setia, pintar dan menjadi penasihat yang dihormati oleh Rajanya. Tun Perak bertanggungjawab melindungi kepentingan baginda dan rakyat daripada pelbagai ancaman dan fitnah. Sedangkan Nizar seorang yang ingkar terhadap perintah Raja dan membenarkan pihak luar menderhaka kepada Raja hanya kerana kepentingan peribadinya terhakis.

14. Jika Tun Perak disuruh meletakkan jawatan sebagai Bendahara Raja maka beliau pasti akan berbuat demikian. Dia lebih sayang kepada Hang Tuah daripada dirinya sendiri. Sebab Hang Tuah adalah simbol pertahanan dan kekuatan negara.

15. Sebaliknya, Nizar ingkar dan menubuhkan kerajaan pasola di bawah pokok di Negeri Pasir Berdengung. Bila Nizar ‘mohon sembah derhaka’ maka beliau telah membuka pintu untuk kaum-kaum minoriti terutama Karpal Singh untuk menyaman Sultan Azlan ke mahkamah. Anwar kata itu merupakan hak demokrasi yang harus dihormati.


16. Kesimpulannya, di Perak, Raja yang melindungi dan menasihati Nizar. Sultan Azlan adalah Raja dan sekali gus berperanan sebagai Tun Perak dari segi pandangan jauh, ilmu dan kecerdikannya yang umum mengetahui.

17. Melaka jatuh di tangan Potugis kerana pengkhianatan dari dalaman. Jika Perak jatuh ketangan orang lain dan rakyat tidak lagi hormat kepada Raja, maka ia adalah akibat dari slogan kedaulatan rakyat yang secara halus menghakis kedaulatan Raja-Raja Melayu yang ditaja oleh Anwar Ibrahim. Apakah kita sudah bersedia untuk menerima konsep Malaysian Malaysia yang lama diimpikan dan diperjuangkan oleh DAP selama ini?

18. Sebenarnya jika mengikut Hukum Kanun Melaka, mereka yang derhaka dan khianat kepada Raja, bangsa dan agamanya, maka hukumannya…..sendiri carilah..

source : http://dakwat-kertas.blogspot.com/2009/03/tun-perak-muncul-di-bukit-gantang.html

kzso - hmmmmmmmmm......

1 comment:

Anonymous said...

apa kena mengena nisar dengan Tun Perak merapu betul si A ni macamlah rakyat ni bodo tak kaji sejarah malas nak ulas orang nyayuk pun tahu fikir ni kan pulak orang pandai jadi jadilah merapu tu