NUFFNANG

Tuesday, 19 June 2007

Gugurkan perkataan Melayu

Monday, June 11, 2007
Gugurkan perkataan Melayu
THE SUN MELAPURKAN

Menteri Penerangan berkata "Melayu harus bersikap terbuka dengan keputusan kerajaan untuk menukar terminologi Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia" Persoalannya kenapa, kerana politik, kerana integrasi kaum atau kerana mahu mengaut undi bangsa lain yang kini ditakuti sudah menampakkan peralihan arah daripada Barisan Nasional kepada pembangkang khususnya DAP dan Keadilan.

Yang paling kita risau adalah penukaran ini kononnya atas nama asimilasi dan integrasi tetapi akhirnya hanya untuk mengembalikan sokongan bangsa lain kepada Barisan Nasional dengan nama Melayu dikorbankan oleh orang - orang Melayu. Ini bukan soal berfikiran terbuka. Kenapa, apa kena mengena berfikiran terbuka dengan perubahan Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia.

Soalnya adakah keputusan sebegini dibuat kerana politik? Mungkin dengan penukaran ini maka integrasi antara kaum dapat dipupuk? Apakah dengan menukar nama – nama Melayu maka kita akan lebih harmonis kehidupan kita.

Kalau kaum lain semakin cenderung kepada memilih pembangkang, kita cermin diri kita dahulu dalam Barisan Nasional. Adakah kita sudah melaksanakan tindakan- tindakan yang sepatutnya untuk menarik kembali sokongan kaum lain kepada kita. Kenapa Menteri UMNO perlu mengorbankan nama Melayu sedangkan rakan lain dalam Barisan Nasional tidak nampak berusaha untuk menentukan bangsa mereka menyokong Barisan Nasional.

Banyak keputusan lain, tindakan lain perlu dibuat untuk memperbaiki atau meningkatkan keharmonian antara kita sesama bangsa tetapi kenapa dipilih menggugurkan nama Melayu. Apa signifikan utama yang dapat dengan menggugurkan nama Melayu.

Adakah kita dalam UMNO masih tidak lagi nampak bahawa ada antara menteri – menteri kita ini sudah tidak relevan lagi dengan perjuangan bangsa.
posted by Anuar Mohd Nor at 8:32 PM 18 comments links to this post

No comments: