NUFFNANG

Wednesday 11 March 2009

1 Julai 2009 tarikhnya.. Alhamdulillah - saiful

1 Julai 2009 tarikhnya.. Alhamdulillah..


Sekali lagi saya dan keluarga ingin memanjatkan rasa syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, tarikh sebenar untuk perbicaraan utama telah pun diputuskan walaupun hampir 7 bulan lamanya kami perlu bersabar.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, tempat untuk dibicara ini tidaklah penting, yang penting bagi saya dan keluarga adalah tarikh untuk perbicaraan utama bermula. Sebagai mangsa, saya hanya mohon untuk diberikan keadilan dan peluang bagi saya menunaikan tanggungjawab saya iaitu memberi keterangan.

Walaupun sebelum ini saya sedikit terkilan kerana perkara ini sering ditangguh dan dibalah, namun saya tetap bersyukur kerana dengan izin-Nya, akhirnya ia dapat dimuktamadkan juga.

Diharap selepas ini, tiada lagi isu yang ' TIDAK RELEVAN ' dengan kes ini timbul bagi melengahkan perbicaraan.

Tiga bulan terakhir ini akan saya gunakan untuk mempersiapkan diri bagi menempuhi hari perbicaraan yang mencabar kelak. Segala fakta mengenai kes di ingat bagi mengelak berulangnya peristiwa ''kemenangan teknikal'' beliau pada tahun 2004.

Selain itu, saya juga sering membaca bahan-bahan bacaan mengenai undang-undang terutama mengenai peranan dan persiapan sebagai saksi/pengadu.

Akhir sekali, saya berdoa agar Allah s.w.t terus memberikan saya dan keluarga tawfiq dan hidayah serta kekuatan untuk bersabar seperti yang telah diberi oleh-Nya sebelum ini. Saya yakin bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya kerana Allah s.w.t itu Maha Mengetahui.

Sebagai hamba-Nya yang daif, saya hanya mampu berdoa dan berserah kepada-Nya.


“Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH”


SAIFUL BUKHARI

p/s: Menurut peguamnya( disini), dokumen lengkap termasuk laporan mengenai bahan2 bukti telah pun diserahkan kepada pihak peguam belanya. Ia disahkan juga kepada saya oleh Pegawai Penyiasat kes saya DSP Jude Pereira yang telah menyerahkan sendiri kepada peguam belanya pada Nov/Disember 2008. Jadi sebenarnya, pihak peguam belanya telah mendapat ''head start'' 3 bulan dan keseluruhannya 6 bulan untuk mempersiapkan hujah pembelaannya. "Mungkin, 'gambar2' berwarna yang diminta dan bukannya hitam putih seperti yang telah diserahkan sebelum ini, atau ada pemintaan tambahan yang lain" kata DSP Jude Periera.

Sebelum ini;-

Syukur..
Maju Setapak.. Alhamdulillah

sumber : http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/2009/03/1hb-julai-2009-tarikhnya-alhamdulillah.html


No comments: