NUFFNANG

Sunday 31 May 2020

PPBM Muar sebulat suara tolak ‘pemecatan’ Syed Saddiq

PPBM Muar sebulat suara tolak ‘pemecatan’ Syed Saddiq


Bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abd Rahman.
PETALING JAYA: Retak mula kelihatan dalam PPBM berikutan keputusan bahagian parti itu di Muar menolak “pemecatan” ketuanya Syed Saddiq Syed Abd Rahman.
Bekas menteri belia dan sukan itu adalah antara 5 ahli Parlimen PPBM yang lucut keahlian secara automatik pada Khamis kerana duduk di kerusi blok pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lepas.
Turut lucut keahlian ialah bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, anaknya Mukhriz, Amiruddin Hamzah dan Maszlee Malik.
Dalam satu kenyataan bersama oleh 21 ahli jawatankuasa bahagian itu, PPBM Muar berkata, ia sebulat suara menolak pemecatan Syed Saddiq kerana beliau tidak diberikan peluang untuk membela diri kepada lembaga disiplin parti.
Kenyataan itu berkata, keputusan menolak pemecatan tersebut dibuat dalam mesyuarat yang diadakan hari ini.
“PPBM Muar sebulat suara menolak pemecatan ketua bahagian, Syed Saddiq, dan memberi sokongan penuh kepada beliau.
Mereka juga berkata, krisis dalam PPBM hendak diselesaikan melalui pemilihan parti.
“Parti adalah milik ahli, bukan milik beberapa orang.”
Semalam setiausaha agung PPBM Hamzah Zainuddin mempertahankan keputusan parti itu melucutkan keahlian Mahathir dan ahli Parlimen lain dengan berkata, ia selaras dengan perlembagaan parti dan kepentingan parti mengatasi kepentingan mana-mana individu.
Beliau berkata, berdasarkan peruntukan perlembagaan PPBM, keahlian mana-mana individu terlucut secara serta-merta sama ada kerana keluar parti atau berpaling tadah kepada parti lain.
source :fmt

No comments: